Text Size
Malay Arabic Chinese (Simplified) English

Alternative flash content

Requirements

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1436H

MAJLIS MEMBACA YASIN / TAHLIL / DOA AKHIR TAHUN / DOA AWAL TAHUN
Tarikh : 24 Oktober 2014 (Jumaat)
Masa : 6.00 petang
Tempat : Masjid Zahir, Alor Setar
Pakaian : Lelaki - Baju Kebangsaan Bersongkok | Perempuan - Baju Kurung Bertudung
Klik disini untuk aturcara majlis

MAJLIS PERHIMPUNAN SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1436H  
Tarikh : 25 Oktober 2014 / 01 Muharram 1436H (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman
Pakaian : Lelaki - Baju Kebangsaan Bersongkok | Perempuan - Baju Kurung Bertudung
Klik disini untuk aturcara majlis

__________________________________________________________________________________________

HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN TAHUN 2014

 

MAJLIS PERASMIAN
Tarikh : 21 Oktober 2014 (Selasa)Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Taman Jubli Emas, Jalan Suka Menanti, Alor Setar
Pakaian : Lelaki - Baju Kerja | Perempuan - Baju Kurung / Kebaya Labuh Berselendang
Klik disini untuk aturcara majlis

LAWATAN DIRAJA
Tarikh : 27 Oktober 2014
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Taman Jubli Emas, Jalan Suka Menanti, Alor Setar
Pakaian : Lelaki - Baju Batik Berlengan Panjang | Perempuan - Baju Kurung / Kebaya Labuh Berselendang
Klik disini untuk aturcara majlis

___________________________________________

PINDAAN TARIKH HARI DEEPAVALI 2014

Tarikh asal : 23 Oktober 2014 (Khamis)
Tarikh pindaan : 22 Oktober 2014 (Rabu)

Klik di sini untuk lihat dokumen

 ----------------------------------------------------------------------------

WAKTU OPERASI KAUNTER PERUMAHAN

Ahad- Khamis

8.00 pg - 12.00 tgh

2.00 ptg - 3.30 ptg

 -

WAKTU BEKERJA

Ahad- Rabu

8.00 pg - 1.00 tgh

2.00 ptg - 5.00 ptg

Rehat

1.00 tgh - 2.00 ptg

 

Khamis

8.00 pg - 1.00 tgh

2.00 ptg - 3.30 ptg

Rehat

1.00 tgh - 2.00 ptg

 

HARI BERSAMA PELANGGAN

Setiap Rabu

9.00 pg - 12.00 tghari

 -

----------------------------------------------------------------------------

 

 

21 Oct, 2014

Pondok Pengajian Agama Dihargai

pondokagama

MUKHRIZ Tun Dr. Mahathir pada majlis makan malam Madrasah Taufiqiah Al-Halimiah Padang Lumat atau Pondok Pak Ya, Padang Lumat, Sungai Limau, kelmarin.

ALOR SETAR 4 Oktober - Kerajaan negeri Kedah sentiasa menghargai sumbangan pondok pengajian agama dalam memperkasa kehidupan rakyat selari dengan perjuangan UMNO dan Islam sejak sebelum negara merdeka.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, kerajaan negeri juga memperakui jasa tokoh-tokoh agama di negeri ini atas pengorbanan mereka menentang penjajah dan komunis.

"Oleh itu adalah wajar hubungan antara kerajaan negeri dan pondok-pondok agama yang sekarang banyak dijadikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) diteruskan agar Kedah terus maju bagi merealisasikan wawasan kepimpinan negara.

"Saya akan minta Jabatan Agama Islam Kedah berbincang dengan SAR dan ketua-ketua pondok supaya bantuan perlu dapat disalurkan," katanya semasa berucap pada majlis makan malam Menteri Besar bersama Warga SAR di di Madrasah Taufiqiah Al-Halimiah Padang Lumat, 35 kilometer dari sini, malam semalam.

Pada majlis itu, Mukhriz menyerahkan bantuan berjumlah RM1.2 juta berdasarkan perkapita pelajar sumbangan Yayasan Gerak Fikir, sebuah badan bukan kerajaan di negeri ini kepada 11 SAR di Kedah.

Sebelum itu, Mukhriz yang disertai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam Kedah Mohd. Rawi Abdul Hamid, Mufti Kedah Datuk Sheikh Baderuddin Ahmad, pengerusi Majlis Pengetua SAR Kedah Datuk Sheikh Abdul Razak Yusof, para guru dan pelajar menunaikan solat Maghrib diikuti bacaan Yasin dan doa selamat sebelum menunaikan solat Isyak.

Dalam ucapannya, Mukhriz juga mencadangkan supaya SAR membuat kajian untuk menarik pelajar negara-negara asing belajar di sekolah mereka.

"Impak kedatangan ramai pelajar asing membantu melonjak ekonomi, sektor pelancongan dan sudah tentu usaha mengukuhkan syiar Islam akan berkembang lebih cepat," katanya.

Sumber: BERNAMA