Saiz Teks
Bahasa MelayuEnglish (UK)

Alternative flash content

Requirements

23 Apr, 2014

SAR, sekolah pondok diperkasa

Oleh SAFINA RAMLI

 

ALOR SETAR 21 Mei - Kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri Kedah akan bekerjasama dalam usaha memperkasa sekolah agama rakyat (SAR) serta sekolah pondok di negeri ini menerusi penambahbaikan infrastruktur, kebajikan dan skim perkhidmatan guru.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan komited meningkatkan sistem pembelajaran di sekolah tersebut supaya setanding dengan sekolah kerajaan.

"Kerajaan menggesa lembaga pengurusan sekolah berkenaan mendaftar dengan Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi membolehkan pelbagai bantuan serta kemudahan disalurkan kepada mereka.

"Kerajaan bersungguh-sungguh memperkasa dan meningkatkan taraf SAR dan sekolah pondok menerusi transformasi yang terancang demi manfaat semua pihak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir di Wisma Darul Aman, di sini semalam.

Menurutnya, bagi merealisasikan transformasi itu lembaga pengurusan perlu mendaftar sekolah mereka sebagai SABK dengan segera.

Katanya, status SABK bukan bermakna kerajaan mengambil alih sekolah sebaliknya pengurusan dan ahli jemaah masih kekal serta sekolah masih beroperasi seperti biasa termasuk menggunakan mata pelajaran sedia ada.

"Dalam hal ini masih berlaku kekeliruan dalam kalangan lembaga jemaah sekolah yang beranggapan sekolah mereka diserahkan kepada kerajaan.

"Jika mereka mendaftar sekolah dalam sistem SABK, kerajaan akan menyalurkan peruntukan untuk bangunan sekolah, kebajikan pelajar dan gaji guru yang diselaraskan sama seperti skim perkhidmatan guru di SABK," ujarnya.

Tambah Jamil Khir, terdapat SAR tidak berminat mendaftar dengan SABK atas alasan tidak mahu menggunakan mata pelajaran kebangsaan sebaliknya mahu kekal dengan mata pelajaran sedia ada.

Sementara itu, Mukhriz berkata, sekolah pondok ketika ini menghadapi masalah kemudahan yang daif dan kerajaan menyalurkan bantuan bagi mempertingkat infrastruktur tersebut demi keselesaan guru dan pelajar.

"Menerusi bantuan kerajaan masalah itu dapat diatasi dan pelajar dapat menuntut ilmu dengan selesa," katanya.

Artikel Penuh: Utusan Melayu (M) Bhd