| |
Program
penajaan yang disediakan oleh JPA kepada pegawai kerajaan.
|
Antara
program penajaan kepada pegawai kerajaan yang disediakan adalah
seperti berikut:
- Program
sarjana dan Ph.D.
- Program
latihan lepasan ijazah untuk pegawai perkhidmatan perubatan
dan para-medik
- Program
latihan sangkutan ke firma swasta
- Program
latihan tenaga pengajar Teknikal dan vokasional
- Program
latihan eksekutif di Jepun dan Korea
- Kursus
pendek di Jepun dan Korea
- Program
latihan pengurusan atasan
|
Program
penajaan yang disediakan oleh JPA kepada pelajar. |
Antara
program penajaan kepada pelajar adalah seperti berikut:
- Program
penajaan ke universiti terkemuka di luar negeri
- Program
kejuruteraan di Jerman
- Program
ijazah Perancis
- Program
akademik di Jepun
- Biasiswa
pelajar di IPT tempatan
- Pinjaman
kepada pelajar Politeknik
|
Perbezaan
antara biasiswa dan pinjaman. |
Pelajar
yang menerima penajaan dalam bentuk biasiswa dikehendaki berkhidmat
dengan kerajaan untuk suatu tempoh yang dipersetujui. Mereka boleh
dilepaskan dari ikatan kontrak sekiranya kerajaan tidak dapat menyediakan
kerja dalam tempoh 12 bulan selepas pelajar melapor diri di JPA
atau mereka membayar gantirugi kepada kerajaan mengikut jumlah yang
ditetapkan dalam perjanjian.
Pelajar yang menerima pinjaman pula dikehendaki membayar balik jumlah
pinjaman sebenar mereka selepas menamatkan pengajian. Bayaran boleh
dibuat secara ansuran. Pinjaman ini tidak dikenakan sebarang faedah.
|
| Cara
untuk membuat bayaran balik pinjaman |
Bayaran
balik pinjaman boleh dibuat mengikut cara berikut:
-
Bayaran
tunai di kaunter bayaran JPA.
-
Bayaran
secara pos dengan menggunakan kiriman wang, arahan bank atau
bank draf.
-
Melalui
potongan gaji oleh majikan.
|
Kemudahan
lain kepada pegawai kerajaan selain dari penajaan biasiswa.
|
Pegawai
kerajaan yang tidak mendapat penajaan JPA boleh memohon untuk cuti
belajar separuh gaji atau cuti belajar tanpa gaji.
|
|