Ke arah
mencapai objektif sebagai sebuah organisasi yang dipertanggungjawab
untuk menguruskan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kedah
Darul Aman, Bahagian Sumber Manusia di Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman komited dalam merealisasikan
visi dan misi kerajaan. BSM menberi fokus kepada menyediakan
sumber manusia sektor awam kerajaan negeri yang berprestasi
tinggi, berintigriti dan mempunyai pengertahuan yang luas
bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran perkhidmatan awam
Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. |
|
 |
Untuk
mencapai matlamat ini, Bahagian Sumber Manusia (BSM) bergerak
secara aktif dalam perancangan pentadbiran sumber manusia. Penghasilan
idea-idea baru dan penambah nilai sumber manusia amat ditekankan
bagi setiap anggota. Melalui tenaga kerja yang digerakkan secara
intensif di setiap cawangan, Bahagian Sumber Manusia (BSM) yakin
dengan pembaharuan dan peningkatan dalam pentadbiran yang sedang,
telah serta akan dilaksanakan bagi membantu kerajaan negeri mencapai
matlamatnya dengan lebih berkesan.
Dengan
pelaksanaan aplikasi Sistem Pengurusan Maklumat dan pengumpulan
data-data yang cekap, tersusun serta berterusan, diharap ia dapat
meningkatkan kecekapan pentadbiran di bahagian ini secara khususnya
dan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman secara Amnya bagi mencapai
negeri maju.