Cari di .my www
 
INFO TERKINI

Hari Bertemu Pelanggan Pejabat SUK Kedah pada setiap hari Rabu jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Semua dijemput hadir.

 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

 

Apakah umur persaraan wajib bagi anggota-anggota sektor awam?

Setiap anggota sektor awam dikehendaki bersara apabila mencapai umur 55 tahun yang dikira berdasarkan tarikh lahir sepertimana dicatat dalam Buku Rekod Perkhidmatan. Sekiranya terdapat perbezaan tarikh lahir diantara catatan dalam Buku Rekod Perkhidmatan dengan kad pengenalan, permohonan meminda tarikh lahir perlu mendapat kelulusan dari Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan dicatat dalam buku rekod.
 
Bolehkah seseorang anggota bersara pada umur 55 tahun jika ia sedang menghadapi tindakan tatatertib atau pembicaraan jenayah yang boleh berkeputusan dengan ia dibuang kerja atau disabitkan?
Dalam keadaan sedemikian, anggota berkenaan tidak boleh bersara apabila mencapai umur 55 tahun. Sebaliknya perkhidmatannya hendaklah disifatkan sebagai telah dilanjutkan melampaui umur tersebut sehingga keputusan diperolehi. Sekiranya tindakan tatatertib atau pembicaraan itu tidak berkeputusan dengan ia dibuang kerja atau disabitkan, maka ia hendaklah dibersarakan dimana tempoh selepas umur 55 tahun dikira cuti tanpa gaji dan tidak boleh diambilkira untuk faedah persaraan.
 
Bilakah seseorang anggota boleh memohon bersara secara pilihan?
Seseorang anggota boleh memohon bersara secara pilihan pada atau selepas mencapai umur 40 tahun setelah berkhidmat tidak kurang daripada 10 tahun yang boleh diambilkira. Ia layak dibayar ganjaran dan wang tunai gantian cuti rehat apabila bersara tetapi pencen hanya dibayar apabila mencapai umur 45 tahun bagi anggota perempuan dan 50 tahun bagi anggota lelaki. Walau bagaimanapun, anggota yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 hanya layak dibayar pencen apabila mencapai umur 55 tahun.

Siapakah yang layak dibayar pencen apabila pesara meninggal dunia?

Tanggungan pesara yang layak dibayar pencen terbitan ialah :


1. Balu atau balu-balu atau duda (bagi duda, isterinya hendaklah masih berkhidmat pada atau selepas
1.7.1980);
2. Anak di bawah umur 21 tahun dan belum berkahwin. Bagi anak cacat yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani secara kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, tiada had umur ditetapkan. Anak yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi layak diteruskan bayaran pencen terbitan melampaui umur 21 tahun sehingga tamat pengajian di peringkat ijazah pertama.

 
Apakah yang harus dibuat oleh tanggungan/waris kepada pesara yang meninggal dunia?
Sekiranya pesara tidak meninggalkan tanggungan yang layak dipertimbangkan pencen terbitan, waris terdekatnya harus memaklumkan Bahagian Pencen JPA tentang kematiannya dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:-

1. Sijil kematian
2. Kad pesara

Jika ada tanggungan yang layak, dokumen-dokumen tambahan berikut hendaklah dikemukakan –

• Borang PEN 13/TAB 5
• Borang PEN 14/TAB 6
• Borang JPA/PEN/SPB1 (Sistem Pembayaran PencenMelalui Bank) beserta dengan salinan fotostat buku bank (mukasurat pertama) yang menunjukkan nombor akaun bank
• Salinan sijil perkahwinan dan kad pengenalan balu/duda v.salinan sijil beranak bagi anak yang di
bawah umur 21 tahun dan kad pengenalan (di mana berkaitan).
*** Borang-borang ini boleh diperoleh di Bahagian Pencen JPA.

Apakah yang dimaksudkan dengan pembayaran pencen di bawah Skim A dan siapakah yang akan dibayar di bawah Skim ini?

Pembayaran pencen di bawah Skim A membawa maksud bahawa pencen pesara akan terus dikreditkan ke akaun bank pesara dihari pembayaran pencen pada setiap bulan. Pesara boleh membuat pengeluaran pencennya di mana-mana cawangan bank berkenaan di seluruh negara.
Golongan pesara yang layak dibayar pencen di bawah Skim A ialah mereka-meraka yang mempunyai isteri/suami yang masih hidup yang dikahwini semasa dalam perkhidmatan.

Apakah yang dimaksudkan dengan pembayaran pencen di bawah Skim B dan siapakah yang akan dibayar di bawah Skim ini?

Pembayaran pencen di bawah Skim A membawa maksud bahawa untuk mendapatkan bayaran pencen mereka, pesara perlulah terlebih dahulu membuat tuntutan di mana-mana cawangan bank yang berkenaan, dengan mengisi borang tuntutan pencen yang boleh diperolehi di kauter bank berkenaan. Ini bererti pesara/penerima pencen perlu menghadirkan diri ke bank setiap bulan untuk menandatangani borang tuntutan pencen sebelum bayaran pencen dikreditkan ke dalam akaunnya. Tiada pengkreditan terus pencen ke akaun pesara akan dibuat di bawahSkimB.
Golongan pesara yang layak dibayar di bawah Skim B ialah mereka-mereka yang bujang atau yang telah kematian isteri/suami atau mempunyai suami/isteri yang dikahwini setelah bersara dan juga mereka yang menerima pencen terbitan/ pencen tanggungan.

Apakah yang akan terjadi sekiranya pesara/penerima pencen di bawah Skim B tidak menuntut pencen mereka untuk beberapa bulan?

Sekiranya pesara/penerima pencen di bawah Skim B tidak menuntut pencennya untuk tempoh enam bulan berturut-turut, pencen tersebut akan luput dan pihak bank akan memulangkan bayaran pencen tersebut kepada Bahagian Pencen, JPA. Pesara/penerima pencen tidak akan dapat menuntutnya lagi daripada bank tetapi mereka dikehendaki menghubungi Bahagian Pencen JPA untuk menuntut semula pencen tersebut.

Bolehkah pencen dituntut oleh orang lain selain daripada pesara/penerima pencen?

Pesara/penerima pencen boleh melantik seorang wakil diri untuk membantu beliau dalam urusan pencen dengan bank. Tetapi perlantikan wakil diri hanya dibenarkan di bawah Sim B sahaja. Untuk melayakkan wakil diri dilantik, pesara/penerima pencen tersebut mestilah seorang yang uzur dan keadaan keuzurannya perlu dibuktikan melalui surat pengesahan oleh sama ada Pegawai Perubatan Kerajaan atau doktor swasta, atau Pegawai Kebajikan Masyarakat atau Pegawai Daerah. Pesara/penerima pencen perlu memohon kepada Bahagian Pencen JPA untuk perlantikan wakil diri tersebut melalui Borang JPA/PEN/SPB2. Perlantikan wakil diri adalah sah untuk tempoh setahun dan boleh diperbaharui jika masih diperlukan oleh pesara/penerima pencen.

Bolehkah pesara/penerima pencen menukar akaun bank?

Pesara/penerima pencen boleh menukar akaun bank mereka tetapi notis sekurang-kurangnya dua bulan secara bertulis hendaklah diberi kepada Bahagian Pencen JPA sebelum akaun lama ditutup. Ini adalah untuk mengelakkan terputusnya bayaran pencen bulanan mereka.

Dalam keadaan di mana pesara/penerima pencen hilang buku akaun, adalah dinasihatkan agar akaun baru dibuka di bank yang sama supaya bayaran pencen boleh dipindahkan ke akaun baru tersebut. Jika akaun baru dibuka di bank lain, pembarayaran pencen mungkin tergendala oleh kerana bayaran pencen yang telah dihantar untuk dikreditkan ke dalam akaun lama perlu dikembalikan oleh bank berkenaan kepada Bahagian Pencen JPA untuk diproses semula bagi pengkreditan ke dalam akaun baru di bank lain.

 

 

[ Peta Laman ] [ Galeri ] [Web Master ]

Hakcipta Terpelihara ©
Bahagian Sumber Manusia, Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman
05503, Alor Star Kedah Darul Aman