Kriteria-kriteria kenaikan pangkat yang digunakan oleh JPA?
1. Sepertimana
ditetapkan dalam Skim Perkhidmatan berkenaan.
2. Bergantung kepada kekosongan hakiki sesuatu jawatan.
3. Bergantung kepada prestasi seseorang pegawai.
4. Pegawai disahkan bersih dan bebas dari sebarang tindakan tatatertib,
siasatan BPR dan lulus pengisytiharan harta.
Kenaikan pangkat sesuatu jawatan itu diasaskan hanya kepada
markah prestasi (LNPT) semata-mata?
Tidak. Beberapa faktor lain juga diambilkira. Misalnya :
• Kursus kenaikan pangkat
• Temuduga
• Kesesuaian dan kelayakan anggota dengan jawatan yang akan disandang
berasaskan kepada perakuan Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
Bolehkah pemberian pergerakan gaji melintang dan menegak
diberi melebihi hak kuota yang ditetapkan (2% dan 3%)?
Tidak
boleh, kecuali jika kuota tersebut menghadkan angka 0.5 ke atas.
Misalnya, jika kuota melintang 2% bersamaan dengan 3.5 orang, maka
ia bolehlah digenapkan menjadi 4 orang.
Perlukah penilaian prestasi disediakan untuk seorang PYD
yang enggan melengkapkan dan menandatangani borang penilaian prestasi
mereka?
Penilaian prestasi untuk PYD seperti ini perlu juga disediakan, namun tindakan
yang sesuai boleh diambil ke atas pegawai kerana keengganan mereka
itu boleh dianggap satu perbuatan ingkar perintah.
Sekiranya saya pernah menduduki kursus induksi dalam jawatan
lama, adakah saya boleh dikecualikan dari menghadiri kursus induksi
dalam jawatan baru?
Anda
boleh dikecualikan dari menghadiri semula kursus induksi dengan
syarat kursus induksi yang telah anda hadiri tergolong dalam kumpulan
yang sama dengan perkhidmatan yang anda sandang sekarang.
Dalam borang pengisytiharan harta, di ruangan pengesahan
Ketua Jabatan, siapakah Ketua Jabatan yang dimaksudkan sama ada
Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah atau Pengarah/Setiausaha Bahagian
atau Ketua sesuatu Cawangan/ Seksyen?
Ketua
Jabatan yang dimaksudkan di dalam borang berkenaan ialah pegawai
yang mengetuai sesebuah organisasi dan merupakan penyelia kepada
pegawai/kakitangan bawahannya. Bagi pegawai/kakitangan yang bertugas
di sesebuah Bahagian/Cawangan, Ketua Jabatannya ialah Ketua Bahagian
atau Cawangan berkenaan. Bagi pegawai kanan di Kementerian umpamanya
Pengarah Bahagian maka Ketua Jabatannya adalah Ketua Setiausaha
Kementerian itu.
Bolehkah Pihak Berkuasa Badan Berkanun melantik calon baru
bagi mengisi jawatan kenaikan pangkat?
Bagi
perkhidmatan awam, Perintah Am Bab ‘A’ 1973 tidak melarang pelantikan
ke jawatan gred kenaikan pangkat oleh Pihak Berkuasa Melantik. Walau
bagaimanapun, sebagai sebuah pihak berkuasa berkanun, mereka perlu
merujuk kepada undang-undang penubuhannya atau peraturan berkaitan
perkhidmatan kakitangan yang berkuatkuasa di Badan berkenaan sebelum
boleh melaksanakan perkara ini kerana peruntukan Perintah Am, khususnya
Perintah Am Bab ‘A’ 1973 tidak terpakai kepadanya kecuali telah
diterimapakai oleh pihak pengurusannya.
Sebuah Majlis Perbandaran ingin mendapat pengesahan sama
ada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/1979 masih berkuatkuasa di bawah
SSB bagi membolehkan Majlis berkenaan menimbangkan 4 kenaikan gaji
kepada bekas anggota tentera yang dilantik secara tetap.
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4/1979 masih berkuatkuasa. Sebagai sebuah
pihak berkuasa tempatan yang mempunyai Pihak Berkuasa Melantiknya
sendiri, pertimbangan menentukan kesesuaian pengalaman anggotanya
untuk maksud pemberian hadiah pergerakan gaji boleh diputuskan sendiri
oleh Majlis berkenaan.
Bagaimana menetapkan gaji permulaan kepada anggota yang telah
disahkan di jawatan lama dan telah mendapat pelepasan untuk dilantik
ke jawatan baru di agensi awam yang lain?
Penetapan gaji permulaannya hendaklah mematuhi Perintah Am 33 Bab ‘A’ 1973,
iaitu di matagaji tertinggi yang berhampiran dalam tanggagaji jawatan
barunya.
Bagaimana kedudukan gaji anggotanya yang kembali semula ke
jawatan asal kerana gagal disahkan dalam perkhidmatan, di mana dipersetujui
oleh semua pihak?
Perenggan 13, Perintah Am Bab ‘A’ 1973 membolehkan anggota yang kembali
ke jawatan asal kerana gagal disahkan dalam jawatan baru dipertimbangkan
pergerakan gaji tahunan secara isyarat tapi tidak lebih daripada
peringkat mendatar. Anggota hanya layak menikmati gaji sebenar pada
tarikh kuatkuasa beliau balik ke jawatan berkenaan.
Anggota kontrak layak diberi cuti tanpa gaji dan sekiranya
diberi bagaimana dengan pembayaran ganjaran mereka?
Pemberian cuti berkenaan tertakluk kepada syarat sama ada kemudahan tersebut
diperuntukkan dalam perjanjian kontrak yang telah ditandatangani
oleh anggota. Sekiranya ada, dan anggota telah menggunakan kemudahan
itu, maka pengiraan ganjarannya hendaklah dibuat secara prorata
(proportionate), di mana tempoh cuti tanpa gaji tidak diambilkira
dalam pengiraan tersebut.
Seorang Pembantu Tadbir yang dilantik melalui proses Kenaikan
Pangkat Secara Lantikan (KPSL) mulai 1.8.1991, mendapati gaji baru
ditawarkan lebih rendah (gaji tertinggi jawatan baru tidak dapat
menampung gaji akhir jawatan lama) dan merayu supaya beliau dipertimbangkan
pemberian tiga hadiah pergerakan gaji bagi menampung kekurangan
tersebut?
Permohonan penama tidak dapat dipertimbangkan kerana kaedah penetapan gaji
permulaan bagi anggota KPSL seperti yang dijelaskan dalam Surat
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 1997 berkuatkuasa mulai 1.1.1992
dan tidak terpakai kepadanya. Begitu juga peraturan pemberian hadiah
pergerakan gaji tidak boleh digunapakai kerana pelaksanaannya hanya
kepada jawatan tertentu yang berasaskan pencapaian akademik dan
skil. |