Cari di .my www
 
INFO TERKINI

Hari Bertemu Pelanggan Pejabat SUK Kedah pada setiap hari Rabu jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Semua dijemput hadir.

 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

 

Syarat-syarat kerja yang membolehkan seseorang menuntut bayaran lebih masa (BLM).

Syarat-syarat kerja tersebut ialah :

1. Kerja-kerja kecemasan.
2. Kerja-kerja mustahak dan tidak boleh ditangguhkan.
3. Kerja-kerja yang melebihi dari tugas biasanya.
4. Kerja-kerja yang perlu diurus dalam masa terhad.


Seseorang anggota itu pejabatnya di Kuala Lumpur (di mana
hari Ahad adalah hari rehat mingguannya), dan diarah bekerja pada hari Ahad semasa bertugas di Kedah (dimana hari Jumaat
adalah hari rehat mingguannya).

Anggota berkenaan layak menuntut BLM atau kadar Hari Rehat Mingguan kerana BLM dikira berdasarkan di mana terletaknya ibu pejabat pegawai berkenaan.

Hari Kelepasan Am jatuh pada hari rehat mingguan bagi anggota yang bekerja secara giliran

Bagi anggota yang bekerja secara giliran, jika Hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Rehat Mingguan, maka Hari Kelepasan Am itu adalah ditunda pada hari berikutnya. Sebagai contoh, sekiranya Hari Rehat Mingguan anggota ditetapkan pada hari Isnin, dan Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Isnin tersebut, maka Hari Kelepasan Am akan ditunda pada hari berikutnya, iaitu hari Selasa. Jika Ketua Jabatan menghendaki anggota bertugas pada hari Isnin, maka pegawai adalah layak dibayar BLM atas kadar Hari Rehat Mingguan, dan jika dikehendaki bertugas pada hari Selasa, maka anggota adalah layak dibayar BLM atas kadar Hari Kelepasan Am.

 

 

 

[ Peta Laman ] [ Galeri ] [Web Master ]

Hakcipta Terpelihara ©
Bahagian Sumber Manusia, Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman
05503, Alor Star Kedah Darul Aman