:Utama  |  :Pengenalan  |  :Mukim  |  :Pembangunan  |  :Dalam Kenangan  :Laporan  |  :Tel. & Faks  :Jaringan  I :RMK 9

Kenangan

  Lawatan Oleh Pelajar-pelajar Mont' Kiara International School

  Majlis Pelancaran Kempen Jalur Gemilang 2005

  Bengkel Kemahiran Keibubapaan 

  Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah

  Program "Superbikes Charity Ride"

  Program Jom Ke Lembah Bujang 2005

  Karnival Kesihatan Remaja Zon Tanjung Dawai Dan Merbok

  

  Taklimat Persatuan Bulan Sabit Merah Dan Ceramah Agama

  Program Khidmat Negara Di Daerah Kecil Merbok

  Kejadian Ombak Tsunami Pada 26 Disember 2004

  Krew Gerak Khas Di Daerah Kecil Merbok

  Pesta Tanjung Dawai

  Kembara Merdeka 2004

  Program Jom Ke Lembah Bujang 2004

  Majlis Perasmian Operasi Pejabat Daerah Kecil Merbok

 

 

 

  LAWATAN KAJIAN LUAR BANDAR "MALAYSIAN STUDIES" OLEH 

PELAJAR-PELAJAR MONT' KIARA INTERNATIONAL SCHOOL KE DAERAH KECIL MERBOK

30 SEPTEMBER 2005

8.30 PAGI - 3.00 PETANG

kembali

 

Pada 30 September 2005, seramai 40 pelajar daripada Mont' Kiara International School telah mengadakan Lawatan Kajian Luar Bandar "Malaysian Studies" di Daerah Kecil Merbok. Pelbagai aktiviti telah diatur sempena lawatan tersebut. Berikut adalah aturcara lawatan  :

 

Masa

Perkara

8.30 pagi
  • Ketibaan Pelajar-pelajar Mont' Kiara International School 

  • Lawatan Ke Pusat Giat Ilmu, Kampung Bujang

  • Pameran Anti Dadah Oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kuala Muda di  Pusat Giat Ilmu, Kampung Bujang

10.00 pagi

Minum Pagi

10.30 pagi

Bertolak Ke Rumah Tuan Haji Yusof Bin Yasin Untuk Meninjau Proses Pembuatan Laksa Secara Tradisional & Melukis / Mencorak Batik

11.30 pagi Bertolak Ke Kampung Hilir Mukim Merbok
12.00 tengahari

Tiba Di Dewan Kampung Hilir

Taklimat Aktiviti  :

  • Demontrasi Kraftangan

  • Sukan Tradisional

  • Demontrasi Masakan Tradisional

  • Pemeriksaan Kesihatan Oleh Klinik Kesihatan Merbok

1.00 tengahari

Solat Jumaat

2.15 petang

Tahlil Penduduk Kampung

Sambung Aktiviti Program Lawatan (Sukaneka bersama penduduk kampung)

3.00 petang

Pelajar Bertolak Pulang

 

Koleksi Gambar Sepanjang Lawatan

 

SUASANA LAWATAN DI

PUSAT GIAT ILMU DAN PERUSAHAAN LAKSA, KAMPUNG BUJANG

SUASANA LAWATAN DI KAMPUNG HILIR, MERBOK

 

 

  MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG 

18 OGOS 2005

PEJABAT DAERAH KECIL MERBOK

kembali

 

Pada 18 Ogos 2005 bertempat di hadapan Pejabat Daerah Kecil Merbok telah dilancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan Kali Ke 48. Pelancaran ini turut disertai oleh Ketua Balai Polis Merbok, para pemimpin dan penduduk setempat. Antara acara pada majlis tersebut adalah penyerahan Jalur Gemilang kepada pemimpin tempatan, penyerahan Jalur Gemilang kepada penduduk setempat dan pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan yang melintasi hadapan Pejabat Daerah Kecil Merbok. Berikut adalah antara koleksi gambar sekitar majlis pelancaran :

 

Penyerahan Jalur Gemilang Kepada Pemimpin Setempat
Penyerahan Jalur Gemilang Kepada Penunggang Motosikal
Penyerahan Jalur Gemilang Kepada Penduduk Setempat

 

 

  BENGKEL KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN 

KELAB PUNCAK REMAJA MERBOK CEMERLANG

DAERAH KECIL MERBOK

kembali

 

Pada 6 Ogos 2005 bertempat di Pusat Giat Ilmu, Kampung Bujang satu Bengkel Kemahiran Keibubapaan  telah dianjurkan oleh Kelab Puncak Remaja Merbok Cemerlang - Daerah Kecil Merbok dengan kerjasama Pejabat Daerah Kecil Merbok, Klinik Kesihatan Merbok, JASA dan penduduk setempat. Ramai ibubapa telah menghadirkan diri pada bengkel tersebut.

 

 

Sesi soal jawap bersama penceramah Leka mendengar ceramah
Para peserta tekun mendengar penerangan dari salah seorang penceramah jemputan

 

 

Berikut adalah aturcara majlis bagi Bengkel Kemahiran Keibubapaan 

 

Masa Program
8.00 pagi Pendaftaran
8.10 - 8.30 pagi Pengenalan Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan Malaysia 

Encik Hishamuddin Bin Dollah

Pegawai Khas Jasa

8.30 - 9.30 pagi

Pendidikan Keibubapaan

 

Prof. Madya Fatimah Muhammad Saman

 

Pensyarah Universiti Teknologi MARA 

9.30 - 10.00pagi Perasmian oleh  YB. ADUN Tanjung Dawai

Minum Pagi

 

 

10.00 - 11.15 pagi

 

Pendidikan Kesihatan Keibubapaan

 

Dr. Jamilah Bt. Abdullah

 

Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Merbok

 11.15-12.30 tengahari

Kemahiran Interaktif Dalam Keluarga

 

Puan Salmah Bt. Abdullah 

 

Pengerusi Rumpun Tunas

 1.00 petang Jamuan Tengahari

 Bersurai

 

  PERAYAAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN

PERINGKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN

kembali

Pada 1 Ogos 2005 telah diadakan Majlis Perasmian Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah Darul Aman bertempat di Perkarangan Stadium Darul Aman. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya :

  • Pameran Jabatan / Agensi

  • Jualan / Promosi / Demontrasi

  • Demontrasi Membuat Fillet Ikan Tilapia dan Ikan Pekasam

  • Demontrasi Membuat Peneram dan Baulu Panas Pelbagai Perisa

  • Jualan Produk-produk Hasil Laut

  • Jualan Produk-produk IKS Sik/ FAMA

  • Jualan Beras Penanaman Padi Secara Organik / Anak Benih Buah-buahan

  • Jualan Daging Rusa, Unta, Burung Unta, Puyuh dan Itik

  • Lelongan Baka Lembu

  • Kuiz Untuk Pengunjung

  • Pertandingan Meneka Jumlah Ikan Hiasan

  • Meneka Berat Buah

  • Pertandingan Mr Kedah

  • Dan Lain-lain

Berikut adalah pemenang-pemenang bagi Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah yang mewakili Daerah Kecil Merbok

 

PERSATUAN NELAYAN KAWASAN JAYA

 

Persatuan Nelayan Kawasan Tanjung Dawai didaftarkan pada 1 januari 1983 di Bedong, Kedah. Kawasan kegiatan merangkumi Tanjung Jaga di Utara hingga ke Kuala Muda di Selatan.

 

PNK Jaya ini dianggotai oleh 1,380 orang ahli yang dipimpin oleh Pengerusinya Mej (B) Tuan Haji Mohamed Bin Baharom dan pengurusannya diterajui oleh Pengurus Besar, Encik Abdullah Bin Ibrahim dengan dibantu oleh 10 orang ALP dan 30 orang pekerja. Disamping itu, PNK Jaya ini turut menjalankan 8 jenis aktiviti perniagaan. Diantaranya ialah Projek Bekalan Minyak Diesel, Projek Pemasaran Ikan, Projek Bekalan Air Batu, Projek Bekalan Minyak Pelincir, Projek Jualan pukat dan Alat ganti, Projek Ternakan Kerang, Projek Rekreasi dan Pusat Pemprosesan Keropok.

 

Bagi aktiviti sosial pula, PNK Jaya ini terlibat dengan 8 jenis aktiviti. Antaranya ialah Pinjaman Dana Nelayan, Bantuan Pendidikan, Derma Kebajikan, Tabung Khairat Kematian, skim Bayaran Zakat, kuliah Agama dan Motivasi Nelayan, Program KUNITA (Kumpulan Wanita Nelayan) dan Tabung Pinjaman Kerosakan Bot.

 

Berakhir pada 31 Disember 2004, isipadu perniagaan PPK Jaya ini ialah berjumlah RM6,700,530.70 dengan aset semasa bernilai RM2,875,125.15 manakala simpanan tetap bernilai  RM1,143,951.17 bagi keuntungan bersih pula bernilai RM403,922.00 dan saham terkumpul bernilai RM183,981.00

 

KUNITA JAYA

 

Kunita Nur Shahidah ditubuhkan pada 15 November 1993 yang beralamat di Persatuan Nelayan Kawasan Tanjung Dawai, 08100 Bedong, Kedah. KUNITA Nur Shahidah ini dianggotai oleh 70 orang ahli keluarga wanita nelayan dan ditadbir oleh 9 orang AJK bagi melancarkan proses pentadbiran.

 

KUNITA Jaya ini menjalankan beberapa aktiviti ekonomi yang diklasifikasikan sebagai Projek Individu dan Projek Berkumpulan. Dalam Projek Individu, terdapat 4 jenis aktiviti yang dijalankan. Antaranya ialah memproses keropok udang dan keropok lekor, memproses ikan kering dan belacan, Projek Kraftangan (batik tulis/sutera, membuat bakul, beg dan tikar ) dan perkhidmatan jahitan pakaian. Bagi Projek Berkumpulan, aktiviti yang dijalankan ialah Projek Pemprosesan Bahulu.

 

Disamping itu, KUNITA Nur Shahidah ini turut terlibat dalam aktiviti sosial. Diantaranya ialah Program Keagamaan seperti Marhaban, Berzanji, Bacaan Yasin dan Fardhu Ain. Selain itu, KUNITA Jaya turut terlibat dalam Program Gotong-royong Kebersihan Kampung Nelayan.

 

Hasil daripada kesungguhan dan kerjasama yang baik antara ahli-ahlinya, keuntungan yang diperolehi oleh setiap keluarga ialah sekitar RM400.00 - RM799.00.

 

 

  PROGRAM "SUPERBIKES CHARITY RIDE", 

PUSAT GIAT ILMU KAMPUNG BUJANG

kembali

Pada 18 Jun 2005 seramai 50 peserta motosikal berkuasa tinggi dari negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang telah menganjurkan Program "Superbikes Charity Ride" yang bertempat di Pusat Giat Ilmu, Kampung Bujang. Pelbagai aktiviti telah diatur bagi memeriahkan lagi . Berikut adalah aktiviti yang telah dijalankan dengan kerjasama Pejabat Daerah Kecil Merbok, Klinik Kesihatan Merbok, penduduk setempat dan para peserta motosikal berkuasa tinggi.

  • Pemeriksaan Kesihatan Kaum Ibu & Kanak-kanak

  • Demonstrasi Basic Life Support

  • Demonstrasi Pertolongan Cemas

  • Pameran Makanan Sihat Sepanjang Hayat

  • Pameran Berhenti Merokok

  • Pendawaian Elektrik Oleh Para Peserta Motosikal Berkuasa Tinggi.

  • Pameran Jabatan Muzium

  • Jamuan Makan Pulut Durian

Gambar-gambar Kenangan Program "Superbikes Charity Ride"
Ketibaan Peserta Motosikal Berkuasa Tinggi
Para Peserta bersama wakil Pusat Giat Ilmu, Pejabat Daerah Kecil Merbok, Klinik Kesihatan Merbok dan Penduduk Setempat Demontrasi Pertolongan Cemas
Penduduk Setempat Sibuk Menyediakan Juadah Deretan Motosikal Berkuasa Tinggi

 

  JOM KE LEMBAH BUJANG

-  HARI TERBUKA MUZIUM  

-  MERBOK INTERNATIONAL ENDURO 2005

5 - 6 JUN 2005

TREK MOTORCROSS MERBOK

kembali

 

Pada 04 - 05 Jun 2005 telah dijalankan satu program Merbok International Enduro 2005 di Trek Motocross Merbok yang telah menyajikan pelbagai aktiviti seperti Pertandingan Motorcross, Pameran Basikal Antik daripada Jabatan Muzium,  Cabutan Bertuah dan Jualan Gerai yang telah berjaya menarik ratusan pengunjung daripada seluruh pelusuk Mukim Merbok.

 

Program yang telah diadakan adalah untuk mempromosikan Mukim Merbok sebagai salah satu kawasan perlancongan alternatif

 

Berikut adalah aturcara program pada Merbok International Enduro 2005  pada 04 - 05 Jun 2005  :

 

TARIKH MASA International Enduro
04 Jun 2005 10.00 pagi Jualan / Pameran Basikal Antik / Hari Terbuka Muzium / Cabutan Bertuah
Riders Sign In / Briefing
11.00 pagi Official Practice
11.30 pagi Majlis Perasmian
Race 1 - Novice
12.10 pagi Race 2 - Classic
12.50 tengahari Race 3 - Intermediate
01.30 petang Race 4 - Expert / International
02.10 petang Race 5 - Novice
02.50 petang Race 6 - Classic
03.30 petang Race 7 - Intermediate
04.10 petang Race 8 - Expert / International
04.30 petang Prize Giving
05 Jun 2005 09.30 pagi Jualan / Pameran Basikal Antik / Hari Terbuka Muzium / Cabutan Bertuah
Riders Sign In / Briefing
10.00 pagi Official Practices
10.30 pagi Spectators Run
11.00 pagi Mountain Bikers Challenge
12.00 pagi 3 Hours International Enduro 2005
03.10 petang Prizes Giving

 

 

AKSI - AKSI MENARIK DARIPADA PARA PESERTA MOTORCROSS 2005

 

 

GELAGAT PARA PENONTON

    

 

PAMERAN BASIKAL ANTIK OLEH

JABATAN MUZIUM

 

 


  KARNIVAL KESIHATAN REMAJA ZON TANJUNG DAWAI DAN MERBOK

         27 - 28 MEI 2005

         SEK. JENIS KEBANGSAAN CINA CHOONG CHENG

 

kembali

Sempena Karnival Kesihatan Remaja, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Ceramah Kesihatan, Pameran Daripada Pelbagai Jabatan, Senamrobik, Pemeriksaan Kesihatan, Pertandingan Sukan, Jualan Gerai dan Pertandingan Mewarna Bagi Kanak-kanak. Berikut adalah koleksi gambar sempena Hari Karnival Kesihatan Remaja Zon Tanjung Dawai Dan Merbok.

Ucapan Aluan Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Merbok

 

 

PERTANDINGAN MEWARNA YANG DISERTAI OLEH

KANAK-KANAK TADIKA DAN KANAK-KANAK OKU ( ORANG KURANG UPAYA )

 

Kanak-kanak Tadika Ketika Menunggu Kertas Lukisan Diedarkan

Kanak-kanak OKU Yang Mengambil Bahagian Dalam Peraduan Mewarna

 

 

 

CERAMAH KESIHATAN OLEH KLINIK KESIHATAN

Para Peserta Sedang Tekun Mendengan Ceramah Yang Diberikan

 

 

PEMERIKSAAN KESIHATAN OLEH KLINIK KESIHATAN MERBOK

 

 

SENAMROBIK 

 

 

PAMERAN DARIPADA PELBAGAI AGENSI DAN JABATAN

Pameran Berhenti Merokok

Pameran Daripada Akedemi Binaan

Malaysia

Pameran Daripada Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok

Pameran Daripada Kolej Kejururawatan Sungai Petani

Pameran Daripada 

Pusat Dalam Komuniti

Pameran Daripada Persatuan Bulan Sabit Merah 

Pameran Daripada Bahagian Pergigian

Pameran Daripada Persatuan Bulan Sabit Merah

 Cawangan Kedah

Pameran Daripada Pusat Serenti Sungai Petani

 

 

 

JUALAN GERAI

Jualan Pelbagai Jenis Kerepek

Jualan Pelbagai Jenis Pakaian Dan Aksesori Wanita

 

 


  TAKLIMAT PERSATUAN BULAN SABIT MERAH DAN CERAMAH AGAMA

kembali

Satu taklimat berkenaan Persatuan Bulan Sabit Merah dan Ceramah Agama telah diadakan di Gelanggang Bola Keranjang, Merbok yang telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kecil Merbok dengan kerjasama Bahagian Keselamatan Negara. Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang Persatuan Bulan Sabit Merah dan kepentingan penubuhannya bagi Daerah Kecil Merbok bagi membantu dalam setiap kecemasan yang terjadi di Daerah Kecil Merbok sebagai contoh kejadian tsunami baru-baru ini. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh  Pengerusi Penerangan dan Kebajikan PBSMM Negeri Kedah dan Penolong Pengarah Bahagian Latihan PBSMM Negeri Kedah. Ceramah adalah merangkumi tajuk Penubuhan Awal PBSMM, Kerjaya Di Dalam PBSMM dan Kelebihan Menganggotai PBSMM.

 

Acara diteruskan dengan ceramah agama bertajuk Kekuatan Iman Dalam Menangani Gejala Sosial yang mengfokuskan keperluan kekuatan iman kepada golongan remaja samada di peringkat IPTA/IPTS dan pelajar sekolah yang banyak terlibat dalam anasir-anasir yang tidak sihat pada masa kini. Sebelum majlis bersurai para peserta yang terdiri daripada pegawai jabatan kerajaan, pengetua, JKKK dan murid sekolah telah disajikan dengan jamuan makan tengahari.

 

 


  PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

kembali

Jabatan Latihan Khidmat Negara telah menjalankan latihan bagi Program Latihan Khidmat Negara di Kem Jabatan Latihan Khidmat Negara yang terletak di kem Damai Park Resort, Merbok. Pada 22 Februari 2005 hingga 1 Macl 2005 para peserta Program Khidmat Negara telah berjaya melaksanakan tugasan daripada Modul Khidmat Komuniti Siri 2/2005 yang melibatkan 18 kumpulan peserta 

 

Program Khidmat Komuniti kali ini melibatkan Taman Bimbingan Kanak-kanak KEMAS. Para peserta telah menolong membersihkan kawasan persekitaran , mengecat bangunan tadika, menyediakan alat bantuan mengajar, sukaneka dan lain-lain. Sebelum pulang para peserta dijamu dengan jamuan ala kampung oleh penduduk setempat. Berikut adalah tabika yang terlibat dalam Modul Khidmat Komuniti Siri 2/2005:

  • Tabika KEMAS Kampung Bujang 

  • Tabika KEMAS Dewan Surau Kampung Sebelah

  • Tabika Pekan Merbok

  • Tabika Simpang Tiga Pasir

  • Tabika Kampung Hilir

  • Tabika Kampung Batu Hampar

  • Tabika Kampung Huma

  • Tabika Sungai Pial

  • Tabika Dewan Orang Ramai Tanjung Dawai

  • Tabika Bendang Dalam

  • Tabika Pengkalan Bujang

  • Tabika Kampung Berjaya KEDA, Jeniang

  • Tabika Batu 9, Jeninag

  • Tabika Guar Stesyen Guar Chempedak

  • Tabika Pulau Chengai

  • Tabika Batu 2, Jalan Jeniang

  • Tabika Sungai Badak

 


  KEJADIAN OMBAK TSUNAMI PADA 26 DISEMBER 2004

kembali

 

Ketika ramai pihak merancang untuk sambutan Tahun Baru, dunia dikejutkan dengan kejadian ombak tsunami yang terhasil daripada beberapa siri gegaran gempa di Utara Sumatera. Akibat daripada kejadian tersebut terlalu banyak nyawa yang terkorban samada di Aceh, Sri Lanka dan Thailand. Negara kita juga tidak terkecuali. Trauma yang melanda mangsa kejadian tidak dapat kita bayangkan. Kehilangan insan tersayang, rakan sepermainan, jiran tetangga dan tempat berteduh pasti menyiksa jiwa ketika mengingatinya. 

 

Negara kita juga tidak terkecuali walaupun mengakibatkan korban yang sedikit. Kejadian gelombang pertama melanda pantai Kuala Muda dengan ketinggian mencecah 2.5 meter berlaku sekitar jam 1.15 tengahari iaitu lebih kurang 4 jam selepas gegaran berlaku. Manakala gelombang kedua berlaku sekitar jam 1.45 petang dengan ketinggian melebihi 8 meter dan menghempas pantai sejauh 300 meter ke daratan. Akibat daripada kejadian gelombang tersebut kita kehilangan 12 saudara yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan jantina . Moga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas roh mereka. 

 

Biasan daripada gelombang yang melanda telah merosakkan beberapa buah rumah di Daerah Kecil Merbok. Kampung yang terlibat adalah Kampung Huma. Terdapat juga kerosakan ke atas bot, peralatan bot dan sangkar ikan yang mengakibatkan kerugian bagi masyarakat nelayan.

Jumlah mangsa yang mengalami kerosakan rumah adalah berjumlah 78 buah. Terdapat juga kecederaan yang menimpa seorang penduduk yang mengakibatkan kecederaan kaki kanan. Sejumlah 82 nelayan yang kehilangan atau kerosakan bot dan peralatan bot. Manakala  37 pengusaha sangkar ikan mengalami kerosakan dan kemusnahan sangkar ikan.Terdapat juga kerosakan pada sistem peparitan dan jeti nelayan. Terdapat beberapa jenis sumbangan yang telah diberikan kepada mangsa oleh pihak kerajaan, swasta dan NGO's:

  • wang

  • keperluan asas  - beras, gula, garam, pampers, selimut, roti, maggi, air mineral, alat tulis, sardin, pakaian dan lain-lain

  • peralatan dapur  - dapur gas

  • pemeriksaan kesihatan

Jabatan Kerajaan, Swasta dan NGO's yang terlibat dalam pelbagai sumbangan adalah :

  • Majlis Perbandaran Sungai Petani ( MPSP )

  • Bomba Sukarela Merbok dan Gurun

  • Polis Tanjung Dawai dan Merbok

  • Bomba & Penyelamat Malaysia, Sungai Petani

  • Jabatan Kesihatan, Daerah Kuala Muda

  • Malaysian Medical Relief Society ( MERCY )

  • Universiti Teknologi MARA

  • Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. ( MODENAS )

  • Petronas Fertilizer Sdn. Bhd.

  • Merbok MDF Sdn. Bhd.

  • The Store dan

  • Orang Perseorangan

 


  KREW GERAK KHAS DI DAERAH KECIL MERBOK

kembali

Sekumpulan krew Gerak Khas yang diketuai oleh Dato' Yusof Haslam, pengarah filem terkenal tanahair mengunjungi dan menderma kepada penduduk miskin bagi Peringkat DUN Tanjung Dawai yang merangkumi Mukim Bujang, Mukim Semeling dan Mukim Merbok. 

Sumbangan diberikan oleh Datuk Yusof Haslam kepada 50 orang peserta di Masjid Jamek, Merbok. Sumbangan yang diberikan berupa wang dan hamper.

 

 


  PESTA TANJUNG DAWAI

kembali

Pesta Tanjung Dawai diadakan pada setiap bulan Ogos sempena sambutan Bulan Kemerdekaan. Dirasmikan oleh YB ADUN Tanjung Dawai pada 30 Ogos 2004. Terdapat pelbagai acara telah dijalankan bagi memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan di kawasan Mukim Merbok. Antaranya adalah :

  • Pameran daripada Pihak Jabatan Kerajaan dan Swasta

  • Persembahan Kebudayaan dan Tembakan Bunga Api

  • Persembahan Hiburan Daripada Artis dan Band

  • Gerai Jualan

  • Sukanika Dan Peraduan Mewarna

  • Kempen Derma Darah

  • Bola Sepak Pantai

  • Pertandingan Karaoke

Terdapat beberapa kebaikan daripada penganjuran Pesta Tanjung Dawai antaranya memberi peluang kepada setiap ibubapa menghabiskan waktu berkualiti bersama anak-anak. Pesta ini juga mampu memberi sumber pendapatan kepada golongan peniaga. 

 

 


  KEMBARA MERDEKA 2004

kembali

 

 

Pada bulan Julai Pekan Merbok telah menerima kunjungan daripada Konvoi Kembara Merdeka Kementerian Penerangan Malaysia yang terdiri daripada 47 kenderaan pelbagai jenis iaitu pacuan empat roda, kancil dan motosikal berkuasa tinggi yang dinaiki oleh 170 orang peserta. Kehadiran mereka disambut meriah oleh penduduk kampung  di Mukim Merbok.

Kumpulan ini telah mengedarkan bendera Jalur Gemilang kepada penunggang motosikal dan kereta yang melalui kawasan Merbok. Usaha ini adalah untuk menggalakkan masyarakat berbangga dengan bendera Jalur Gemilang dan negara Malaysia yang  Seterusnya perjalanan diteruskan ke Universiti Teknologi MARA dengan diiringi dengan kibaran Jalur Gemilang oleh penduduk setempat. Penunggang motosikal dan kereta dari Mukim Merbok telah berkumpul dan bersama-sama  mengikuti kumpulan Konvoi Kembara Merdeka Kementerian Penerangan sehingga ke Universiti Teknologi MARA.

 

 


  PROGRAM JOM KE LEMBAH BUJANG

kembali

 

Jom Ke Lembang Bujang merupakan program dengan kerjasama Jabatan Muzium dan Antikuiti Utara. Ia melibatkan aktiviti seperti Hari Terbuka Muzim dan Merbok International Enduro & Motocross yang bermula pada 4 Jun 2004 dan berakhir pada 6 Jun 2004. Majlis perasmian dan penutup telah dihadiri oleh YAB Dato' Seri Setia Diraja Dato' Seri Haji Syed Razak Bin Syed Zain iaitu Menteri Besar Kedah pada 6 Jun 2004 pada pukul 3.00 petang di trek Motocross Merbok.

 

Acara ini telah mempromosikan acara sukan lasak dan secara tidak langsung telah mempromosikan kawasan Merbok sebagai salah satu pusat pelancongan. Pelbagai acara telah diadakan bagi menarik kedatangan penduduk setempat seperti pelbagai pameran daripada pihak Muzium Arkeologi Lembah Bujang, pesta buah-buahan daripada FAMA dan persembahan kebudayaan.

 

 


  MAJLIS PERASMIAN OPERASI PEJABAT DAERAH KECIL MERBOK

kembali

 

Majlis perasmian operasi Pejabat Daerah Kecil Merbok telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah iaitu YAB Dato' Seri Setia Diraja Dato' Seri Syed Razak Bin Syed Zain. Majlis ini telah diadakan pada 8 Januari 2004 bersamaan 15 Zulkaedah 1424H di perkarangan Pejabat Daerah Kecil Merbok. Dengan upacara ini maka dengan rasminya Pejabat Daerah Kecil Merbok beroperasi. 

 

Bagi memeriahkan lagi majlis perasmian dan memperkenalkan serta mempromosikan Pejabat Daerah Kecil Merbok satu majlis sambutan telah diadakan pada 9 Januari 2004 yang dikenali sebagai Malam Kesenian Merbok pada 9.00 malam yang melibatkan acara seperti cabutan bertuah, persembahan kebudayaan dan persembahan nasyid daripada kumpulan Firdaus. Sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat adalah amat memuaskan. 

 

 

 

:Utama  |  :Pengenalan  |  :Mukim  |  :Pembangunan  |  :Dalam Kenangan  :Laporan  |  :Tel. & Faks  :Jaringan