:Utama  |  :Pengenalan  |  :Mukim  |  :Pembangunan  |  :Dalam Kenangan  :Laporan  |  :Tel. & Faks  :Jaringan  I :RMK 9

Pembangunan > Infrastruktur

  Perindustrian

  Pelancongan & Rekreasi

  Pendidikan

  Infrastruktur

  Perikanan

  Pertanian

 

 

 

 

  BALAI POLIS

kembali

Terdapat 6 buah balai polis yang membantu dalam menjaga keselamatan penduduk dan kediaman di Daerah Kecil Merbok. Terdapat 2 buah balai bagi Mukim Merbok, Mukim Semeling dan Mukim Gurun. Mukim Bujang tidak mempunyai balai polis tetapi boleh melapurkan sebarang kejadian di balai polis yang berhampiran iaitu samada Balai Polis Merbok atau Balai Polis Semeling. Setiap balai beroperasi pada setiap masa dan waktu. Berikut adalah senarai tugas yang diperolehi dari laman web www.rmp.gov.my :

 

Seksyen 20 Akta Polis menyenaraikan tugas-tugas pegawai polis seperti berikut:-

  • menangkap semua orang yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk ditangkap;

  • memproses risikan keselamatan;

  • menjalankan pendakwaan;

  • memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang berhubung dengan hasil, eksesaia, kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran;

  • memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di pelabuhan dan lapangan terbang Malaysia dan dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan pelabuhan.

  • melaksanakan saman, sapina, waran, perintah memenjara dan proses-proses lain yang dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana pihak kompeten;

  • mempamerkan maklumat;

  • melindungi harta yang tidak dituntut/ hilang dan mencari pemiliknya;

  • menyita binatang-binatang yang berkeliaran dan menempatkan di kandang awam;

  • memberi bantuan dan melindungi nyawa dan harta benda;

  • melindungi harta awam daripada hilang;

  • menghadiri mahkamah jenayah dan jika diperintah dengan khas, mahkamah sivil dan menjaga ketenteraman di dalamnya

  • mengiringi dan menjaga banduan-banduan dan orang-orang lain yang ada dalam jagaan polis.

Seksyen 21 Akta Polis ialah tugas mengatur, mengawal dan menjaga lalulintas di jalan awam.

 

 


  BOMBA SUKARELA

kembali

Maklumat sedang dikemaskini.

 


  PLATUN RELA DAN PLATUN KHIDMAT RELAWATI (PKR) MUKIM MERBOK

kembali

Platun Rela Mukim Merbok telah ditubuhkan pada tahun 1993 bagi menggantikan sistem unit selaras dengan perkembangan dan peranan yang diberikan kepada pasukan ini.

 

Sebagai satu agensi keselamatan dan benteng ketiga pertahanan negara, pasukan ini berkembang dengan cepat dan telah mendapat perhatian dan sokongan rakyat untuk membantu kerajaan dalam membantu menjaga keselamatan dan keharmonian negara Malaysia. Pasukan RELA juga membantu kerajaan dalam kegiatan kemasyarakatan.

 

Platun Rela dan Relawati Kg. Hilir telah ditubuhkan 2003 dengan daya usaha Ketua Perhubungan RELA Mukim iaitu Lt. (RELA) Hj. Ismail Bin Mat Isa dengan keahlian permulaan sebanyak 35 anggota. Pada hari ini platun ini telah berkembang dengan pesat dengan keahlian telah mencapai sebanyak 65 orang.

 

Antara peranan dan kegiatan yang telah dijalankan oleh platun Kg. Hilir, Merbok adalah seperti berikut :

  • Program Anak Angkat

  • Derma Darah

  • Gotong-royong

  • Berkhatan beramai-ramai

  • Kursus Pengenalan RELA

  • Latihan Kawad Mingguan

  • Kelas Komputer

  • Latihan Senjata

  • SMR - Saluran Maklumat RELA

  • Basmi Musuh Tanaman

  • 'Mentara' di Majlis Kenduri

  • Kumpulan Berdah dan Berendoi

  • Kumpulan Bacaan Yassin

 


  PEJABAT POS

kembali

 

Terdapat 4 buah pejabat pos di dalam Daerah Kecil Merbok iaitu di Mukim Merbok, Mukim Semeling dan Mukim Gurun. Perkhidmatan pejabat pos ini dapat membantu penduduk tempatan dalam urusan harian samada dalam penghantaran bungkusan, surat dan pembayaran pelbagai bil. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila dapatkan alamat serta nombor telefon bagi setiap pejabat pos di daerah ini pada bahagian Tel. & Faks. Berikut adalah senarai perkhidmatan yang ditawarkan bagi setiap cawangan pejabat pos di Malaysia :

  • Jualan Setem, pengumpulan setem, setem hasil, Envelop Pos Laju, Envelop Pos Ekspres dan Pos Pack ( kotak untuk penghantaran bungkusan atau barangan)

  • Penghantaran surat, bungkusan samada melalui perkhidmatan biasa, Pos Laju atau Pos Ekspres.

  • Pengeluaran dan simpanan wang 

    • Bank Simpanan Nasional

    • Amanah Saham Nasional Bhd.

    • Amanah Saham Sarawak

  • Pembayaran Pinjaman

    • Majlis Amanah Rakyat ( MARA )

    • Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA )

  • Pembayaran 

    • Insurans Takaful Nasional Sdn. Bhd.

    • Kurnia Insurans ( Insurans Motor )

    • AMI Insurans Berhad ( Insurans Motor )

    • AMAssurance Berhad ( Insurans Motor )

  • Memperbaharui Lesen Memandu  ( Jabatan Pengangkutan Jalan )

    • Lesen Memandu

    • Roadtax

    • Lesen Latihan ( L )

  • Pembayaran Bil seperti :

    • Bil elektrik

    • Bil Air

    • Bil Indah Water

    • Bil Telefon

  • Pembayaran Bil Telefon Bimbit seperti :

    • Celcom

    • Digi

    • Maxis

  • Pendaftaran Pemilih

  • Pembelian bagi tiket penerbangan AirAsia Sdn. Bhd.

  • Duty Stamp

Waktu Operasi adalah seperti berikut :

 

MASA

8.30 - 4.00 petang ( selain pembelian setem )

8.30 - 5.00 petang ( pembelian setem )

HARI

Sabtu - Khamis

Sabtu Minggu 1 - tutup

Sabtu Minggu 3 - buka

 

 


  KLINIK KESIHATAN

kembali

 

 

Klinik - klinik yang terdapat di dalam Daerah Kecil Merbok mengikut mukim adalah seperti berikut  :

 

Mukim Merbok Mukim Bujang Mukim Semeling Mukim Gurun
Klinik Poliklinik Komuniti Merbok Klinik Desa Bujang Klinik Kesihatan Bedong Klinik Desa Batu 3
Klinik Desa Tanjung Dawai   Klinik Desa Semeling Klinik Desa Batu 9
Klinik Desa Ban Merbok     Klinik Desa Gurun
      Klinik Desa Padang Lembu

 

 Perkhidmatan yang disediakan di Poliklinik Komuniti Merbok ialah :


1.  Jabatan Pesakit Luar

  • Kecemasan

  • Saringan Diabetis, Hipertensi, Lemak & Kolestrol, HIV.

  • Klinik Khas Diabetis, Hipertensi, Asthma, Tibi, HIV, Penyakit Kelamin, Berhenti Merokok, Remaja.

  • Rawatan Susulan

  • Rujukan

  • Ambulan Untuk Kes Kecemasan

  • Farmasi Ubat Pakar dan Bukan Pakar

  • Makmal – Ujian Air Kencing, Darah Kahak dan lain-lain.

2.  Klinik Ibu & Anak

  • Ibu mengandung dan selepas melahirkan anak

  • Kesihatan anak termasuk imunisasi

  • Kesihatan sekolah

  • Lawatan rumah

  • Perancang keluarga

  • Kaunseling

  • Klinik-klinik desa – Tanjung Dawai, Bujang dan Ban Merbok

3.  Kesihatan Alam Sekitar

  • Bekalan air bersih

  • Bekalan air limbah

  • Bekalan tandas curah

  • Kawalan mutu makanan

  • Kawalan penyakit berjangkit

4.Program Khas

  • Warga emas

  • Kesihatan Mental

  • Kesihatan Remaja

  • Kanak-kanak keperluan khas

  • Merokok

  • Cardiovascular

5.Klinik-klinik Khas Yang Lain

  • HIV / AIDS

  • TIBI

  • Kanak-kanak keperluan khas

 


  MASJID

kembali

Berikut adalah senarai nama masjid dan imam bertugas bagi Daerah Kecil Merbok :

 

 

SENARAI NAMA MASJID DAN IMAM BERTUGAS BAGI MUKIM MERBOK

NAMA MASJID

NAMA IMAM

Masjid Pekan Merbok

Tiada

Masjid Tempoyak

Hj. Shahabudin Bin Ahmad

Masjid Merbok Lama

Hj. Abd. Rahman Bin Hj. Salleh

Masjid Sungai Piala

Hj. Abdul Rani Bin Sulaiman

Masjid Pengkalan Kakap

Hj. Ishak Bin Shafie

Masjid Kampung Pasir Jernih

Hj. Abu Bakar

 

 

SENARAI NAMA MASJID DAN IMAM BAGI MUKIM GURUN

NAMA MASJID

NAMA IMAM

Masjid Al-Naim Batu 9, Jln. Jeniang

Hj. Mat Isa Bin Yahaya

Masjid Othmaniah Batu 3, Jln. Jeniang

Tiada

Masjid Guar Stesyen

Hj. Omar Bin Mat Isa

Masjid Pekan Gurun

Hj. Mustafa Bin Haji Saad

Masjid Al-Sofwan, Pekan Jeniang

Hj. Shariff Bin Hj. Hasssan

Masjid Seri Jerai

Hj. Harun Bin Ismail

Masjid Kg. Berjaya KEDA

Hj. Ibrahim Bin Ahmad

 

 

SENARAI NAMA MASJID DAN IMAM BAGI MUKIM SEMELING

NAMA MASJID

NAMA IMAM

Masjid Semeling

Tiada

Masjid Bedong

Hj. Saad Bin Hussain

Masjid Sungai Lalang

Hj. Ahmad @ Kassim Bin Awang

Masjid Taman Badar Baru Sg. Lalang

Hj. Abu Talib Bin Jaafar

Masjid Tanjung Dawai

Hj. Abdullah Bin Taib

 

 

SENARAI NAMA MASJID DAN IMAM BAGI MUKIM BUJANG

NAMA MASJID

NAMA IMAM

Masjid Al-Muttaqin, Bujang

Hj. Mohd. Radzi Bin Hj. Ariffin

Masjid Al-Husna Pengkalan Bujang

Hj. Abdul Hamid Bin Abdul Majid

Masjid Al-Tahir, Gungai Gelam

Hj. Abdul Hamid Bin Abdul Kadir

 

 


  BANK

kembali

 

Terdapat 6 buah bank di dalam Daerah Kecil Merbok iaitu Bank Simpanan Nasional, Eon Bank Berhad, Public Bank Berhad dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad  yang terletak di Mukim Merbok, Mukim Semeling dan Mukim Gurun.

 

Dengan adanya bank-bank ini telah memberi kemudahan kepada setiap lapisan masyarakat dalam penyimpanan dan pengeluaran wang serta pelbagai operasi lain.

 

 


  PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

kembali

 

Pemulihan Dalam Komuniti ( PDK ) adalah program pemulihan kepada orang kurang upaya (OKU) khususnya kepada mereka yang cacat. Di Malaysia, PDK ditubuhkan pada 1983 di Bukit Rakit Kuala Terengganu dan berkembang ke seluruh negara dengan penubuhan sebanyak 274 buah pada masakini.  PDK di Kedah adalah sebanyak 19 buah dan terdapat 2 PDK di Daerah Kecil Merbok.

 

Tujuan Pemulihan Dalam Komuniti :

  • Memulihkan kanak-kanak kurang upaya supaya boleh berfungsi seperti orang biasa

  • Memberi kesedaran kepada komuniti dan masyarakat bahawa terdapat golongan yang tidak berkeupayaan yang memerlukan bantuan.

  • Memberi pengetahuan, kesedaran pemulihan kepada kanak-kanak kurang upaya, ahli keluarga dan saudara mara terdekat dalam pemulihan.

  • Membentuk Jawatankuasa bertindak dikalangan ahli keluarga, golongan profesional, sukarelawan dan komuniti tempatan dalam merencanakan program.

Aktiviti yang dijalankan  :

  • Kemahiran Motor Kasar - Melibatkan kemahiran pergerakan otot iaitu bahagian anggota tubuh badan seperti berjalan, berlari dan sebagainya.

  • Kemahiran Motor Halus  -  melibatkan pemikiran, penglibatan serta pergerakan jari seperti membuat objek daripada tanah liat, mengunting, melekat gambar, mewarna dan menyusun lego.

  • Perkembangan Sosial dan Bahasa  -  Berinteraksi dan bergaul serta berkomunikasi dengan orang lain. Secara lisan, tanpa lisan, bahasa isyarat menerusi ekspresi seperti ketawa, menangis, mimik muka dan lain-lain.

  • Pengurusan Diri  -  Antaranya mengemas diri, cara makan,dan minum, ke tandas dan sebagainya.

  • Pra Sekolah  -  Kemahiran asas mengira, membaca, menulis huruf abjad, angka dan perkataan.

  • Kretiviti  - Mencungkil dan mengenengahkan bakat dan kebolehan yang ada.

PESERTA PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI MERBOK

Kecacatan Bilangan
Akal 31
Anggota 11
Jumlah 42

 

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Merbok

d/a Dewan Orang Ramai Merbok

08400 Merbok

33 Pelatih

 

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Bedong

d/a Rumah Seri Kenangan Bedong

Jalan Semeling 

08100 Bedong

29 Pelatih

 

 


  RUMAH SERI KENANGAN, BEDONG

kembali

Pengenalan 

Rumah Seri Kenangan, Bedong merupakan salah satu daripada 9 buah Rumah Seri Kenangan yang terdapat di Malaysia. Rumah-rumah Seri Kenangan tersebut adalah:

 

Nama  Mula Beroperasi
Rumah Seri Kenangan Taiping, Perak 1950
Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin, Pengkalan Chepa, Kelantan 1951
Rumah Seri Kenangan Bedong, Kedah 1952
Rumah Seri Kenangan Tanjong Rambutan, Perak 1952
Rumah Seri Kenangan Seremban, Negeri Sembilan 1958
Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor 1964
Rumah Seri Kenangan Johor Baharu, Johor 1969
Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka 1971
Rumah Seri Kenangan Kangar, Perlis 1997

 

Sejarah Penubuhan
Rumah Seri Kenangan Bedong dahulunya dikenali sebagai Rumah Kebajikan Bedong dan Rumah Orang-orang Tua Bedong mula beroperasi pada 24 Ogos 1952. Pada 15 Ogos 1995 pembinaan kompleks Rumah Kebajikan yang baru dimulakan untuk menggantikan bangunan lama yang telah uzur dan tidak selamat digunakan.


Rumah Kebajikan memulakan operasi di bangunan baru pada 1 November 1997 dan dirasmikan pada 19 April 1998 oleh Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Zaleha Binti Ismail, Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat pada ketika itu.

Kompleks Rumah Seri Kenangan

  • Terletak di dalam Mukim Semeling.

  • Keluasan keseluruhan tapak institusi ialah 31 ekar ( 12.54 hektar )

  • Kompleks institusi terdiri daripada :
    - Bilik Pentadbiran

    • Bilik Penguasa, Bilik Pembantu Kanan, Bilik Pegawai Bertigas, Bilik Pentadbiran, Bilik Kaunseling, Bilik Perumatan, Bilik Komputer/Internet, Bilik Fail dan Stor

    - Asrama Penghuni Lelaki

    • Cempaka, Anggerik, Kenanga, Seroja dan Melati

    - Asrama Penghuni Perempuan

    • Melor, Mawar dan Dahlia 

    - Bengkel

    • Bangunan Serbaguna yang telah diubahsuai dan dijadikan dewan penjumpaan/majlis rasmi mulai Disember 2003, Sudut Bacaan, Kelas Agama

    - Dewan Makan dan Dapur
    - Bangunan Berpagar 

    • Penempatan golongan yang sukar dikawal

    - Bangunan Berpagar 

    • Penempatan kes-kes dibawah Akta Kanak-kanak 2001 dan kes-kes remand

    - Rumah Mayat
    - Stor Pekerja Am
    - Pos Pengawal Keselamatan di Pagar Utama
    - Pos Pengawal Keselamatan di Bangunan Berpagar

 

Kumpulan Sasar


Warga Emas

Orang-orang tua yang berusia lebih daripada 60 tahun yang sebatang kara dan tiada tempat tinggal serta penjaga serta orang-orang tua yang mempunyai keluarga dan adik-beradik tetapi tidak diberi penjagaan/perhatian sewajarnya.


Orang-orang Papa
Mereka yang merayau tanpa tujuan, mengacau ganggu di tempat awam, menimbulkan kegusaran kepada orang ramai, meminta sedekah, tiada tempat tinggal dan tidak dapat memberitahu kedudukan diri sendiri.

 

Disamping itu, Rumah Seri Kenangan digazetkan sebagai tempat tahan sementara bagi kes-kes di bawah Akta Kanak-kanak 2001.

 

JUMLAH PENGHULI RUMAH SERI KENANGAN, BEDONG

 

Bangsa Lelaki Perempuan Jumlah
Melayu 80 46 126
India 51 24 75
Cina 64 25 89
Lain-lain - 1 1
Jumlah Besar 195 96 291


Perkhidmatan Yang Diberikan
1.Penjagaan Dan Perlindungan
2.Kaunseling Dan Bimbingan
3.Carapulih Kerja
4.Riadah
5.Rawatan Dan Perubatan
6.Perhubungan Dengan Masyarakat

 

 


  TENAGA NASIONAL BERHAD

kembali

 

Plan Bekalan Elektrik Di Daerah Kecil Merbok Sehingga Tahun 2004

 

Tajuk Komponen Pembangunan Unit Tenaga Elektrik
Luas (unit) Kediaman (unit) Perniagaan (unit) Institusi (unit) Perindustrian (unit) PMU (unit) PPU (unit) SSU (unit) P/E (unit) MD (mv)
Jumlah 2405 12242 742 6 444 1 3 3 75 99.5

 

NOTA

PMU  -  Pencawang Masuk Utama 132KV/33KV/11KV

PPU  -  Pencawang Pembahagian Utama 33KV/11KV

SSU  -  Station Suis Utama 33KV/11KV

P/E   -  Pencawang Elektrik 11KV/0.415KV

MD  - Maximum Demand ( Kehendak Maksima )

 

 


  TELEKOM MALAYSIA BERHAD

kembali

 

a)Pelaksanaan Projek Tahun 2004

  • Fiber kabinet untuk kawasan sekitar Kg. Sg. Baru, Merbok.

  • Perkhidmatan jalur lebar Daerah Bedong.

  • Fiber kabinet untuk kilang Naza Kia dan vendor di Gurun.

 

b)Pelaksanaan Projek JKR pelebaran jalan Tahun 2004

  • Pindah-alih kabel & sesalur di hadapan universiti AIMST

  • Pindah-alih kabel & sesalur Semeling by pass.

  • Pindah-alih kabel & sesalur di hadapan Perwaja,Gurun.

  • Pindah-alih kabel & sesalur jalan Gurun - Jeniang.

  • Pindah-alih kabel & sesalur jalan Jeniang - Sik.

c)Perancangan Projek Tahun 2004 ~ 2010

  • Perkhimatan jalur lebar Daerah Merbok, Bedong dan Gurun.

  • Fiber kabinet untuk kawasan sekitar Simpang Kg. Bujang.

  • Fiber kabinet untuk kawasan sekitar Kg. Sg. Gelam.

  • Fiber kabinet untuk kawasan sekitar Kg. Pengkalan Bujang.

  • Komplek tambahan untuk UiTM, Merbok.

  • Projek perumahan negara di hadapan AIMST

  • Projek perumahan negara di hadapan UiTM

  • Projek perumahan Lembah Bujang.

  • Projek perumahan di daerah Bedong.

  • Projek industri dan perumahan di daerah Gurun.

  • Projek MRSM di Merbok.

  • Projek perumahan mukim Merbok

  • Projek industri kilang Nafas Gurun.

  • Pindah-alih civil & kabel ch820.9 – ch822.6 Gurun – Guar Cempedak

  • Pindah-alih civil & kabel ch810.9 Sg. Tok Pawang.

  • Projek persisiran pantai Kedah hingga Telok Air Tawar.

 


  JKR AIR KEDAH TENGAH

kembali

 

STATUS SEMASA SUMBER AIR

Daerah Kecil Merbok mendapat bekalan air dari 3 buah head work dan 2 logi utama iaitu:

 

Logi Air Pinang Tunggal

Membekalkan air ke kawasan Bedong, Semeling, Bujang dan kawasan industri Gurun.

 

Head Work Tupah

Berkapasiti 2.2 juta liter sehari. Membekalkan air ke kawasan Singkir dan Tanjung Dawai.

 

Head Work Bukit Batu Pahat ( Merbok )

Berkapasiti 0.9 juta liter sehari. Ia membekalkan air untuk kawasan pekan Merbok  dan kampung sekitarnya.

Logi Air Jeniang

Ia membekalkan air sebanyak 5.5 juta liter sehari ke kawasan Gurun. Logi ini juga membekalkan air ke kawasan Jeninag.

 

Head Work Gurun

Berkapasiti 2.2 juta liter sehari. Ia juga membekalkan air untuk kawasan Gurun.

 

ISU DAN MASALAH

Daerah Kecil Merbok menghadapi masalah kekurangan bekalan air bersih berikutan pertambahan pesat projek pembangunan dan juga kilang-kilang industri. 

 

Gurun

Permintaan bekalan air di kawasan Gurun meningkat dengan terbinanya kilang Naza Kia.

 

Semeling, Bujang, Merbok dan Tanjung Dawai

  • Penambahan permintaan berdasarkan projek yang akan dilaksanakan antaranya Asia Institut Medicine Science And Technology (AIMST), Maktab Rendah Sains Mara, Kedah Resort City dan beberapa projek perumahan.

  • Kilang MDF Merbok dan UiTM dijangka akan menambahkan penggunaan bekalan air.

  • Kawasan Jilid 2 Sg. Pial, Jilid 9 Kuala Segantang Garam, Sg. Gelam dan Kampung Bendang Dalam dikenalpasti mengalami masalah tekanan air rendah.

 


  JABATAN KERJARAYA DAERAH KUALA MUDA / SIK

kembali

 

PROJEK -PROJEK JALAN DALAM PEMBINAAN TAHUN 2004 – DAERAH KECIL MERBOK

 

Bil

Nama Projek

Kos Kontrak ( RM)

Kemajuan Sebenar / Jadual %

1.1

Jalan Dari Lencongan Barat Sg. Petani melalui Pekan Semeling ke Pekan Bedong ( Pakej 1 )

45,531,509.45

23/30

1.2

Jalan Lingkaran Alor Setar – Tasik Pedu – Gurun, Dari Pekan Gurun, Daerah Kuala Muda ke Pekan Sik, Kedah Darul Aman.

252,520,000.00

4/16

 

PROJEK – PROJEK JALAN RMK 8 YANG MASIH DALAM PERANCANGAN / REKABENTUK DALAM DAERAH KECIL MERBOK

Bil

Nama Projek

Kategori

JN/JP/JLB

Kos Anggaran (RM)

Status

2.1

Jalan Kg. Hilir/ Kg. Pengkalan Kakap

JLB

1,580,000.00

Rekabentuk oleh Jurutera Perunding

2.2

Pembinaan Jambatan Baru Merentangi Sungai Merbok Dari Tanjung Dawai Ke Pantai Merdeka

JP

80,000,000.00

Lulus Token sahaja

2.3

Jalan Persisir Pantai Dari Telok Air Tawar Ke Kuala Kedah

JP

NA

Proses kajian kemungkinan

2.4

Menaiktaraf Jalan K1 antara Kampus AIMST ke laluan persekutuan FT 001

( pakej 2)

JP

NA

Kerja-kerja awalan oleh Jurutera Perunding

2.5

Menaiktaraf Jalan yang Menghubungi Lencongan Pekan Semeling ke Lencongan Barat, Sungai Petani

( pakej 2 )

JP

80,000,000.00

Proses Rekabentuk

 

 

PROJEK JANGKA PANJANG UNTUK RANCANGAN MALAYSIA KE-9

 

Menaiktaraf Laluan K1 dari Semeling/Yan, Daerah Kuala Muda dari Pekan Semeling ke Tanjung Dawai ( Kepada 4 lorong : 2 Hala )

12.0km

Jalan Kg Hj Ngah (K611)/Tmn Bandar Baru Sg Lalang

8.0km

Jalan Dari Simpang Kg. Sungai Bongkok (FT 175) Ke Persimpangan Havard (FT 001)

 

Jalan Dari Pekan Jeniang (FT 175) Ke Jalan Kuala Dahan (K17)

 

Cadangan Jalan dari Pekan Sg Lalang ke Jalan Semeling By-Pass (East Bound)

8.0km

 

 

PROJEK-PROJEK PEMBINAAN JALAN RAYA

PROJEK BARU RANCANGAN MALAYSIA KE-8

 

BIL

NAMA PROGRAM / PROJEK

KOS PROJEK

(RM JUTA)

SILING RM-8 YANG DILULUSKAN (RM JUTA)

1

  1. Jalan Lingkaran Alor Setar-Tasik Pedu-Gurun (Dari Pekan Gurun, Daerah Kuala Muda ke Pekan Sik)

Skop Kerja:

i) Menaiktaraf jalan ke JKR R5 – 4 lorong 2 hala.

ii)Panjang jalan adalah 38.0 km

  • Dari Pekan Gurun ke Pekan Jeniang -4 lorong 2 hala – pakej 1

  • Dari Pekan Jeniang ke Pekan Sik - 2 lorong 2 hala – pakej 2

252.52

0

2

  1. Jalan dari lencongan Barat Sg. Petani melalui Pekan Semeling ke Pekan Bedong.

  2. Lencongan Pekan Semeling diantara UiTM Sg Petani ke Kolej Perubatan Asia Pekan Bedong (AIMST)

Skop Kerja:

  • Membina jalan baru JKR R5- 4 lorong 2 hala

  • Panjang jalan adalah 8.7 km

45.52

48

3

  1. Menaiktaraf Jalan KI diantara kampus AIMST ke Jalan Persekutuan 1 (pakej 2)

Skop kerja:

  • Membina jalan JKR R5 – 4 lorong 2 hala

  • Panjang jalan adalah 3.3 km

 

 

4

  1. Menaiktaraf Jalan yang menghubungi Lencongan Pekan Semeling ke Lencongan Barat Sg Petani (pakej 3)

Skop Kerja:

  • Membina jalan JKR R5 – 4 lorong 2 hala

  • Panjang jalan adalah 3.3 km. Termasuk sebuah jambatan 700 meter panjang

32

 

5

  1. Menggantikan 9 buah Jambatan Sempit pada Laluan Jalan Persekutuan FT01 di dalam Daerah Kuala Muda.

Jambatan terlibat di dalam Daerah Kecil Merbok:

  • Jambatan di kaki Gunung Jerai

  • Jambatan Sg Toh Pawang, Bedong

 

 

6

Jalan Persisiran Pantai dari Telok Air Tawar ke Kuala Kedah

 

 

 

 

PROJEK NEGERI DIBAWAH RANCANGAN MALAYSIA KE-8

 

BIL

NAMA PROGRAM / PROJEK

KOS PROJEK (RM JUTA)

 

SILING RM8 YANG DILULUSKAN

(RM JUTA)

1

Jalan Kg. Hilir / Kg Pengkalan Kakap (Luar Bandar)

1.58

 

 

 

PROJEK JANGKA PANJANG UNTUK RANCANGAN MALAYSIA KE-9

 

Menaiktaraf Laluan K1 dari Semeling/Yan, Daerah Kuala Muda dari Pekan Semeling ke Tanjung Dawai

12.0km

Jalan Kg Hj Ngah (K611)/Tmn Bandar Baru Sg Lalang

8.0km

Cadangan Jalan dari Pekan Sg Lalang ke Jalan Semeling By-Pass (East Bound)

8.0km

 

 

 

:Utama  |  :Pengenalan  |  :Mukim  |  :Pembangunan  |  :Dalam Kenangan  :Laporan  |  :Tel. & Faks  :Jaringan