:Utama  |  :Pengenalan  |  :Mukim  |  :Pembangunan  |  :Dalam Kenangan  :Laporan  |  :Tel. & Faks  :Jaringan  I :RMK 9

Pembangunan > Pelancongan & Rekreasi

  Perindustrian

  Pelancongan & Rekreasi

  Pendidikan

  Infrastruktur

  Perikanan

  Pertanian

 

 

  Muzium Arkeologi Lembah Bujang dan Pusat Peranginan

   Batu Pahat

  Jejak Warisan Jemaah Gunung Jerai

  Makam Sultan Muzaffar Shah

  Damai Park Resort

  Pusat Perkelahan Tupah

  Jeti Semeling

  Tanjung Dawai

  Ekspedisi Mengelilingi Pulau Berhampiran dan Sungai   Merbok

  Harvard Suasana Hotel Golf & Country Club

  Padang Bola Sepak Pantai

  Kelab Equestrian

 

 

  MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG DAN PUSAT PERANGINAN   BATU PAHAT

kembali

 

             

 

Muzium Arkeologi Lembah Bujang terletak di atas Bukit Batu Pahat yang berada 23 km dari bandar Sungai Petani. Terletak di dalam Mukim Merbok, Daerah Kecil Merbok. Ia adalah salah satu muzium yang mempamerkan bukti kewujudan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan ugama Hindu Buddha di Asia Tenggara pada kurun ke 3 Masehi hingga 12 Masehi.

 

Dibuka secara rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah Darul Aman pada 23 Januari 1980 bersamaan 5 Rabiulawal 1400 Hijrah. Bahan-bahan arkeologi yang dipamerkan di Muzium ini merupakan artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi arkeologi di tapak-tapak arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang. Artifak arkeologi yang dipamerkan dalam Muzium ini merupakan bahan-bahan yang membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdagangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang menguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang dari China, India dan Arab di samping pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan Melayu yang menguasai perdagangan rempah ratus dan hasil hutan exotika untuk pasaran timur jauh sejak kurun ke 5. 

 

Di kawasan persekitaran Muzium Lembah Bujang ini dapat dilihat tinggalan senibina candi-candi yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan pemujaan yang dapat membuktikan kewujudan dan kepercayaan agama Hindu/ Buddha yang menjadi amalan sebahagian dari masyarakt yang berdagang di Lembah Bujang.

    

Pemandangan Senibina Candi-candi 

 

Para pengunjung disyorkan melawat Muzium Arkeologi Lembah Bujang kerana anda dapat melihat tinggalan candi-candi disamping menikmati kehijauan hutan tropika. Pengunjung juga dapat melihat dan merasai keseronokan mandi-manda di Pusat Peranginan Batu Pahat yang terletak di dalam kawasan muzium. 

Masa Lawatan

Hari      :

Ahad - Sabtu

Masa    :

9.00 pagi - 5.00 petang

Bayaran:

Percuma

 

Kemudahan Lain 

  • Tandas awam

  • Tempat letak kereta

  • Kemudahan riadah

  • Kemudahan perkhemahan

  • Surau

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan muzium di Malaysia sila lawati laman web berikut:

http://www.jma.gov.my

 

     


  JEJAK WARISAN JEMAAH GUNUNG JERAI

kembali

 

Jejak Warisan adalah merupakan salah satu produk pelancongan di Daerah Kecil Merbok. Ia merupakan ekspedisi atau laluan ke Hutan Simpan Gunung Jerai. Tujuan ekspedisi ini adalah untuk mengajak masyarakat tempatan khususnya dalam mendalami sejarah negeri Kedah, selain mempromosikan Pelancongan Sukan dan Arkeo yang terdapat di sepanjang Gunung Jerai. Antara produk pelancongan di sepanjang laluan adalah Telaga Tok Sheik, Padang Tok Sheik dan Batu Kapal.

 

 


  MAKAM SULTAN MUZAFFAR SHAH

kembali

 

 

 

 

 

Makam Sultan Muzaffar Shah terletak di Kampung Langgar, Mukim Bujang. Mengikut catatan sejarah baginda adalah Sultan Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Sebelum memeluk agama Islam, baginda dikenali sebagai Maharaja Derbar Raja II dan telah memerintah negeri Kedah dari tahun 1136 hingga 1179. Baginda memeluk agama Islam melalui seorang alim dari Yaman iaitu Sheik Abdullah bin Sheik Ahmad bin Quamiri. Pada tahun 1179, Sultan Muzaffar Shah telah mangkat setelah baginda memerintah Kedah selama lebih kurang 43 tahun.

 

 


  DAMAI PART RESORT

kembali

 

      

 

Damai Park Resort adalah sebuah pusat rekreasi yang menyediakan pelbagai kemudahan seperti chalet, dewan, surau dan lain-lain untuk kegunaan para pengunjung. Ia adalah tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti keluarga dan berkumpulan seperti perkhemahan, jungle tracking dan lain-lain. Terletak 20km dari Sungai Petani dan 1 km dari Pekan Merbok. Kini Damai Park menjadi salah satu lokasi bagi Latihan Khidmat Negara. 

Pakej yang ditawarkan adalah seperti:

 

  • Kursus Bina Semangat

  • Hari Keluarga

  • Perkhemahan

  • Seminar, Bengkel dan Mesyuarat

  • Treasure Hunt, Jungle Tracking 

  • Kembara Minda

 

    

 

Berikut adalah kemudahan yang disediakan:

 

  • 3 unit chalet VIP 

  • 2 unit chalet Deluxe

  • 5 unit chalet Tradisional

  • Sebuah asrama ( 30-40 orang )

  • Sebuah dewan terbuka ( 180-200 orang )

  • Sebuah dewan tertutup ( 50-70 orang )

  • Tandas, bilik mandi, bilik persalinan dan surau

  • padang untuk riadah

  • Karaoke

  • Khemah-khemah untuk disewa

 

     

 

 


  PUSAT PERKELAHAN  TUPAH

kembali

 

Terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai. Pusat perkelahan ini begitu popular di kalangan penduduk di Daerah Kecil Merbok. Ia sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat terutamanya pada musim cuti sekolah.

 

Kemudahan yang terdapat di pusat perkelahan ini adalah seperti surau, tandas dan gerai makan. Terdapat juga pelbagai juadah dijual di tepi jalan. Para pengunjung dapat bersuka ria di samping dapat melihat kehijauan flora dan fauna di kawasan hutan simpan. 

 

 


  JETI SEMELING

kembali

 

Maklumat sedang dikemaskini.

 

 


  TANJUNG DAWAI

kembali

 

Tanjung Dawai adalah perkampungan nelayan yang menempatkan penempatan penduduk, Kompleks Lembaga Ikan Malaysia (LKIM), arked dan jeti Tanjung Dawai serta Medan Selera Ikan Bakar yang mampu menggamit kedatangan pelancong dari dalam danluar negeri Kedah.

 

Kompleks Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) merupakan pusat pendaratan ikan bagi nelayan-nelayan di Tanjung Dawai. Anda dapat melihat senario sebenar aktiviti nelayan setempat disamping dapat membeli hidupan laut yang masih segar. Arked Tanjung Dawai memberi kemudahan kepada pengunjung untuk membeli pelbagai produk hidupan laut samada kering atau basah dengan tawaran harga yang berpatutan.

 

Jeti Tanjung Dawai yang sentiasa dikunjungi terutamanya pada musim cuti memberi kemudahan pengangkutan ke Pantai Merdeka yang merupakan destinasi mandi-manda yang popular di Negeri Kedah. Bayaran yang dikenakan adalah berpatutan iaitu sebanyak RM2.00 pergi dan balik. 

 

Bagi mereka yang datang bersama keluarga atau rakan taulan dapat menjamu selera di Medan Selera Ikan Bakar yang menyajikan pelbagai juadah hidupan laut. Hati yang resah pasti tenang di kala menjamu selera sambil menikmati pemandangan lautan yang luas terbentang dengan disapa angin petang yang nyaman. 

 

Nama Pemilik Nombor Bot
Muhammad Fazullah Bin Abdul Hamid KKD 00143 SP
Ariffin Bin Pa KKD00040 SP
Jamaluddin Bin Mat Nor KKD 0042 SP
Ismail Bin Othman KKD 00123 SP
Cik Mansor Bin Manaf KKD 0013 SP
Azali Bin Salleh KKD 00075 SP
Norhasmadi Bin Idris KKD 00119 SP
Suhaizan Bin Mat Nor KKD 00092 SP
Mahathir Bin Man KKD 00128 SP
Abdul Ghani Bin Ahmad KKD 00101 SP
Nazri Bin Yahya KKD 00102 SP
Hamid Bin Ayob KKD 00110 SP

 

 


  EKSPEDISI MENGELILINGI PULAU BERHAMPIRAN DAN SUNGAI MERBOK

kembali

Ekspedisi ini amat sesuai bagi pengunjung yang ingin menikmati keindahan alam semulajadi. Anda boleh menyewa bot dengan harga yang berpatutan untuk mengelilingi pulau-pulau berhampiran seperti Pulau Telur, Pulau Bidan dan Pulau Songsong. 

Kesempatan ini, boleh digunakan untuk menyusuri Sungai Merbok yang bersih disamping mempunyai hutan paya bakau yang belum tercemar. Hutan paya bakau yang terletak di sepanjang Sungai Merbok merupakan salah satu hutan paya bakau yang tercantik di Asia Tenggara dan mengandungi lebih dari 100 spesis paya bakau.

 

Diharap program ini mampu memberi kesedaran tentang kepentingan penjagaan alam sekitar agar khazanah ini dapat dipelihara untuk generasi akan datang.

 

NOTA RINGKAS MENGENAI KEINDAHAN HUTAN PAYA LAUT 

HUTAN SIMPAN MERBOK

DARIPADA  :  PEJABAT HUTAN DAERAH KEDAH TENGAH

 

 

 Pemandangan Pokok- pokok Bakau Di Sepanjang Sungai Merbok

Introduction 

Peninsular Malaysia still have substantial areas underb mangroves totaling 101,877 ha. The mangroves are found in all states ranging from 20.0 ha in Perlis to 43,502 ha in Perak.

 

Mangroves area in Kedah cover only 0.85% of the total land area in the states. The biggest mangroves forest is in Merbok Forest Reserve while the other areas of mangroves forest are located in Pulau Langkawi.

 

 

Anak-anak Pokok Bakau

Merbok Forest Reserve

These are the most extensive and best mangroves on mainland Kedah and comprise 4,037 ha. of mangroves and about 1,000 ha of waterway. The areas were gazetted as forest reserve in 1951.

 

In the pursuance of development, mangroves like ather natural habitats are not spared and have been reduced in size over the years (Table 1). However of late the threats to the preservation of mangroves are somehow much reduced due to the better understanding of importance and functioning of the mangroves especially among the land administrator and policy maker.

 

The Resources

Flora

Mangroves botanists have divided mangrove vegetation into three broad categories: exclusive, non-exclusive and associate. "Exclusive" mangroves are those vegetation that are found only within the mangroves habitat covered by tides, i.e between low water levels of neap and high water levels of spring tides. Meanwhile, the "non-exclusive" species are those vegetation that have some role and importance in the mangroves habitat but their existence are not restricted to the mangroves habitat alone. Additionally, they are not able to form conspicuous elements of the vegetation and rarely form pure communities. The "associate"  mangrove vegetation, on the other hand are those that can be found elsewhere and not retricted to the proximity of mangrove though it occurs primarily in transitional vegetation either land-ward or sea-ward of the exclusive mangroves. Detailed vegetation surveys have been done on the Merbok Forest Reserve ( Ong et a1.1980) and a complete list of two classes of mangroves vegetation ( exclusive and non-exclusive) are recorded.

 

Fauna

Data on fauna are most comprehensive for the Merbok Forest Reserve ( Gregory-Smith, 1993 ) which deals mainly with the bird . A total of 80 birds species is listed with 15 species under the category of "mainly mangroves dependent". 

 

In another study (Noske, 1993), 48 species of birds were recorded from Merbok Forest Reserve .

 

Among the mammals recorded at the site are three species of monkeys: Long-tailed macaque (Macaca Fasicularis), the Dusky (Presbytis Obscura) and Silvered (P. Cristata) Leaf-Monkeys; platain squirrels (Callosciurus Notatus) and others ( possibly Lura Perspicillata )      

   

The fish fauna has been listed by Khoo (1989); consisting aimost 50 species of finfish and shellfish. 

 

Forestry

The management plan on the Merbok Forest Reserve is based on 30 years rotation with the annual coupe of 100 ha. The mangroves have been successfully managed more or less sustainably for the extraction of poles for the production of charcoal.

 

Fishing

The common fishing activities conducted inside the Merbok mangroves are crab trapping, net trapping and shellfish harvesting. There is also floating cage aquaculture carried out at some parts of waterways.

 

Eco-Tourism

Eco-tourism in mangroves has great potential and should be taken advantage of Boardwalk will be constructed in Kompartment 10.

 

Scientific Research and Education

A lecturer with LESTARI, University Kebangsaan Malaysia and Research Officer from Institut Penyelidikan Perikanan together with scientish from Forest and Forest Products Research Institute, Japan had chosen Merbok Forest Reserve for their study.

 

Compartment 18 has been set aside for education, while Compartment 11 as seed stand.

 

Conclusion

From an ecological point of view Merbok mangroves is an extremely high biodiversity ecosystem ( Ong & Gong, 1990 ). It would rank amongst the floristically diverse of any mangroves ecosystem in the world. The management of Merbok Forest Reserve has been such that this diversity has been more or less maintain but the current conversion of mangrove area to aquaculture and other development programmes are a serious threat to the high species diversity.

 

Table 1  :  Merbok Forest Reserve

Compartment Area ( ha ) Remarks
1 184.81 Excised 25.19
2 211.10  
3 114.10  
4 157.40  
5 296.10 Excised 20.00
6 140.00  
7 155.40  
8 112.50  
9 365.00  
10 121.40  
11 251.30  
12 174.40  
13   Excised 182.10
14   Excised 132.30
15   Excised 306.80
16   Excised 309.60
17 478.80  
18 299.10  
19 3,061.01  
Total 3,061.01 975.99

 

 


  HAVARD SAUJANA HOTEL GOLF & COUNTRY CLUB

kembali

 

Kelab Havard adalah kelab yang tertua di dalam negeri Kedah iaitu ditubuhkan pada tahun 1927 semasa pemerintahan British. Kelab Harvard dibina jauh dari kesibukkan kota agar dapat memberi ketenangan dan kepuasan kepada para pengunjung dengan menyajikan perkhidmatan dan kemudahan yang baik serta pemandangan kehijauan padang golf dan pokok-pokok di sekeliling.

 

Penginapan

  • 82 bilik dan suite (dilengkapi dengan penghawa dingin)

    • Deluxe Queen

    • Deluxe Twin

    • Super Deluxe

    • Deluxe Triple

    • Executive Suite

    • VIP Room

    • VIP Suite

    • Royal Suite

    • 41 unit

    • 27 unit

    • 3 unit

    • 4 unit

    • 4 unit

    • 1 unit

    • 1 unit

    • 1 unit

  • 24 jam siaran televisyen tempatan

  • Mini Bar

  • Kemudahan membuat minuman ( tea/kopi)

  • Pilihan Akbar

Perkhidmatan Pelanggan

  • Perkhidmatan dobi

  • Perkhidmatan penghantaran makanan

  • Perkhidmatan tempahan

  • Kemudahan makan dan minum

  • Surau

 

Pemandangan Padang Golf 

 

Kemudahan Golf

  • 27 lubang - Taraf Pertandingan Antarabangsa

  • Jerai - Gutrie ( par 27, 6800 ela)

  • Jerai - Harvard ( par 72, 6962 ela)

  • Harvard - Gutrie ( par 72, 6914 ela)

  • Kemudahan Latihan

Kemudahan Hotel dan Kelab

  •  Restoran 'Ace Terrace'

  • Cafe 'The Fairway'

  • Bilik KTV, Astro

  • Bilik Persalinan

  • Pro Shop

  • Kolam Renang ( dewasa dan kanak-kanak )

  • Tapak Perkhemahan

  • Gelanggang Tenis

  • Padang Bola

  • Permainan Dalam

  • Sudut kanak-kanak

  • Trek jogging

  • Sauna dan gim

  • Kolam ikan 

Keahlian

  • Lifetime Golfing membership

  • Lifetime Social membership

  • Corporate Golfing membership

  • Corporate Social membership

  • Term membership ( 1 year )

Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila layari laman web http://www.harvardhotel.com.my

 

 


  PADANG BOLA SEPAK PANTAI

kembali

 

Maklumat sedang dikemaskini.


  KELAB EQUESTRIAN KEDAH

kembali

 

Maklumat sedang dikemaskini


:Utama  |  :Pengenalan  |  :Mukim  |  :Pembangunan  |  :Dalam Kenangan  :Laporan  |  :Tel. & Faks  :Jaringan