| BERSAMA, BERBUDI, BERBAKTI | |
|
|
|
|
Di sini kami hidup Bagaikan sebuah keluarga Tiada permusuhan Tiada sengketa Tiada caci mencaci Tiada kata nista Yang tua kami hormati Yang muda kami sayangi
Di sini kami hidup Bagaikan aur dengan tebing Bantu membantu Bimbing membimbing Berat sama dipikul Ringan sama dijinjing Hati gajah sama dilapah Hati kuman sama dicicah
Di sini kami hidup Bagaikan petani dan nelayan Ke gunung sama mendaki Ke laut sama mengharungi Biduk berlalu kiambang bertaut Sekali berpijak di bumi nyata Sentiasa ingat langit dijunjung
H.M.SHAH
RUMAH ANAK YATIM KAMPUNG CHE BEMA ( RUMAH NUR ASSADIKIN) Lot 1717 Kampung Che Bema Sungai Layar 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman
ALAMAT PENTADBIRAN Pejabat Daerah Kuala Muda 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman
Telefon : 04-4211963 / 1964 Faks : 04-4214998
OBJEKTIF
MATLAMAT Mendidik, memupuk dan melahirkan generasi anak-anak yatim yang cemerlang.
MOTO BERSAMA, BERBUDI, BERBAKTI
|
|
|
Hakcipta Terpelihara 2007. Pejabat Daerah Kuala Muda |