|

LATARBELAKANG
ORGANISASI
Pengenalan
Pejabat
Daerah merupakan pusat pentadbiran tertinggi bagi peringkat daerah.
Semua ketua jabatan di peringkat daerah adalah bertanggungjawap secara
langsung kepada Pegawai Daerah. Semua peruntukan pembangunan daerah sama
ada daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri atau Peruntukan
Ahli-ahli Yang Berhormat Kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
disalurkan melalui Pegawai Daerah.
Bangunan
Pejabat Daerah Kuala Muda Sungai Petani telah didirikan oleh Kerajaan
Inggeris pada tahun 1928 dengan kos pembinaan sebanyak RM 93,500.00.
Jangka masa pembinaan adalah lebih kurang 2 tahun. Pada tahun 1986
Kerajaan Negeri Kedah telah membina bangunan tambahan di bahagian
belakang bagunan sedia ada dengan kos RM 1 juta. Pembinaan bagunan
tambahan mengambil masa selama 8 bulan.
Keluasan
bagunan pejabat daerah ialah 60 meter panjang dan 38 meter. Pentadbiran
Pejabat Daerah Kuala Muda Sungai Petani ditempatkan di bahagian atas
bangunan. Manakala di bahagian bawah ialah pentadbiran bagi Pejabat
Pentadbir Tanah Kuala Muda dan Mahkamah Majistret Sungai Petani
Pejabat
Daerah merupakan pusat pentadbiran tertinggi bagi peringkat daerah.
Semua ketua jabatan di peringkat daerah adalah bertanggungjawap secara
langsung kepada Pegawai Daerah. Semua peruntukan pembangunan daerah sama
ada daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri atau Peruntukan
Ahli-ahli Yang Berhormat Kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
disalurkan melalui Pegawai Daerah.
Terdapat
lebih daripada 70 jabatan dan institusi kerajaan yang mempunyai peranan
dan fungsi yang bertanggungjawap mentadbir dan membangunkan daerah Kuala
Muda bagi melincinkan pentadbiran daerah selaras dengan pendekatan dan
konsep Merah Dua. Jentera pentadbiran telah diselaraskan di peringkat
bagi mengelakkan penyimpangan dasar yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
Penyelarasan
ini, bukan sahaja untuk memastikan semua dasar dan tujuan kerajaan
tercapai malahan juga untuk memastikan bahawa rakyat mendapat faedah
melalui apa yang hendak disampaikan.
Beberapa
jawatankuasa telah diwujudkan bagi menyelaras serta mempercepatkan
perlaksanaan dasar dan rancangan kerajaan. Jawatankuasa berikut ialah
:
-
Jawatankuasa
Pembangunan Daerah
-
Jawatankuasa
Keselamatan Daerah
-
Jawatankuasa
Perancang Daerah
-
Jawatankuasa
Induk PPRT
-
Jawatankuasa
Pertanian Daerah
-
Jawatankuasa
Keselamatan Jalan Raya
-
Jawatankuasa
Bencana Alam
-
Jawatankuasa
Pertandingan Kebersihan Dan Keindahan Kampung
-
Jawatankuasa
Penerangan, Muhibah dan Perpaduan Daerah
-
Jawatankuasa
Pelesenan dan Eksais Daerah
Bagi
memudahkan pentadbiran memastikan semua program pembangunan sampai
kepada kumpulan sasar di peringkat rakyat, Jawatankuasa Penyelaras di
peringkat mukim diwujudkan. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh
Penghulu Mukim dengan keahlian yang terdiri daripada Pengerusi dan
Setiausaha JKKK. Terdapat 177 JKKK di dalam Daerah Kuala Muda.
Lebih
daripada 80% kawasan penempatan di daerah ini, dapat dihubungi dengan
jalan perhubungan yang baik sama ada dibina oleh pihak JKR atau Pejabat
Daerah. Sistem perhubungan sentiasa bertambah mengikut kepesatan
pertumbuhan Daerah Kuala Muda.
Terdapat
16 Mukim dalam Daerah Kuala Muda yang ditadbirkan oleh 11 orang penghulu
pada masa ini. iaitu
-
Membangun
kawasan secara menyeluruh
-
Memimpin
Jabatan dan masyarakat menuju kecemerlangan
-
Menjadi
agen penghubung kerajaan
-
Menjana
pentadbiran yang berkonsepkan teknologi tinggi
-
Menyelaraskan
pembangunan Negara dan
-
Mewujudkan
hubungan yang erat antara kerajaan dan rakyat
-
Menguruskan
hal ehwal kemajuan dan pembangunan
-
Pusat
perkhidmatan dan pentadbiran Kerajaan kepada rakyat
-
Memungut
hasil dan menguruskan peruntukan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa
Negeri
-
Menerima
dan membuat permohonan projek-projek yang dicadangkan oleh YB,
Penghulu Mukim, Pengerusi JKKK dan penduduk tempatan untuk
dibangunkan
-
Mengurus
dan menyelia projek-projek kecil dan keagamaan.
-
Projek
PPRT – merubah corak kehidupan rakyat termiskin dan menyediakan
kemudahan-kemudahan yang diperlukan
-
Mengurus
peruntukan YB Adun dan YB Parlimen
-
Majlis
Sukan Daerah bertanggungjawap terhadap pembangunan sukan
-
Menguruskan
dan menguatkuasa premis hiburan dan cukai hiburan
-
Menguruskan
projek-projek luar Bandar mengikut peruntukan yang diberikan oleh
Kerajaan Negeri dan Persekutuan; dan
-
Menguruskan
pembangunan kampong-kampung baru.
Misi
-
Meningkatkan
budaya kerja yang cemerlang dan tadbir urus yang baik ke arah
mewujudkan persekitaran yang membolehkan masyarakat memajukan diri
sendiri dalam semua bidang yang diceburi.
-
Memastikan
pembangunan fizikal dan infrastruktur dipelbagai bidang sosioekonomi
yang bermutu dan menyeluruh samada dibandar mahupun di luar Bandar.
-
Mewujudkan
pelbagai ekonomi yang mencukupi dan saksama dalam hubungan
masyarakat tempatan tanpa mengira kaum
-
Mewujudkan
masyarakat progresif, maju, berdaya saiang dan mempunyai nilai
pekerti yang mulia
-
Meningkatkan
keberkesanan system penyampaian di semua peringkat organisasi
sebagai sebahagian daripada usahasama memenuhi tuntutan dan harapan
rakyat terhadap kerajaan
-
Mewujudkan
pembangunan Daerah yang seimbang dan mampan antara kaum tanpa
menjejaskan kualiti alam sekitar
-
Memastikan
setiap rakyat dapat menikmati kehidupan yang bermutu dan sejahtera
melalui peningkatan kualiti hidup secara berterusan terutama di
kawasan luar Bandar.
-
Membangunkan
potensi sumber manusia sebagai pemankin pertubuhan dalam pembangunan
terutamanya golongan remaja melalui peningkatan pengetahuan,
pendidikan serta
-
Mewujudkan
masyarakat penyayang dan mengamalkan budaya hidup sihat
-
Mewujudkan
system jentera pentadbiran awam yang kemas, cekap dan integriti
melalui peningkatan system penyampaian kerajaan yang berwawasan
-
Memberi
perkhidmatan beretika, yang cekap, tepat dan saksama;
-
Mempastikan
membawa pembangunan dan kemajuan untuk kesejahteraan rakyat di
seluruh Daerah Kuala Muda;
-
Menyelesaikan
masalah dengan layanan mesra dan berhemah tinggi; dan
-
Menjamin
untuk memberikan keselesaan dan kepuasan dalam setiap urusan.
-
Berazam
meninggikan mutu perkhidmatan;
-
Bekerja
dengan penuh tanggungjawap;
-
Berusaha
mengikis sikap mementingkan diri;
-
Berkhidmat
dengan penuh muhibah dan kemesraan
-
Bekerja
ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara
-
Bekerjasama
dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh; dan
-
Berpegang
teguh kepada ajaran agama
Pentadbiran
Daerah Kuala Muda Berpusat di Bandar Sungai Petani. Pegawai Daerah
sebagai Ketua Jabatan di Pejabat Daerah Kuala Muda merupakan Ketua
Pentadbiran Kerajaan yang bertanggungjawap terhadap semua perkara
khususnya dari segi pentadbiran, pembangunan dan keselamatan. Sistem
pentadbiran Daerah Kuala Muda adalah terpisah daripada Pentadbiran Tanah
Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Perbandaran Sungai Petani.
Kedudukan
organisasi Pejabat Daerah adalah merangkumi Pegawai Daerah sebagai Ketua
Daerah dan Ketua Jabatan dengan dibantu oleh seorang Ketua Penolong
Pegawai Daerah, Penolong Pegawai daerah (Pembangunan), Penolong Pegawai
Daerah (Pentadbiran), Setiausaha Keselamatan Daerah, 11 orang Penghulu
Mukim dan beberapa orang Pembantu Tadbir dan lain-lain kakitangan
sokongan.
Berikut
adalah senarai nama Pegawai Daerah yang pernah berkhidmat di Pejabat
Daerah Kuala Muda Sungai Petani :
-
En.
Che Mat Deli
-
Mr.
Speer Stwoord
-
Dato’
Syed Hassan Shahudin
-
Dato’
Syed Hussain
-
YTM
Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj
-
YTM
Tunku Kassim Tunku Abdullah
-
Dato’
Syed Idrus Al Idrus
-
Dato’
Mohd. Akid
-
Dato’
Syed Sheik Sahabuddin
-
Dato’
Syed Osman Idid
-
Dato’
Wan Anuar Bin Wan Ishak
-
Dato’
Tunku Fariddudin Haji
-
YTM
Dato’ Tunku Abdullah Bin Tunku Kassim
-
Dato’
Tajuddin Bin Hashim
-
Dato’
Ahmad Basri Bin Md. Akil
-
En.
Jamil Bin Jamaluddin
-
Dato’
Md. Zain Bin Osman
-
Dato’
Zainnuddin Bin Mahmud
-
Dato’
Haji Ismail Bin Tan Sri Shafie
-
Dato’
Haji Mohd. Akhir Bin Man
-
Dato’
Ku Nahar Bin Ku Ibrahim
-
Dato’
Mohd Farok Bin Che Ibrahim
-
Dato
Haji Abu Bakar Bin Yaakub
-
Dato’
Haji Hassan Bin Taib
-
Dato’
Osman Salleh
-
Dato’
Wan Mustaffar Wan Mohammad
-
Dato’
Haji Abdul Wahab Bakar
Pejabat
daerah Kuala Muda terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu :
-
Bahagian
Pentadbiran
-
Bahagian
Kewangan
-
Bahagian
Hasil
-
Bahagian
Luar Bandar
-
Bahagian
Teknikal
-
Bahagian
Perumahan
-
Bahagian
Hiburan
Dibawah
pengawasan Pegawai Daerah juga ditempatkan beberapa agensi lain seperti
berikut:
-
Pejabat
Setiausaha Keselamatan Daerah Kuala Muda
-
Pejabat
Unit Rawatan Pemulihan Dadah Kuala Muda/Sik/Yan
-
Bahagian
Kutipan Hasil Perumahan Awam
-
Pegawai
Kampung Baru Daerah Kuala Muda
-
Pegawai
Akta Penanam Padi
|