|
Ombak Tsunami
|
KEJADIAN
TSUNAMI - 26 DISEMBER 2004
- Pada 26/12/2004, sekitar 8.58 pagi telah
berlaku satu gegaran gempa bumi yang dikesan di utara Indonesia
- Gegaran tersebut telah menghasilkan gelombang
besar dan melanda pantai sekitar utara Semenanjung Malaysia iaitu
Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang
- Gelombang pertama melanda pantai Kuala Muda
dengan ketinggian mencecah 2.5 meter dan berlaku sekitar jam 1.15
tengahari iaitu selepas 4 jam gegaran berlaku
- Gelombang kedua berlaku sekitar jam 1.45 petang
dengan ketingggian melebihi 8 meter dan menghempas pantai sejauh 300
meter ke daratan dan mengakibatkan banyak rumah, kenderaan dan harta
benda lain musnah
| Meninggal
Dunia |
Cedera |
| Tempat
Kejadian |
Luar
Kawasan |
Cedera
(admitted) |
Pesakit
Luar |
| 9 |
8 |
23 |
9 |
Senarai Nama Penduduk Yang Meninggal Dunia
| Nama Si Mati |
Umur |
Jantina |
Alamat |
| Ropizah bt. Abdul Rashid |
69 |
P |
288, Kg. Kepala Jalan,
KKM |
| Tempawan bt. Khamis |
74 |
P |
- |
| Norhafizatul Fatihah bt.
Mat Hafizi |
11 bulan |
P |
266, Kg. Kuala Sungai
Muda |
| Mohd. Nasir b. Ibrahim |
54 |
L |
Kg. Haji Kudung, KKM |
| Saayah bt. Hitam |
70 |
P |
Kg. Tepi Sungai, KKM |
| Nursuzana bt. Saidin |
15 |
P |
Kg. Tepi Sungai, KKM |
| Munah bt. Awang |
81 |
P |
276, Kg. Kepala Jalan |
| Normah bt. Ahmad |
60 |
P |
- |
| Osman b. Salleh |
40 |
L |
- |
Pusat Pemindahan Dan Jumlah Mangsa Yang Terlibat
| Nama |
Bil. Rumah |
Bil. Mangsa |
| Sek. Keb. Kota Kuala
Muda |
751 |
2553 |
| Surau/Dewan Kampung
Sungai Yu |
39 |
218 |
| Sek. Keb. Haji Sulaiman |
113 |
595 |
| Dewan Kg. Paya |
20 |
200 |
| Dewan Kg. Telok Amboi |
41 |
221 |
| Dewan Orang Ramai Pulau
Sayak |
6 |
25 |
| Pusat Kesihatan Kota
Kuala Muda |
3 |
11 |
| Kampung Huma, Tanjung
Dawai |
15 |
50 |
| Jumlah |
988 |
3873 |
Kerosakan Dan Kemusnahan
| Harta Benda |
Kuantiti |
Anggaran |
| Rumah (musnah) |
57 buah |
Dalam Bancian |
| Rumah (rosak) |
- |
Dalam Bancian |
| Bot Nelayan |
20 buah |
RM800,000.00 |
| Jeti Kayu |
1 unit |
RM40,000.00 |
| Kereta/Van/Lori/Dll |
30 |
RM1,200,000.00 |
| Motosikal |
45 |
RM135,000.00 |
Gambar-gambar Kemusnahan Penempatan
Akibat Bencana Ombak Tsunami
Gambar-gambar Kemusnahan Kenderaan
Penduduk Akibat
Bencana Ombak Tsunami
Kemusnahan Tanaman Akibat Bencana
Ombak Tsunami
Kunjungan Daripada Pelbagai Pihak Ke
Tempat Kejadian
Penerimaan Bantuan Daripada Pelbagai
Pihak
Gerakan Menyelamat Dan Bantuan
- Lanjutan daripada peristiwa tersebut,
Pejabat Daerah Kuala Muda telah mengambil tindakan segera dengan
membuka Bilik Gerakan Daerah di samping membuka Bilik Gerakan di
tempat kejadian untuk menyelaras tindakan menyelamat dan bantuan
seperti Arahan MKN 20.
Agensi
Yang Terlibat
Keseluruhan
agensi yang terlibat di peringkat daerah digerakkan serta-merta. Berikut
adalah senarai agensi-agensi yang terlibat :
- Pejabat Daerah Kuala Muda
- Majlis Perbandaran Sungai Petani
(MPSPK)
- Pejabat Tanah Kuala Muda
- Jabatan Kerja Raya
- Jabatan Pengairan Dan Saliran
- Tenaga Nasional
- Jabatan Kesihatan
- Telekom Malaysia Berhad
- Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Semua Penghulu Mukim
- Lain-lain Agensi (JKKK,J/K Kariah,
NGO's, Pemimpin Tempatan, Badan Politik dll )
Tugas-tugas yang terlibat :
- Menyediakan anggota dan kenderaan
untuk urusan pemindahan mangsa
- Urusan pendaftaran
- Membekal dan mengagihkan makanan dan
lain-lain keperluan
- Membekalkan keperluan jentera
- Membekalkan keperluan elektrik dan
sistem perhubungan
- Mengendalikan lawatan
pembesar-pembesar
- Pelaporan
Agensi
Penyelamat Yang Digerakkan
Keseluruhan
agensi penyelamat peringkat daerah digerakkan serta-merta. Berikut
adalah senarai agensi-agensi yang terlibat :
- Polis Diraja Malaysia (PDRM)
- Jabatan Bomba Dan Penyelamat
- Angkatan Tentera Malaysia
- Rela
- Jabatan Pertahanan Awam (JPA 3)
Keseluruhan keanggotaan penyelamat
mencecah seramai 500 orang
* Untuk mendapatkan maklumat dan
koleksi gambar sila datang ke Pejabat Daerah Kuala Muda
RUMAH
PEMINDAHAN SEMENTARA MANGSA TSUNAMI
DI
KAMPUNG PERMATANG KATONG
|