Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman

 


 

PERUTUSAN DARI KETUA HAKIM SYARIE NEGERI KEDAH DARUL AMAN

 

 

bismi

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

 

Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat melayari laman web rasmi Mahkamah Syariah Negeri Kedah.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. dengan pelancaran laman web ini maka Mahkamah Syariah Negeri Kedah telah bersama-sama memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan era globalisasi di masa ini.

Penubuhan laman web ini menjadi satu alternatif kepada penyebaran maklumat yang tepat, cepat dan berkesan dalam menjelaskan fungsi jabatan ini sebagai salah sebuah institusi kehakiman syariah di Malaysia di samping perkhidmatan yang disediakan kepada masyarakat.

Mudah-mudahan, laman web ini dapat dijadikan saluran interaksi dan juga medium untuk masyarakat mendapatkan maklumat awal berkenaan jabatan ini.

Akhir kata, saya mengalu-alukan pandangan dan teguran membina daripada semua pihak dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan laman web Mahkamah Syariah Negeri Kedah.

Sekian. Terima Kasih.

 

 

Y.A.A Dato' Wira Syeikh Yahaya Bin Jusoh,DGMK,DSDK,BC

Ketua Hakim Syarie

Jabatan Kehakiman Syariah

Negeri Kedah Darul Aman

 

 

 

PAUTAN

 

 

Paparan terbaik menggunakan Mozila Firefox 3.0 dan keatas.

Terakhir dikemaskini (September 2009)

Designed and Created by Faizal n Asyraf,CS USM INTERN 2009