profil Jabatan
berita jabatan
anda pelawat ke
waktu solat
kalendar
Capaian applikasi
Latar Belakang Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman
Pada mulanya,Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman terletak di bahagian belakang masjid negeri iaitu Masjid Zahir.

Pada bulan Jun 2009, jabatan ini telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Bandar Mua'dzam Shah.
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman (JKSNK) ditubuhkan berdasarkan Seksyen 3 (1)(2)(3) Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah) 1993. Penubuhannya mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1996. Sejak ditubuhkan hingga 31 Disember 1996 Mahkamah Syariah Negeri Kedah Darul Aman ditadbir bersama dengan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (JAIK).
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman bertanggungjawab mengurus, mendengar dan memutuskan kes-kes di semua peringkat Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah di dalam pengurusan kes Mal, Jenayah dan Faraid.



