Piagam Pelanggan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah Darul Aman

 

 

Piagam Pelanggan

Asas perkhidmatan jabatan ini ialah memberi keadilan kepada pelanggan yang berteraskan kepada Hukum Syarak dan Undang-Undang.  Janji-janji jabatan ialah:-

 

1. Menetapkan tarikh sebutan/bicara kepada pelanggan pada hari pendaftaran kes.  

2. Menyebut / membicarakan sesuatu kes Mal, Jenayah dan Faraid dalam masa 30 hari bekerja selepas didaftarkan.

3. Mengeluarkan Perakuan Faraid dalam masa 7 hari selepas dibuat pembahagian hak waris.

4. Menyebut / membicarakan dalam setahun sekurang-kurangnya 80% daripada kes Mal, Jenayah dan Faraid yang telah didaftarkan. 

5. Menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas setiap aduan pelanggan yang diterima dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan itu diterima.

6. Mendengar rayuan kali pertama dalam masa 30 hari selepas rekod rayuan diterima daripada mahkamah yang keputusannya dirayu.

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

PAUTAN

 

 

Terakhir dikemaskini (September 2009)

Designed and Created by Faizal n Asyraf,CS USM INTERN 2009