Prosedur Kes Di Mahkamah Syariah

 

Takrifan Kes Mal, Jenayah, Faraid, Kes Rayuan dan Semakan Kes

Kes Mal ialah tuntutan atau permohonan yang dibuat oleh pelanggan di Mahkamah Syariah yang berkaitan dengan hal-hal kekeluargaan dan harta benda terhadap sesuatu pihak yang lain yang menggunakan Enakmen Keluarga Islam (Kedah) 1979.

Kes Jenayah ialah kesalahan metrimonial dan kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988, Enakmen Acara Jenayah Syariah (Kedah) 1988 dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah) 1979.

Kes Faraid ialah permohonan menentukan orang-orang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka Islam. Penentuan tersebut dikeluarkan dalam bentuk Perakuan Faraid. Kes ini berdasarkan Seksyen 9(2)(b)(ix) Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah) 1993.

Kes Rayuan ialah kes-kes yang dirayu dari Mahkamah Rendah Syariah ke Mahkamah Tinggi Syariah atau kes-kes yang dirayu dari Mahkamah Tinggi Syariah ke Mahkamah Rayuan Syariah. Keputusan Mahkamah Rayuan Syariah adalah muktamad dan tidak boleh dirayu lagi.

Berikut ialah prosedur-prosedur kes di Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri Kedah Darul Aman:

1.    Prosedur pendaftaran kes mal.

2.    Prosedur pendaftaran kes jenayah (oleh pihak Pendakwa Syarie sahaja).

3.    Prosedur pendaftaran permohonan perakuan faraid.

4.    Prosedur pendaftaran kes rayuan.

5.    Prosedur penerimaan saman dan permohonan.


 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PAUTAN

 

 

Terakhir dikemaskini (September 2009)

Designed and Created by Faizal n Asyraf,CS USM INTERN 2009