Daerah Sik telah dipilih sebagai Projek
Perintis Asas Tani di Malaysia. Pelaksanaan projek bermula tahun
2004 dan dikendalikan oleh MOA Incorporated iaitu penggemblengan
seluruh pemikiran, tenaga dan sumber dari semua jabatan dibawah
Kementerian Petanian dan Industri Asas Tani Malaysia serta disokong
penuh oleh Kerajaan Negeri Kedah Daulaman.
MATLAMAT PROJEK
Meningkatkan pendapatan bulanan peladang/
penternak kepada RM 1000 keatas menerusi projek-projek pengeluaran
makanan dan Industri Asas Tani.
Memindahkan teknologi pertanian terkini
kepada peladang dan penternak.
PESERTA PROJEK
Daerah Sik mempunyai seramai 59,556 orang
penduduk terdiri daripada 29,838 orang wanita. Daripada bancian
yang dijalankan pada tahun 2004 didapati 376 keluarga berada dalam
kumpulan pendapatan kurang RM 1000 sebulan dan dikategorikan sebagai
golongan dan termiskin. Daripada jumlah ini, 38 orang dikeluarkan
kerana telah lanjut usia. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan
tarf pendapatan golongan miskin dan termiskin, seramai 338 oarang
yang berada dalam kategori miskin dan termiskin telah dipilih sebagai
peserta projek.
"Melihat itu Meyakinkan"(seeing is believing)- mendedahkan
para peserta kepada kemajuan dan kejayaan individu, kelompok dan masyarakat
melalui lawatan pendedahan bagi meningkatkan keyakinan mereka terhadap
bedang pertanian yang diceburi.
" Mengajar Dengan Membimbing" ( Teach by showing)-para
peserta ditempatkan secara 'attachment' kepada peladang yang berjaya
untuk menjadi pemimbing.
"Belajar Dengan Melakukan" ( Learn by doing)- para peserta
dilatih untuk melakukan sendiri aktiviti-aktiviti yang terlibat di
dalam projek dan dengan cara ini peserta akan mendapat 'experiential
learning'.
PEMBANGUNAN KAWASAN
Menyediakan keperluan infrastruktur bagi menyokong projek-projek
yang dilaksanakan.
Mengenalpasti kesesuaian projek mengikut komuniti yang berdaya
maju.
Mewujudkan jawatankuasa penyelarasan, pemantauan dan teknikal
projek.
PENGURUSAN PROJEK
Projek Industri Asas Tani diuruskan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang
sebagai 'Lead agency'. Jabatan lain yang terlibat ialah Jabatan Pertanian,
Jabatan Perikanan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, MARDI dan FAMA.
Jawatankuasa Pengurusan Projek terdiri daripada:
Jawatankuasa Pemandu Projek IAT Sik Peringkat Kementerian Pertanian
yang dipengerusikan oleh YB Menteri Pertanian & Industri Asas
Tani.
Jawatankuasa Penyelaras Peringkat Negeri yang dipengerusikan oleh
YAB Menteri Besar.
Jawatankuasa Perlaksana Peringkat Daerah yang dipengerusikan oleh
Pegawai Daerah Sik.
- Menaiktaraf dan membina bengkel di tapak pengusaha
-Memberi pinjaman peralatan dan mesin baru
Kaedah 2
- Membina 4 buah bengkel asas tani diatas tapak milik kerajaan
- Memberi pinjaman peralatan dan mesin baru
Kaedah 3
- Membina 4 buah Pusat Indkubator di tapak milik Kerajaan
- Memberi pinjaman peralatan dan mesin baru
KEMAJUAN
Kaedah 1
-Kerja pembinaan 10buah bengkel siap
- Kerja naiktaraf 3 bengkel siap
Kaedah 2
- Kerja-kerja pembinaan siap
-Kaedah 3
-Kerja-kerja pembinaan di Glau (1 unit) siap
-Kerja-kerja pembinaan di Charok Pdang, Teloi dan Kuala Jeneri (3
unit) siap
- Kerja-kerja pembinaan di Charok Padang dan Teloi (2 unit) dijangka
Siap akhir Feb 2006
-Peralatan dan mesin telah dibekalkan kepada bengkel yang siap
- Operasi Inkubator di jangka bermula Mac 2006
-Standart resepi untuk 12 jenis kuih telah dibuat (bauhulu, maruku,
maruku pakudo,tempeyek, peneram, loyang manis, loyang pedas, tiram,
siput, dodol, buah rotan dan keropok pisang)
-Penjenamaan dan logo telah disiapkan (Jenama klasik, 5 jenis logo)
Kawasan ini dipilih sebagai pusat pengeluaran ikan pekasam kerana
terdapat ramai pengusaha pekasam di kawasan ini dan sumber bahan
mentah mudah di dapati dari empangan dan sungai berdekatan.
KAEDAH PELAKSANAAN
-Secara kelompok
- Pengawasan oleh seorang pengurus projek
-Pemasaran oleh FAMA (70%) dan sendiri (30%)
-Sasaran Pendapatan peserta RM 750.00 sebulan (tambahan kepada
pendapatan sediada)
KEMAJUAN
- Pesertatelah dipilih
-Bengkel telah dibina
-Industri pemprosesan ikan pekasam dilaksanakan secara komersial
-Operasi telah dijalankan oleh 14 orang peserta
-Pengeluaran terkumpul sebanyak 5,496 kg bernilai RM 56, 835
-Rekabentuk label yang menarik telah siap
- 4 rasa baru pekasam telah diperkenalkan (perisa pedas, perisa
masam, perisa manis dan crispy)
-Niali jualan RM 35,436 dan pulangan sebanyak RM15,898
-Gabungan cara tradisi dan moden menghasilkan produk yang lebih
bersih, kurang bau, dan tahan lama
- Produk pekasam D'Sik telah mula diterima di pasaran. Sasaran
pengeluaran sebanyak 100kg sehari dijangka akan tercapai dalam tempoh
3 tahun.
Projek ternakan udang galah terletak di kampung banggol, Sik, Kedah.
Keluasan kawasan projek ialah 17.67 hektar sebanyak 39 buah kolam
yang dilengkapi kemudahan-kemudahan lain telah beroperasi. Sebanyak
13 peserta terlibat dalam projek yang bertujuan untuk menambah pendapatan
penternak dan juga membangunkan kawasan sawah padi yang kurang produktif.
Sasaran pengeluaran ialah sebanyak 29 metrik tan setahun dengan
anggaran pendapatan setiap peserta lebih kurang RM 1700.00 sebulan.
Projek pengumpalan, pemprosessan dan pengedaran oleh FAMA Negeri
Kedah.
JENIS-JENIS LEBAH
Apis Dorsata
Lebah Hutan/ Lebah Tualang
Apis Cerana
Lebah Yang Diternak
Apis Florea
Lebah Lalat
KHASIAT-KHASIAT MADU LEBAH
Madu yang dihasilkan oleh lebah adalah "Penawar bagi berbagai
jenis penyakit". Ibnu Sina ( Pakar Perubatan Islam, 980- 1037
Masehi) telah menulis dalam bukunya "Qanun- Fit-Bit" telah
menyebutkan " Berdozen-dozen aduan ubat yang menggunakan Madu
Lebah", Madu yang dihasilkan oleh lebah-lebah adalah "Penawar
bagi berbagai Penyakit".
Bunga
daun getah terhasil dari proses pemeraman daun getah yang terpilih.
JENIS-JENIS KELUARAN:
a) Koleksi bunga single Rose, matahari, heliconia, fillers
lily dan lain-lain
b) Bunga Jambangan
c) Koleksi Koperat
- Bunga Frames
- Bunga Casing
d) Koleksi Pengantin
- Bunga telur
-Bunga rampai
- Kotak hantaran
- Pot Pouri dan lain-lain
e) Koleksi Perhiasan
-Bunga Frames
-Penanda buku
- Key Chain
-Hiasan Alas meja
-Hiasan beg
- Kad ucapan
Koleksi kraf bunga daun getah dihasilkan oleh Pertubuhan Wanita
Pekebun Kecil Negeri Kedah.
Penafian : Kerajaan Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap
sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan
maklumat dalam laman ini.