:
.
:
 

 
           Berita Jabatan
Taklimat Star Rating Pejabat Daerah Kulim
Waktu Bekerja Baru Bagi Semua Agensi Kerajaan Negeri Kedah
           Info
Hari Kelepasan Am
Waktu Bekerja Agensi/jabatan Kerajaan Negeri
Jarak Perjalanan Daerah Kedah
Hari Persekolahan
Jarak Perjalanan Semenanjung Malaysia
           Kalendar Aktiviti
Lawatan / Aktiviti Kompleks Wisma Darul Aman
Jadual Sempena Perayaan Ulangtahun Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Ke 82
Kalendar Perancangan Aktiviti YAB Menteri Besar
 

 

Misteri peti besi Bapa Kemerdekaan terjawab
 

Oleh: AMELIA HASHIM

ALOR SETAR, 7 Februari:  Misteri barang-barang milik bekas Perdana Menteri YTM Tunku Abdul Rahman Putra yang tersimpan dalam peti besi terjawab akhirnya apabila peti tersebut dibuka oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan YB Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim di Pameran Bergerak Koleksi Khas Perdana Menteri Malaysia Pertama di Rumah Merdeka, Jalan Putra.
 
Misteri bermula apabila sebuah peti besi seberat 300 kilogram milik Almarhum dipamerkan di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra sejak memorial itu dibuka secara rasmi pada 10 November 1994. SeJak itu isi peti besi berjenama Stafford buatan England ini menjadi misteri.

Peti besi ini pernah digunakan Almarhum ketika menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu sebelum menjadi Perdana Menteri Malaysia dari tahun 1956 hingga 1970.

Sejak dipamerkan orang ramai hanya melihat bentuk fizikal peti besi itu dari luar sahaja kerana usaha membukanya gagal, sehinggalah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan YB Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim berjaya membukanya dengan bantuan kepakaran dari syarikat peti keselamatan Chubb (Malaysia) Sdn Bhd.
 
Terdapat 46 koleksi berharga yang terdiri daripada satu set butang baju, empat belas bilah gunting, jam tangan, sebatang pen, sebuah kotak emas, lapan anak kunci, sebuah loket, replika pendayung sampan, pin tali leher, dua buah plak, sebelas plat, replika penyudip simen dan dua keping duit syiling.

Arkib Negara telah mendaftar, meninventori dan merekodkan data-data komposisi bahan yang terkandung dalam koleksi berkenaan dengan bantuan kepakaran Jabatan Muzium Malaysia.

Pameran bergerak ini bertujuan untuk mengingatkan kembali jasa Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra bukan sahaja sebagai Perdana Menteri Malaysia tetapi seorang pejuang  kemerdekaan kepada generasi muda hari ini terutama para pelajar sekolah rendah dan menengah.

Pameran ini dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Utama Dr Rais di Rumah Merdeka dan turut hadir Tengku Ahmad Nerang Tengku Abd Rahman Putra dan Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia Dato’ Haji Sidek Haji Jamil dan ketua-ketua jabatan serta Sahabat-Sahabat Arkib Kedah Darul Aman.

 
 

Penafian : Kerajaan Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Wisma Darul Aman 05503 Alor Star
Kedah Darul Aman
Tel : 04-7301957    Fax : 04-7310000