:
.
:
 

 
           Berita Jabatan
Taklimat Star Rating Pejabat Daerah Kulim
Waktu Bekerja Baru Bagi Semua Agensi Kerajaan Negeri Kedah
           Info
Hari Kelepasan Am
Waktu Bekerja Agensi/jabatan Kerajaan Negeri
Jarak Perjalanan Daerah Kedah
Hari Persekolahan
Jarak Perjalanan Semenanjung Malaysia
           Kalendar Aktiviti
Lawatan / Aktiviti Kompleks Wisma Darul Aman
Jadual Sempena Perayaan Ulangtahun Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Ke 82
Kalendar Perancangan Aktiviti YAB Menteri Besar
 

 

Nasib mangsa kebakaran Sungai Limau dapat perhatian
 
Oleh: WADIASSOFI JAAFAR

YAN, 17 Februari:  Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah (PBANK) prihatin dengan nasib 13 keluarga yang kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran 14 deret rumah kedai di Pekan Sungai Limau pada 15 Februari 2010.

Yang Dipertua PBANK, Tunku Bendahara, Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah meluangkan masa meninjau tempat kejadian, selain menghulurkan sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan kepada kesemua mangsa.

Majlis penyerahan sumbangan diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Cina Yok Ming yang merupakan penempatan sementara kesemua mangsa kebakaran.

Hadir sama ialah Toh Puan Bendahara, YTM Dato’ Noor Suzana Abdullah dan Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak serta beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Seramai 11 keluarga Cina dan dua keluarga Melayu menerima sumbangan masing-masing daripada PBANK dan Kerajaan Negeri, selain bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
 
 

Penafian : Kerajaan Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Wisma Darul Aman 05503 Alor Star
Kedah Darul Aman
Tel : 04-7301957    Fax : 04-7310000