:
.
:
 

 
           Berita Jabatan
Taklimat Star Rating Pejabat Daerah Kulim
Waktu Bekerja Baru Bagi Semua Agensi Kerajaan Negeri Kedah
           Info
Hari Kelepasan Am
Waktu Bekerja Agensi/jabatan Kerajaan Negeri
Jarak Perjalanan Daerah Kedah
Hari Persekolahan
Jarak Perjalanan Semenanjung Malaysia
           Kalendar Aktiviti
Lawatan / Aktiviti Kompleks Wisma Darul Aman
Jadual Sempena Perayaan Ulangtahun Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Ke 82
Kalendar Perancangan Aktiviti YAB Menteri Besar
 

 

Imej baru kesenian di Daerah Baling
 
Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

BALING – Malam Kesenian Belia Sejahtera peringkat daerah Baling telah menonjolkan satu fenomena baru, walaupun hiburan diadakan secara terkawal, ianya tetap mendapat sambutan besar daripada rakyat.
 
Kira-kira 10,000 rakyat di sekitar Baling dan daerah berhampiran telah hadir ke program hiburan dianggap sesuai kepada semua lapisan masyarakat dan ianya menjadi hiburan sekeluarga yang telah diadakan Padang Awam Keda Kupang, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan serta Penerangan, YB. Dr. Haji Hamdan Mohamed Khalib berkata, kerajaan negeri tidak bermaksud menyekat aktiviti hiburan di negeri ini, cuma ianya bertujuan mengawal pengaruh negatif hingga memesongkan kehidupan belia.

“Adalah menjadi amanah dan tanggungjawab kerajaan melakukan pembangunan dalam negeri sama ada pembangunan fizikal dan insan.

“Sudah tentu kami (kerajaan) yang diamanahkan oleh rakyat merasakan sudah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk sama-sama melihat bagaimana kaedahnya apakah bentuk hiburan yang kita adakan di negeri ini.

“Saya tahu dan kita semua sedia maklum, di negara kita ini dilihat orang Melayu terutama yang beragama Islam sering didedahkan dengan pelbagai bentuk hiburan yang saya kategorikan sebagai hiburan melampau,” jelas beliau dalam ucapan perasmian.

Tambah beliau, kerajaan negeri turut menangguhkan pemberian permit terhadap penganjuran hiburan terbuka di negeri ini.

Namun, permit boleh dipohon dengan kebenaran bersyarat daripada kerajaan negeri.

YB. Dr Haji Hamdan turut menyerahkan peralatan sukan kepada wakil belia daripada kampung-kampung di sekitar daerah Baling.

Majlis telah diserikan dengan nyanyian dan nasyid yang dipersembahkan oleh Juara Akademi Nasyid TV9, Azhan Atan, Pak Long, kumpulan nasyid Insaniah, kumpulan Zulfan dan kumpulan Zahran.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah ADUN Kupan, YB. Johari Abdullah, Pegawai Daerah Baling, Tuan Haji Ahmad Fisol Md Nor, Pengarah Urusetia Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad.
 
 

Penafian : Kerajaan Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Wisma Darul Aman 05503 Alor Star
Kedah Darul Aman
Tel : 04-7301957    Fax : 04-7310000