:
.
:
 

 
           Berita Jabatan
Taklimat Star Rating Pejabat Daerah Kulim
Waktu Bekerja Baru Bagi Semua Agensi Kerajaan Negeri Kedah
           Info
Hari Kelepasan Am
Waktu Bekerja Agensi/jabatan Kerajaan Negeri
Jarak Perjalanan Daerah Kedah
Hari Persekolahan
Jarak Perjalanan Semenanjung Malaysia
           Kalendar Aktiviti
Lawatan / Aktiviti Kompleks Wisma Darul Aman
Jadual Sempena Perayaan Ulangtahun Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Ke 82
Kalendar Perancangan Aktiviti YAB Menteri Besar
 

 

Tunku Bendahara lawat KUIN
 
Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

KUALA KETIL - Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Bendahara Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan berangkat membuat lawatan rasmi ke pembinaan kampus Kolej Universiti Insaniah (KUIN), di sini.

Lawatan baginda diiringi oleh Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, ADUN-ADUN, Rektor KUIN, Prof. Dato’ Dr Jamil Osman serta Pengarah Urusan Bina Darulaman Berhad, Dato’ Jahubar Sathik Abdul Razak.

Taklimat mengenai projek yang sedang dijalankan itu telah disampaikan Prof Dato’ Dr Jamil Osman.

Kampus seluas 832 ekar ini akan dibangunkan dalam dua fasa. Fasa pertama telah dimulakan binaannya pada tahun 2009 menelan belanja RM 330 juta mengandungi bangunan asrama, dewan kuliah dan pejabat pentadbiran.

Apabila siap sepenuhnya, selain mempunyai kemudahan asas sebagai institusi pendidikan tinggi, kampus ini akan mengandungi sebuah masjid, dewan yang mampu menampung 6,000 orang dalam satu masa dan sebuah tasik buatan manusia dengan keluasan 10 hektar serta kolam untuk memancing.

Kuala Ketil bakal menjadi Bandar Universiti apabila kampus tetap KUIN siap dibina pada tahun 2012 yang mampu menempatkan 13 ribu pelajar.

 
 

Penafian : Kerajaan Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Wisma Darul Aman 05503 Alor Star
Kedah Darul Aman
Tel : 04-7301957    Fax : 04-7310000