:
.
:
 

 
           Berita Jabatan
Taklimat Star Rating Pejabat Daerah Kulim
Waktu Bekerja Baru Bagi Semua Agensi Kerajaan Negeri Kedah
           Info
Hari Kelepasan Am
Waktu Bekerja Agensi/jabatan Kerajaan Negeri
Jarak Perjalanan Daerah Kedah
Hari Persekolahan
Jarak Perjalanan Semenanjung Malaysia
           Kalendar Aktiviti
Lawatan / Aktiviti Kompleks Wisma Darul Aman
Jadual Sempena Perayaan Ulangtahun Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Ke 82
Kalendar Perancangan Aktiviti YAB Menteri Besar
 

 

Cukai tanah tertunggak sebanyak RM104 juta
 
Oleh: AMELIA HASHIM

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai kemudahan untuk pengguna melunaskan cukai tanah  termasuklah menerusi pembayaran dalam talian (online).
 
Sejak portal itu diperkenalkan lebih 8,000 pengguna membayar secara online dan Kerajaan Negeri  dijangka dapat mengutip bayaran tertunggak cukai tanah dengan lebih efisyen lagi.

Walau bagaimanapun masih terdapat pengguna yang enggan berbuat demikian dan Kerajaan Negeri  kini berdepan dengan masalah cukai tanah tertunggak sebanyak lebih RM104 juta.

“Justeru itu Kerajaan Negeri akan mengenakan denda kepada pemilik tanah yang tidak membayar premium cukai tanah dan jika bayaran tertunggak sehingga tahun berikutnya pemilik tanah akan dikenakan penalti,” kata Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Azizan Abdul Razak.

Menurutnya, premium tanah adalah pendapatan Kerajaan Negeri, jika ramai yang enggan membayar, kerajaan  akan kehilangan pendapatan yang diperolehi hasil kutipan ini. Oleh itu mulai tahun ini pemilik tanah yang masih enggan membayar sehingga berlaku tunggakan berganda-ganda akan dikenakan caj lain.

Beliau menyeru pemilik tanah yang masih tidak melunaskan bayaran tertunggak supaya berbuat demikian bagi mengelak dikenakan  penalti. Ini kerana hasil kutipan sekitar RM89 juta sahaja tetapi tunggakan melebihi RM104 juta.

Ujarnya lagi, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) turut mempelbagaikan kaedah pembayaran dalam usaha untuk meningkatkan kutipan cukai tertunggak, antaranya pembayaran secara dalam talian online.

Sistem ini turut diintergerasikan dengan sistem pengurusan kutipan hasil tanah atau ringkasnya ‘Shukhat’, iaitu semakan cukai tanah yang dibuat ketika siasatan pengambilan diadakan. Sekiranya terdapat tunggakan cukai tanah, pegawai mempunyai kuasa untuk memotong bayaran pampasaan melalui sistem ini.

“Ini adalah sebahagian proses untuk membantu Kerajaan Negeri mengutip hasil selain membantu orang ramai melunaskan hutang cukai tanah terhadap kerajaaan,” katanya.

Orang ramai  boleh melayari www.ptgkedah.gov.my untuk membuat semakan dan pembayaran cukai tanah, termasuk semakan pendaftaran urus niaga.

 
 

Penafian : Kerajaan Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Wisma Darul Aman 05503 Alor Star
Kedah Darul Aman
Tel : 04-7301957    Fax : 04-7310000