:
.
:
 

 
           Berita Jabatan
Taklimat Star Rating Pejabat Daerah Kulim
Waktu Bekerja Baru Bagi Semua Agensi Kerajaan Negeri Kedah
           Info
Hari Kelepasan Am
Waktu Bekerja Agensi/jabatan Kerajaan Negeri
Jarak Perjalanan Daerah Kedah
Hari Persekolahan
Jarak Perjalanan Semenanjung Malaysia
           Kalendar Aktiviti
Lawatan / Aktiviti Kompleks Wisma Darul Aman
Jadual Sempena Perayaan Ulangtahun Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Ke 82
Kalendar Perancangan Aktiviti YAB Menteri Besar
 

 

Kerajaan anjur Kem Anak Soleh
 
Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

PENDANG – Susulan kejayaan daripada Kem Bina Sahsiah yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Kedah, kerajaan bercadang menganjurkan Kem Anak Soleh bagi memastikan peningkatan pembangunan insan di kalangan rakyat Kedah .
 
Kem yang bakal diadakan pada 13 Mac hingga 15 Mac bertujuan melatih anak-anak muda di Kedah ini mengenal Al-Quran, Allah S.W.T., mahir dalam solat serta tahu mengambil wudhu’ dengan cara yang betul.

Disamping dekat dengan ajaran agama, mereka juga cemerlang dalam akademik bagi melahirkan insan yang berkualiti di dunia dan akhirat.

Demikian jelas Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi, YB. Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul pada siri penerangan kerajaan negeri kepada penduduk di Pendang. Program ini telah diadakan di dewan Majlis Daerah Pendang.

“Kita (kerajaan negeri) menekankan pembangunan insan di Kedah agar ianya seiring dengan pembangunan ekonomi, pada Mac ini kita adakan Kem Anak Soleh yang akan diadakan secara berperingkat-peringkat.

“Kita adakan di Maktab Mahmud di empat daerah dan kita kita adakan di Muassasah Darul Ulum untuk anak-anak yang tinggal di Kuala Kedah,” jelas beliau.
 
 

Penafian : Kerajaan Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Wisma Darul Aman 05503 Alor Star
Kedah Darul Aman
Tel : 04-7301957    Fax : 04-7310000