:
.
:
 

 
           Berita Jabatan
Taklimat Star Rating Pejabat Daerah Kulim
Waktu Bekerja Baru Bagi Semua Agensi Kerajaan Negeri Kedah
           Info
Hari Kelepasan Am
Waktu Bekerja Agensi/jabatan Kerajaan Negeri
Jarak Perjalanan Daerah Kedah
Hari Persekolahan
Jarak Perjalanan Semenanjung Malaysia
           Kalendar Aktiviti
Lawatan / Aktiviti Kompleks Wisma Darul Aman
Jadual Sempena Perayaan Ulangtahun Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Ke 82
Kalendar Perancangan Aktiviti YAB Menteri Besar
 

 

Bank Islam biayai pembinaan kampus induk Insaniah
 
Oleh: AMELIA HASHIM

KUALA LUMPUR:  Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Ustaz Azzian Abdul Razak menyaksikan majlis memeterai perjanjian pembiayaan bernilai RM330 juta  antara Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) dengan  Kedah Sato Sdn Bhd (KKSB) bagi pembinaan dan pembangunan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil, Baling.
 
Kemudahan pembiayaan kewangan Islam bersindiket oleh BIMB yang bertindak sebagai pengatur utama pembiayaan itu akan menyalurkan pembiayaan berjumlah RM200 juta, manakala Affin Islamic Bank Sdn Bhd sebagai pengatur bersama akan membiayai baki sebanyak RM130 juta.

KSSB ialah anak syarikat milik penuh Bina Darul Aman Bhd (BDB)  diwakili pengarah Urusannya Dato’ Jahubar Sathik Abdul Razak, manakala Affin  Islamic Bank oleh Timbalan Ketua Eksekutifnya Abdul Rani Lebai Jaafar.

Pengarah Urusan BIMB Dato’ Zukri Samat berkata,  menerusi struktur pembiayaan itu, KSSB akan menyelesaikan kemudahan berkenaan dalam tempoh 15 tahun termasuk tempoh tangguh selama tiga tahun.

Selain itu, katanya, BIMB merancang membuka 10 lagi cawangan baru di seluruh negara tahun ini, membabitkan pelaburan kira-kira RM7 juta termasuklah Alor Setar, Bukit Jeutung dan Sri Petaling di Lembah Kelang dan Sibu dan Sabah.

Menurutnya dengan pelaburan purata RM700 ribu bagi setiap cawangan bergantung kepada saiznya dan yakin cawangan baru bukan sahaja dapat mebantu meningkat  lagi penguasaan pasaran BIMB malah turut berupaya memenuhi permintaan terhadap produk berlandaskan syariah.

Pembukaan cawangan baru itu juga akan menambah jumlah cawangan BIMB kepada 110 menjelang akhir tahun ini.
 
 

Penafian : Kerajaan Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Wisma Darul Aman 05503 Alor Star
Kedah Darul Aman
Tel : 04-7301957    Fax : 04-7310000