:
.
:
 

 
           Berita Jabatan
Taklimat Star Rating Pejabat Daerah Kulim
Waktu Bekerja Baru Bagi Semua Agensi Kerajaan Negeri Kedah
           Info
Hari Kelepasan Am
Waktu Bekerja Agensi/jabatan Kerajaan Negeri
Jarak Perjalanan Daerah Kedah
Hari Persekolahan
Jarak Perjalanan Semenanjung Malaysia
           Kalendar Aktiviti
Lawatan / Aktiviti Kompleks Wisma Darul Aman
Jadual Sempena Perayaan Ulangtahun Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Ke 82
Kalendar Perancangan Aktiviti YAB Menteri Besar
 

 

KITA berminat tubuh sekolah antarabangsa di Kedah
 
Oleh: WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR, 7 Mac: Kerajaan Negeri mendapat permintaan daripada Kulim Industries Tenant Association (KITA) untuk menubuhkan Sekolah Antarabangsa di negeri ini.

Menurut Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Kerajaan Negeri akan mewujudkan sekolah tersebut.

“Universiti di Turki juga turut menawarkan kepada Kerajaan Negeri di mana sebahagiannya adalah di Istanbul dan ini menunjukkan bahawa mereka berminat untuk memilih negeri Kedah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani MoA antara Malaysian Turkish Dialogue Society dan Kolej Universiti Insaniah di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Aman, di sini.

Menteri Besar menjelaskan, Kolej Universiti Insaniah menawarkan 41 program dan kampus tetap di Kuala Ketil sedang dalam kerja-kerja pembinaan.

“Kita juga sedang berusaha mendapatkan pensyarah sebelum menubuhkan Fakulti Perubatan dan pengambilan pelajar untuk program perubatan akan bermula pada bulan Julai dan Ogos 2010,” ujarnya.

Daripada 3,000 pelajar, tambahnya, seramai 4,000 pelajar akan diambil untuk mengikuti program yang ditawarkan di Kolej Universiti Insaniah.

Majlis menandatangani MoA itu disaksikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Kedutaan Turki di Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Puan Serap Attay.
 
 

Penafian : Kerajaan Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Wisma Darul Aman 05503 Alor Star
Kedah Darul Aman
Tel : 04-7301957    Fax : 04-7310000