:
.
:
 

 
           Berita Jabatan
Taklimat Star Rating Pejabat Daerah Kulim
Waktu Bekerja Baru Bagi Semua Agensi Kerajaan Negeri Kedah
           Info
Hari Kelepasan Am
Waktu Bekerja Agensi/jabatan Kerajaan Negeri
Jarak Perjalanan Daerah Kedah
Hari Persekolahan
Jarak Perjalanan Semenanjung Malaysia
           Kalendar Aktiviti
Lawatan / Aktiviti Kompleks Wisma Darul Aman
Jadual Sempena Perayaan Ulangtahun Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Ke 82
Kalendar Perancangan Aktiviti YAB Menteri Besar
 

 

Ternakan keli berskala besar untuk jana ekonomi
 
Oleh: NIK NURUL NADZIRAH NIK MD ZABARI

SIK - Kerajaan Negeri mengorak langkah menceburi projek penternakan ikan keli sebagai salah satu cara menjana ekonomi negeri di samping membuka peluang pekerjaan untuk rakyat.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan berkata,  projek penternakan ikan keli ini dilaksanakan bertujuan untuk melahirkan usahawan-usahawan Bumiputera melalui program ladang kontrak.

Beliau berkata, sasaran projek ini ialah 60 peratus untuk dieksport manakala 40 peratus lagi untuk pasaran domestik.

“Projek ini diharap bukan hanya dapat menumpukan kepada pengeluaran sahaja tetapi  sebagai pusat sehenti kepada kepada hasil keli di Kedah sekaligus dapat menyelesaikan masalah pemasaran di kalangan penternak,” katanya.

Menurutnya, kejayaan ini membuka ruang kepada industri hiliran seperti sardin keli, bebola ikan, makanan beku sejuk dan lain-lain.

Industri penternakan Ikan Keli Organik (spesies keli-K) ini mempunyai potensi yang cukup besar pada masa ini. Spesies ini diyakini disebabkan khasiat dan kualitinya yang tinggi.

“Saya berharap agar projek ini mempunyai daya saing yang kuat untuk menembusi pasaran makanan halal yang permintaannya semakin meningkat.

“Dan apa yang lebih penting ia mampu meningkatkan kegiatan ekonomi rakyat di Negeri Kedah Darul Aman,” katanya di Majlis Perasmian Projek Penternakan Keli-K bertempat di Sungai Pau, Sik.

Projek ini diusahakan oleh Novel Ventures Sdn. Bhd sebuah syarikat usahasama antara Dawi Corporation Sdn. Bhd dan Perbadanan Menteri Besar.
 
 

Penafian : Kerajaan Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Wisma Darul Aman 05503 Alor Star
Kedah Darul Aman
Tel : 04-7301957    Fax : 04-7310000