:
.
:
 

 
           Berita Jabatan
Sebutharga Pembekalan Peralatan ICT Jabatan Negeri Kedah - PTMK 04/2010
Waktu Bekerja Baru Bagi Semua Agensi Kerajaan Negeri Kedah
           Info
Hari Kelepasan Am
Waktu Bekerja Agensi/jabatan Kerajaan Negeri
Jarak Perjalanan Daerah Kedah
Hari Persekolahan
Jarak Perjalanan Semenanjung Malaysia
           Kalendar Aktiviti
Lawatan / Aktiviti Kompleks Wisma Darul Aman
Jadual Sempena Perayaan Ulangtahun Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Ke 82
Kalendar Perancangan Aktiviti YAB Menteri Besar
 

 

Rawatan perubatan percuma untuk penduduk luar bandar
 
Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR, 5 Julai:  Program rawatan perubatan percuma akan diwujudkan dalam usaha memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada penduduk terutama di kawasan luar bandar.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, YB. Dr. Hamdan Mohamed Khalib, lokasi-lokasi untuk program rawatan perubatan percuma itu akan ditentukan selepas ini.

“Kita akan memberikan rawatan yang optimum dalam usaha menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat setempat terutama kepada golongan yang memerlukan rawatan ini,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan menegaskan, program itu akan turut dibantu oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pasukan Perubatan Islam Kedah dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kedah.

Sebagai wakil rakyat di kawasan itu, Dr. Hamdan juga turut mengadakan program lawatan ke rumah-rumah penduduk miskin serta ibu tunggal dengan menyampaikan bantuan pada setiap minggu.

“Kita akan menyampaikan bantuan kafalah kepada keluarga-keluarga  yang kematian ahli keluarganya di samping turut menziarahi orang sakit di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Dawai,” ujarnya.
 
 

Penafian : Kerajaan Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Wisma Darul Aman 05503 Alor Star
Kedah Darul Aman
Tel : 04-7301957    Fax : 04-7310000