Ditulis oleh AMELIA HASHIM
ALOR SETAR, 6 Julai - Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan YB Tan Chow Kang menjelaskan bahawa pusat pemotongan babi secara moden tertangguh disebabkan pengusaha tidak mampu menyediakan sumber kewangan yang mencukupi untuk pembinaannya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Masyarakat Cina Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman. Isu pusat pemotongan babi turut dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
“Isu tersebut telah dilaporkan oleh akhbar Cina beberapa hari lalu, di mana pihak pembangkang membidas kononnya pusat pemotongan yang dicadang dipindahkan ke Sungai Tok Pawang tidak berjalan seperti dirancang oleh Kerajaan Negeri.
“Masalah sekarang terletak pada pihak pengusaha di mana untuk membina pusat sembelih mesra alam itu mereka memerlukan RM5 juta dan mereka tidak mampu,” ujarnya.
Selain itu mesyuarat ini juga membincangkan isu pemindahan pusat sembelih babi ke Sungai Tok Pawang, yang diangkat oleh pihak pembangkang sebagai tidak berjalan seperti yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri.
“Berita ini disiarkan dalam surat khabar berbahasa Cina beberapa hari lalu berikutan demontarasi yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu,” katanya.
Ujarya, beliau telah memberi penjelasan bahawa pusat sembelih itu sudah berpindah ke Sungai Tok Pawang, tetapi buat masa sekarang pihak bekenaan tidak mampu untuk membina sebuah pusat sembelih yang mesra alam kerana kosnya mencecah RM5 juta.
Sementara itu masyarakat Cina di Kedah berpeluang menyaksikan Pesta Tanglung yang akan diadalan pada bulan September ini.
“Pesta itu akan diadakan di tiga zon iaitu Utara, Tengah dan Selatan bagi memudahkan orang ramai yang tinggal datang ke kawasan mengikut zon,” katanya.
Menurutnya, perayaan itu akan dianjurkan oleh Dewan Perhimpunan Cina Kedah yang sangat aktif menjalankan aktiviti kemasyarakatan.
“Dalam mesyuarat itu mereka bercadang memohon peruntukan sebanyak RM50,000 daripada Kerajaan Negeri bagi menjayakan program tahunan ini,” katanya.