Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR
JITRA - Warga Pejabat Daerah Kubang Pasu baru-baru ini telah menerima rombongan seramai 130 ahli delegasi dari Daerah Sadao, Thailand.
Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mengeratkan lagi kerjasama antara dua daerah dan antara negara amnya.
Majlis Daerah Kubang Pasu telah mengatur beberapa aktiviti untuk delegasi ini seperti acara perlawanan bola sepak dan bola tampar persahabatan lelaki dan perempuan, lawatan ke Muzium Padi, lawatan ke Kolej Universiti Insaniah, lawatan ke Galeri Sultan Abdul Halim dan majlis makan malam.
Pihak Majlis Daerah Kubang Pasu juga bercadang untuk mengadakan lawatan ke Daerah Sadao pada suatu satu tarikh yang belum ditetapkan.