:
.
:
 

 
           Berita Jabatan
Sebutharga Pembekalan Peralatan ICT Jabatan Negeri Kedah - PTMK 04/2010
Waktu Bekerja Baru Bagi Semua Agensi Kerajaan Negeri Kedah
           Info
Hari Kelepasan Am
Waktu Bekerja Agensi/jabatan Kerajaan Negeri
Jarak Perjalanan Daerah Kedah
Hari Persekolahan
Jarak Perjalanan Semenanjung Malaysia
           Kalendar Aktiviti
Lawatan / Aktiviti Kompleks Wisma Darul Aman
Jadual Sempena Perayaan Ulangtahun Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Ke 82
Kalendar Perancangan Aktiviti YAB Menteri Besar
 

 

Menteri Besar hulur sumbangan kebajikan di Padang Terap
 
Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR

KUALA NERANG - Seramai 118 penerima yang terdiri daripada ibu tunggal, warga emas dan golongan kurang upaya dari Daerah Padang Terap menerima sumbangan bantuan am sebanyak RM16,800 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kedah.

Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menegaskan, Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM14 juta untuk tujuan itu dalam usaha membantu golongan yang memerlukan bantuan.

Menurutnya, mulai tahun 2011, Kerajaan Negeri akan menaikkan bantuan am kepada RM150 minimum dan Kerajaan Negeri akan menyediakan bajet pada tahun 2011 sebanyak RM1.6 juta untuk tujuan itu.

“Ini tentang kebajikan rakyat di mana orang miskin amat bergantung kepada pertolongan dan kita kena selesaikan masalah itu dengan secepat mungkin,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan Bantuan Am Kerajaan Negeri bagi Daerah Padang Terap di Pekarangan Pejabat Daerah Padang Terap, di sini.

Menteri Besar berkata, Kerajaan Negeri turut menyediakan bantuan Skim Kafalah kepada keluarga si mati yang mendaftar melalui e-Sinar.

“Kita menyediakan bantuan itu kepada rakyat yang kurang berkemampuan tanpa mengira politik dan kita berharap bantuan yang diberikan itu dapat mengurangkan beban yang terpaksa dihadapi oleh keluarga terbabit,” jelasnya.

Tambahnya, Kerajaan Negeri juga turut menyediakan bantuan kepada pelajar-pelajar kurang berkemampuan yang akan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) samada dalam kursus peringkat diploma atau ijazah.

Kerajaan Negeri, katanya, akan menyampaikan bantuan kepada guru-guru kampung yang banyak memberi sumbangan dalam mendidik anak bangsa.

Sementara itu, Pegawai Daerah Padang Terap, Tuan Haji Fauzi Mohaidin dalam ucapannya berkata, program pada kali ini adalah julung-julung kali diadakan di mana seramai empat orang turut menerima bantuan berupa kerusi roda pada majlis itu.
 
“Seramai 300 orang yang terdiri daripada ibu tunggal, warga emas dan golongan kurang upaya dalam Daerah Padang Terap dipilih untuk menerima sumbangan Bantuan Am Kerajaan Negeri Kedah,” ujarnya.

Fauzi berkata, Rumah Anak Yatim juga turut dibina di Daerah Padang Terap dalam usaha membantu anak-anak yatim yang memerlukan penjagaan yang sempurna.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, YB. Ustazah Siti Ashah Ghazali serta Pengarah JKM Negeri Kedah, Encik Zulkifli Ramli.
 
 

Penafian : Kerajaan Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Wisma Darul Aman 05503 Alor Star
Kedah Darul Aman
Tel : 04-7301957    Fax : 04-7310000