:
.
:
 

 
           Berita Jabatan
Sebutharga Pembekalan Peralatan ICT Jabatan Negeri Kedah - PTMK 04/2010
Waktu Bekerja Baru Bagi Semua Agensi Kerajaan Negeri Kedah
           Info
Hari Kelepasan Am
Waktu Bekerja Agensi/jabatan Kerajaan Negeri
Jarak Perjalanan Daerah Kedah
Hari Persekolahan
Jarak Perjalanan Semenanjung Malaysia
           Kalendar Aktiviti
Lawatan / Aktiviti Kompleks Wisma Darul Aman
Jadual Sempena Perayaan Ulangtahun Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Ke 82
Kalendar Perancangan Aktiviti YAB Menteri Besar
 

 

Kedah juara berganda MELC
 
Ditulis oleh AMELIA HASHIM

ALOR SETAR: Kedah muncul juara berganda  pada Edisi ketiga Piala Liga Menteri Pelajaran  2010 (MELC) selepas mengalahkan  Terengganu kategori bawah 14  (B-14) tahun  dan Pahang bawah 17 (B-17) tahun dalam perlawanan akhir di Stadium Darulaman, di sini.

Dalam  B-14 Kedah merupakan tuan rumah telah menewaskan pasukan Terengganu dengan 3-2 sebelum itu kategori B-17 turut menyerlah dengan menundukkan Pahang dengan 2-1.

Kemenangan dalam saingan liga sekolah paling kompetitif bagi musim 2010 menyamai   pencapaian pasukan Selangor pada tahun 2008 dan sekolah sukan Bandar Penawar, tahun lalu.

Pasukan pelawat Terengganu terlebih dahulu mencemaskan B-14 tuan tumah  apabila mendapat peluang  pada minit ke-18 menerusi Muhd Akram Asidi tetapi Kedah telah berjaya  menyamakan kedudukan menerusi Muhd Arif Farhan Mohd Isa pada minit ke-35.

Selepas waktu rehat Kedah kembali menyinar dengan meningkatkan rentak permainan bagi mengelirukan pihak lawan dan tektik ini ternyata berjaya apabila Muhd Fitri Che Hassan menggegar dua kali kubu pertahanan Terengganu pada minit 47. Akhirnya Kedah mengatasi pasukan dengan kedudukan selesa  3-1.

Pasukan Terengganu terpaksa berhempas pulas dan mengambil masa lama untuk menyamakan kedudukan tetapi pasukan tuan rumah telah membuktikan komitmen tinggi sebagai satu pasukan yang berdisiplin dan saling memahami antara mereka.

Kesefahaman antara pemain Kedah dapat disaksikan apabila mereka cuba bertahan apabila menerima asakan demi asakan, yang akhirnya membeawa kejayaan kepada mereka.
 
 

Penafian : Kerajaan Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
Wisma Darul Aman 05503 Alor Star
Kedah Darul Aman
Tel : 04-7301957    Fax : 04-7310000