Pertabalan Sebagai Sultan Negeri Kedah Darul Aman

DYMM Tuanku telah naik takhta kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pada 14hb. Julai 1958 apabila ayahanda Baginda, Almarhum DYMM Tuanku Badlishah mangkat. Pada 20hb. Februari 1959 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah ditabalkan sebagai Sultan Negeri Kedah Darul Aman dalam satu istiadat gilang-gemilang yang meliputi keseluruhan Negeri Kedah.

 




Pertabalan Sebagai Yang di-Pertuan Agong V

KDYMM Tuanku telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong V oleh Majlis Raja-Raja pada 23 Julai 1970 dan telah menyempurnakan istiadat mengangkat sumpah jawatan pada 21 September 1970. Baginda terus memerintah sehingga tamat penggal Baginda pada 1975.


Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong V

 


a

Pertabalan Sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong XIII

Pada tahun 13 Disember 2006, KDYMM Tuanku telah dimasyhurkan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia XIII.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah menandatangani Surat Perisytiharaan Memegang Jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong sambil diperhatikan Raja-Raja Melayu atau wakil-wakil baginda serta empat Yang Dipertua Negeri di Balairong Seri, Istana Negara .

 

b