RAJA MUDA KEDAH BERKENAN BERBUKA PUASA BERSAMA KAKITANGAN MAIK

FOTO WARTA KEDAH

ALOR SETAR (26 MAC 2024) – Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) mencemar duli hadir ke Majlis Berbuka Puasa Raja Muda Kedah Bersama Kakitangan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) di Grand Ballroom 3, Hotel Raia di sini, hari ini.

Majlis berbuka juga turut diserikan dengan pemberian sumbangan berupa kuih raya kepada kakitangan MAIK serta para hadirin yang hadir dalam majlis tersebut.

Dalam pada itu, majlis diteruskan dengan Solat Maghrib, Solat Isyak serta Solat Terawih secara berjemaah dan diakhiri dengan moreh di Grand Ballroom 2, Hotel Raia.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali; Mufti Negeri Kedah, Dato’ Paduka Sheikh Fadzil Awang; Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Abd Rahman Abdullah; Penasihat Undang-undang Negeri Kedah, Dato’ Nik Azhan Hakim Nik Mahmood; Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato’ Syed Khairol Anuar Syed Abidin dan Setiausaha MAIK, Dato’ Abd. Ghani@Zulkifli Zainuddin.

Sumber : Warta Kedah