18 SJR OPS COVID -19 DI SELURUH KEDAH

KHAMIS (14 JANUARI 2021)
SUNGAI PETANI- Sebanyak 18 sekatan jalan raya (SJR) diadakan di negeri Kedah bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, selain Polis Diraja Malaysia (PDRM), kekuatan keseluruhan anggota SJR turut melibatkan pasukan Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Rela.
Menurutnya, penugasan turut membabitkan 86 pasukan pemantauan yang akan bergerak dari satu tempat ke satu tempat di negeri ini semasa PKPB bagi mengekang penularan Covid-19.”Pasukan pemantauan melibatkan keanggotaan melebihi 300 orang membabitkan semua agensi,” katanya ketika memantau SJR di sempadan Kedah-Pulau Pinang dekat Tikam Batu pada Rabu.Menurutnya, SJR turut membabitkan lima lokasi yang dikuatkuasakan bersempadan negeri Pulau Pinang bagi menyekat kemasukan kenderaan yang tidak dibenarkan sekali gus mengurangkan kes positif Covid-19.PKPB dilaksanakan di enam buah negeri antaranya Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu dan Kelantan bermula 13 Januari hingga 26 Januari 2021.Selain itu, di Pulau Pinang, Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Johor dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) manakala Sarawak dan Perlis dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Font Resize
Contrast