Biasiswa Kecil Sekolah Menengah ( BKSM ) merupakan bantuan kewangan diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah seluruh Kedah yang terpilih bagi meringankan beban kewangan semasa sesi pengajian sekolah menengah mereka. Bantuan akan diberi kepada pelajar-pelajar mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh Lembaga Biasiswa Negeri Kedah.  Bermula tahun 2015 kadar baru biasiswa telah ditetapkan iaitu RM50 sebulan kepada pelajar tingkatan 1 – 3 manakala RM65 sebulan kepada tingkatan 4 dan 5.

 

SYARAT KELAYAKAN BKSM

-
Pendapatan isi rumah maksimum RM 3000.00 atau dan lebih rendah
- Mendapat keputusan peperiksaan sekurang-kurangnya 4A dalam peperiksaan seperti berikut:

       i) UPSR bagi pelajar Tingkatan Satu atau,

       ii) PT3 bagi pelajar Tingkatan Empat atau,

       iii) Peperiksaan Akhir Tahun yang dijalankan oleh pihak sekolah bagi Tingkatan Dua, Tiga & Lima.

 

- Sekolah Bantuan Kerajaan seluruh negeri Kedah atau sekolah-sekolah lain yang terpilih.
- Pelajar yang tiada penaja lain.
- Bersih daripada tindakan disiplin.
- Cemerlang dalam akademik, ko-kurikulum dan sukan.
- Melepasi saringan oleh pihak LBNK.

 

CARA MEMOHON BKSM

-
Para pelajar boleh mendapatkan maklumat melalui guru biasiswa di sekolah masing-masing.
- Sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Kecil Sekolah Menengah (BKSM) bolehlah menghubungi pentadbiran LBNK di talian telefon : 04-702 7286,

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.