Unit Kutipan Balik ( UKB ) merupakan unit yang ditugaskan untuk menjalankan segala urusan kutipan balik pinjaman pendidikan yang telah diberikan kepada peminjam oleh Lembaga Biasiswa Negeri Kedah. Aktiviti utama Unit Kutipan Balik adalah:

 

- Memberi pemakluman bayaran balik pinjaman kepada peminjam yang telah tamat pengajian dan telah sampai tarikh bayar balik.
- Mengeluarkan notis-notis pembayaran pinjaman seperti Notis Tuntutan 1, Notis Tuntutan 2.
- Menguruskan permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman dan hapus kira bagi pelajar cemerlang.
- Mengesan peminjam-peminjam yang ingkar membuat bayaran sepertimana yang telah ditetapkan.
- Menguruskan tindakan undang-undang kepada peminjam yang ingkar membuat bayaran balik.
- Menjalankan aktiviti promosi / iklan bayaran balik pinjaman seperti melalui iklan kain rentang, televisyen, radio dan surat khabar.