Pinjaman pelajaran Lembaga Biasiswa Negeri Kedah merupakan satu bantuan pinjaman kewangan yang diberikan kepada pelajar bagi melanjutkan pelajaran mereka diperingkat yang lebih tinggi. Pinjaman yang diberi adalah bermula dari peringkat sijil hinggalah peringkat ijazah pertama di institusi-institusi pengajian di dalam negara yang tersenarai dalam senarai institusi yang menerima tajaan LBNK. Kadar pinjaman yang ditetapkan adalah mengikut peringkat pengajian dan jumlah tahun pengajian pelajar tersebut.

SYARAT KELAYAKAN

- Anak Negeri Kedah Darul Aman (pemohon dilahirkan di Negeri Kedah), atau salah seorang Ibu atau Bapa lahir di Negeri Kedah.
- Mendapat tawaran tempat pengajian DALAM NEGARA SAHAJA.
- Tidak ada penganjur lain.
- Pengajian peringkat sijil, diploma dan ijazah pertama secara SEPENUH MASA.
- Mengikuti pengajian di IPTA yang ditawarkan pinjaman sahaja.

CARA MEMOHON

- Permohonan dibuka mulai 15 Ogos sehingga 15 September setiap tahun.

* Bergantung kepada perubahan semasa.

- Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (on-line) melalui laman web di alamat www.kedah.gov.my dan www.lbnk.gov.my