A- A A+

go green 1

Tze Min (tengah) melawat reruai pameran Karnival Kedah Go Green (KKGG) 2019 Peringkat Daerah Kota Setar di City Plaza, di sini, hari ini.

ALOR SETAR 18 NOVEMBER - Kerajaan negeri akan memastikan semua premis terpilih di seluruh Kedah menyertai Kedah Go Green menjelang 1 Januari 2020.Exco Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Ooi Tze Min berkata, antara premis berkenaan ialah pasar raya, restoran makanan segera, kedai serbaneka stesen minyak, kedai rangkaian dan farmasi.Menurutnya, kerajaan negeri yakin sasaran terbabit boleh dicapai melalui pelaksanaan syarat tambahan permohonan baharu atau pembaharuan lesen perniagaan di bawah Seksyen 107 (2) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

"Penguatkuasaan undang-undang telah dilakukan dan pengusaha yang gagal mematuhi dasar itu boleh dikenakan tindakan termasuk menarik balik atau tidak dibenarkan memperbaharui lesen perniagaan mereka."Usaha menjadikan negara indah bukanlah tanggungjawab kerajaan semata-mata malah adalah semua pihak," katanya pada Karnival Kedah Go Green (KKGG) 2019 Peringkat Daerah Kota Setar di City Plaza, di sini hari ini.

Beliau juga mahu pihak swasta, pekilang, pemaju, sektor korporat dan orang perseorangan membantu usaha kerajaan bagi memastikan alam sekitar dipulihara.Karnival Kedah Go Green (KKGG) 2019 bertujuan memberi fokus kepada kempen Hari Tanpa Beg Plastik, Minum Tanpa Straw dan Bungkus Makanan Tanpa Polistrena ke arah mencapai kelestarian alam sekitar."Usaha ini mungkin kecil tetapi akan memberi impak yang cukup besar kepada generasi pada," katanya.Tze Min memberitahu, pihaknya masih mendekati peniaga untuk memberi maklumat berkaitan inisiatif kerajaan yang komited melestarikan alam sekitar setelah enam bulan pelaksanaan kempen ‘Kedah Go Green’ itu.

Katanya, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga sedang menerima pendaftaran secara sukarela daripada pengusaha premis perniagaan dalam menjayakan kempen berkenaan.Beliau berkata, setiap premis berdaftar dengan PBT akan diberikan sijil penyertaan bagi membolehkan premis terbabit membuat kutipan 20 sen bagi setiap helai beg plastik yang dibekalkan kepada pengguna dan hasil kutipan akan diserahkan kepada PBT di daerah terbabit."Kutipan itu akan digunakan bagi tujuan program kebajikan masyarakat dan pembasmian kemiskinan di daerah masing-masing di samping hasrat kerajaan negeri memelihara dan memulihara alam sekitar dan ekosistem di Kedah,"katanya.

SUMBER: SINAR