A- A A+

durian tour

Firdaus (tengah) mendengar keistimewaan durian yang dibawakan khas dari Bendang Man, Sik sempena Program Durian Tour 2020 di Dataran KEDA Jalan Langgar, baru-baru ini. Foto: FB Firdaus Ahmad

ALOR SETAR 15 JULAI - Program Durian Tour 2020 yang dikelolakan di bawah KEDA Group of Companies (KGOC) bakal menjadi produk pelancongan terbaharu Kedah bagi menarik pelancong luar ke negeri ini.Exco Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kedah, Mohd Firdaus Ahmad berkata, program yang bermula 9 hingga 20 Julai ini bertujuan memperkenalkan dan mempromosikan durian yang dibawa khas dari kawasan Bendang Man, Sik.

Beliau berkata, jelajah berkenaan memberi fokus untuk mempromosikan buah durian dan kawasan Bendang Man."Kawasan yang terletak di daerah Sik ini mempunyai banyak chalet yang berkonsepkan dalam dusun durian."Ini merupakan suatu kelainan yang perlu ditonjolkan kepada orang luar," katanya semasa ditemui di Majlis Perasmian Program Durian Tour 2020 di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di sini baru-baru ini.

Program Durian Tour ini diadakan di lima lokasi yang berbeza iaitu perkarangan Stadium Darul Aman, KEDA Agro High Tech Sungai Seluang, Dataran KEDA Jalan Langgar, Serdang Lake View Resort dan KEDA Mall Kulim.Hadir sama pada program tersebut adalah Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KEDA, Ahmad Hilmi Talib dan Pengurus Besar KEDA Holdings Sdn Bhd, Muhammad Nasir Hussain.


SUMBER : SINAR