A- A A+

banjir 1602634219

Jamaludin menggunakan tong air besar untuk membawa anak dan isterinya selepas rumah mereka ditenggelami air sedalam satu meter di Kampung Alor Berhala, Pendang.

CHANGLUN 14 OKTOBER -  Anggota bomba membantu memindahkan 27 mangsa daripada lima keluarga di Kampung Nah Mah ke Dewan Orang Ramai Kampung Tradisi, di sini selepas rumah mereka dinaiki air berikutan banjir kilat, malam tadi.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.04 malam.Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Jamal Din tiba di lokasi jam 11.16 malam.

"Setibanya di lokasi didapati, kawasan itu dinaiki air melebihi 0.3 meter dan memasuki lima rumah di situ."Tindakan anggota kami adalah dengan memindahkan 27 mangsa yang terdiri dari empat lelaki, lima wanita dan 18 kanak-kanak ke dewan berkenaan untuk keselamatan mereka,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.Mohamadul Ehsan berkata, anggotanya juga melakukan pemantauan untuk memastikan tiada mangsa yang terkandas di kawasan itu.Beliau berkata, aset yang digunakan dalam operasi itu adalah dua jentera dari BBP Bukit Kayu Hitam dan sebuah lori dari BBP Jitra."Operasi disertai seramai 10 anggota dari BBP Bukit Kayu Hitam," katanya.

SUMBER : SINAR