A- A A+

856816

Notis gangguan bekalan air melibatkan 3,000 akaun SADA di daerah Kota Setar yang akan bermula Rabu ini.

ALOR SETAR 20 OKTOBER - Kira-kira 3,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) di daerah Kota Setar dijangka mengalami gangguan bekalan air selama enam jam pada Rabu depan.Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (SADA), Mohd Suhaimi Mohd Jusoh berkata, gangguan bekalan air itu dijangka bermula pada jam 9 pagi hingga 3 petang bagi melaksanakan kerja-kerja pengalihan paip.Mohd Suhaimi berkata, kerja-kerja pengalihan paip berukuran MS 200milimeter (mm) di hadapan sebuah kedai perkakasan di Jalan Teluk Wanjah itu bagi memberi laluan kepada kerja pembinaan projek loji rawatan kumbahan dan pembetungan serantau berdekatan.

"Antara kawasan yang terjejas melibatkan kawasan di sepanjang Jalan Teluk Wanjah, sebahagian Jalan Langgar, Taman Ambar, Lorong Shariff, Menara Zakat, Taman Lum Sun, Taman Hap Huat, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Jalan Langgar, Kompleks Malai dan kawasan sekitar."Justeru, pengguna di kawasan terbabit dinasihatkan untuk membuat persediaan awal dengan menyimpan serta menggunakan air secara bijaksana," katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook SADA hari ini.Dalam pada itu, Mohd Suhaimi berkata, pihaknya juga memohon maaf di atas segala kesulitan yang bakal dihadapi semua pengguna di kawasan terbabit.

SUMBER : SINAR