polisi-kerajaan-negeri-kedah

Dasar Privasi

FEEDBACK FORM
feedback-form
PORTAL DATA TERBUKA prestasi-piagam-pelanggan Mengenai Kedah Berita Terkini Soalan Lazim Hubungi Kami Portal MyGOV Pengumuman Elektronic Archive tender cio/cdo cio/cdo
E-Penyertaan
Kedah Digital
Encik Muhamad Mizar bin Morat, BCK.
Pengarah JITU

mizar[at]kedah[dot]gov[dot]my

Potfolio - [pot.fo.lio] | ڤورتفوليو

INFO

Jabatan Integriti dan Tadbir Urus (JITU)

Sistem tadbir urus sektor awam yang terbaik dan budaya kerja berkualiti merupakan landasan penting dalam meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan melaksanakan dasar yang dimandatkan. Komitmen kerajaan dalam meningkatkan integriti dan mengekang jenayah rasuah di kalangan pegawai awam jelas menerusi pelaksanaan pelbagai dasar dan program yang diperkenalkan sejak sedekad lalu. Antaranya menjadikan rasuah sebagai salah satu daripada bidang penting yang ditekankan dalam Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA Berkaitan Rasuah.

Ke arah ini, kerajaan telah bersetuju mewujudkan Unit Integriti di semua agensi awam.Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme. Inisiatif ini akan dapat membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam.

Hubungi:

Pengarah,
Jabatan Integriti Dan Tadbir Urus (JITU), Aras 1, Blok E,
Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

Tel : 04-702 7000
Faks : 04-702 8200

Peneraju Pembudayaan Integriti dan Tadbir Urus Terbaik Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman.

Menerapkan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman Dengan Budaya Kerja Berintegriti dan Amalan Tadbir Urus Terbaik Kearah Keberhasilan yang Optimum dan Mencapai Sistem Penyampaian Perkhidmatan yang Cemerlang.

Memastikan tadbir urus organisasi yang terbaik dilaksanakan;

Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan nilai-nilai integriti dalam organisasi melalui pendedahan atau maklumat awal bagi mengurangkan kes-kes salahlaku di kalangan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman;

Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi oleh Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil;

Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan / maklumat mengenai salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi;

Memastikan pematuhan ke atas peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan di samping mengenalpasti kelemahan dalam dasar dan peraturan sedia ada;

Mengemukakan / melaporkan hasil siasatan / penemuan daripada aduan / maklumat yang melibatkan pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi kepada Urusetia Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Kedah Darul Aman untuk tindakan selanjutnya.

FUNGSI STRATEGIK

Bertanggungjawab menguruskan dan melaksanakan inisiatif-inisiatif :

Penginstitusian integriti.
Pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku.
Tindakan punitif dengan cara yang lebih fokus, terancang, efisen dan mencapai keberhasilan yang optimum

FUNGSI TERAS

Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negeri Kedah Darul Aman bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (06) Fungsi Teras seperti berikut:

Pengukuhan Integriti.
Pengurusan Aduan.
Tadbir Urus.
Pematuhan.
Pengesanan dan Pengesahan.
Tindakan Punitif dan Kajian.