{"id":4278,"date":"2024-01-09T07:57:17","date_gmt":"2024-01-09T07:57:17","guid":{"rendered":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/?p=4278"},"modified":"2024-12-17T08:15:43","modified_gmt":"2024-12-17T08:15:43","slug":"baling-bercahaya-tarikan-baharu-pelancongan-daerah-baling","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/2024\/01\/09\/baling-bercahaya-tarikan-baharu-pelancongan-daerah-baling\/","title":{"rendered":"&#8220;BALING BERCAHAYA&#8221; TARIKAN BAHARU PELANCONGAN DAERAH BALING"},"content":{"rendered":"<p><a href=\"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Baling-1024x681-1.jpeg\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-4279\" src=\"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Baling-1024x681-1.jpeg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"681\" srcset=\"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Baling-1024x681-1.jpeg 1024w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Baling-1024x681-1-300x200.jpeg 300w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Baling-1024x681-1-768x511.jpeg 768w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/a><\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">BALING (08 JANUARI 2024) &#8211; Kerajaan Negeri meletakkan sasaran yang tinggi bagi daerah-daerah di Kedah yang turut serta diperkayakan dan antara yang akan memperoleh laba daripada program Tahun Melawat Kedah (TMK2025). Bagi menjayakan sasaran itu adalah menjadi misi penting kerana selama ini pelancongan di Kedah lebih tertumpu atau dikaitkan dengan Pulau Langkawi, manakala tempat-tempat lain di seluruh Tanah Besar Negeri Kedah terlalu sedikit menerima tempiasnya.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Mulai sekarang, di samping terus melonjakkan Langkawi, Kerajaan Negeri akan memastikan Baling, Yan, Kuala Muda, Pendang dan daerah-daerah lain akan turut berada dalam radar kunjungan pelancong.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Dan Keusahawanan Negeri, Dato&#8217; Mohd Salleh Saidin berkata sementara kerajaan berusaha mencapai matlamat itu melalui pelbagai kaedah yang telah dirancang, setinggi-tinggi harapan juga disandarkan kepada setiap rakyat Kedah di semua peringkat, daripada jabatan dan agensi, badan-badan swasta, pertubuhan-pertubuhan sukarela, penggerak komuniti, malah setiap individu untuk turut berganding bahu menterjemahkan impian tersebut kepada realiti.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cLangkah mengadakan Program Baling Bercahaya ini adalah sejajar denggan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjulang dan gemilangkan sektor pelancongan di bumi Jelapang Padi yang kita cintai ini. Atas hasrat yang sama, Kerajaan Negeri telah mengambil ketetapan mengisytiharkan tahun 2025 sebagai Tahun Melawat Kedah.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cBanyak yang boleh kita lakukan, antara yang paling penting adalah mempersiapkan diri untuk menjadi tuan rumah kepada tetamu-tetamu yang tentu sahaja berlainan latar kehidupannya. Siapa pun mereka, layanan kita seharusnya sama dan seharusnya yang terbaik,&#8221; katanya.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya sempena Program &#8216;Baling Bercahaya&#8217; Peringkat Daerah Baling Tahun 2024, Kedah Darul Aman di Persisiran Sungai Ketil, Jln Sharif Pekan Baling di sini, semalam.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Kesihatan Negeri, Mej (B) Mansor Zakaria; Pegawai Daerah Baling, Dato\u2019 Abdul Gafar Yahya; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato&#8217; Mohd Fauzi Mustafa; Ahli Parlimen Baling, Hassan Saad dan ADUN Kupang, Dato&#8217; Najmi Ahmad.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Dalam perkembangan sama, Salleh berkata daerah Baling kaya dengan produk dan aset pelancongan. la mewarisi keindahan alam semula jadi yang luar biasa, dan sedang melangkah ke hadapan bersama arus pembangunan yang pantas dan merangsangkan.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cTahniah saya ucapkan kepada Pegawai Daerah Baling merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Baling atas penganjuran Program Baling Bercahaya 2024 ini yang dianggap satu program yang menarik dan dapat mempamerkan bakat, kreativiti dan aspirasi komuniti Baling iaitu bumi yang tersohor dengan sejarah, sumber bumi yang indah dengan kesuburan dan kehijauannya.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cSaya yakin Program Baling Bercahaya 2024 ini akan dapat melonjakkan lagi nama daerah ini, sekali gus menarik kehadiran lebih ramai pengunjung yang tentu sahaja akan merancakkan aktiviti sosio-ekonomi apatah lagi dengan adanya Takwim Pelancongan Baling yang akan turut dilancarkan malam ini.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">&#8220;Besarlah harapan agar pancaran cahaya malam ini kekal berseri dengan hasrat untuk melihat program ini berjalan lancar dan menjadi pemangkin kepada program-program lain yang akan menyinari sektor pelancongan negeri Kedah,&#8221; ujarnya.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\"><span style=\"font-size: revert;\">Sumber : Facebook \u2013 Warta Kedah<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BALING (08 JANUARI 2024) &#8211; Kerajaan Negeri meletakkan sasaran yang tinggi bagi daerah-daerah di Kedah yang turut serta diperkayakan dan antara yang akan memperoleh laba daripada program Tahun Melawat Kedah (TMK2025). Bagi menjayakan sasaran itu adalah menjadi misi penting kerana selama ini pelancongan di Kedah lebih tertumpu atau dikaitkan dengan Pulau Langkawi, manakala tempat-tempat lain di seluruh Tanah Besar Negeri Kedah terlalu sedikit menerima tempiasnya. Mulai sekarang, di samping terus melonjakkan Langkawi, Kerajaan Negeri akan memastikan Baling, Yan, Kuala Muda, Pendang dan daerah-daerah lain akan turut berada dalam radar kunjungan pelancong. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Dan Keusahawanan Negeri, Dato&#8217; Mohd Salleh Saidin berkata sementara kerajaan berusaha mencapai matlamat itu melalui pelbagai kaedah yang telah dirancang, setinggi-tinggi harapan juga disandarkan kepada setiap rakyat Kedah di semua peringkat, daripada jabatan dan agensi, badan-badan swasta, pertubuhan-pertubuhan sukarela, penggerak komuniti, malah setiap individu untuk turut berganding bahu menterjemahkan impian tersebut kepada realiti. \u201cLangkah mengadakan Program Baling Bercahaya ini adalah sejajar denggan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjulang dan gemilangkan sektor pelancongan di bumi Jelapang Padi yang kita cintai ini. Atas hasrat yang sama, Kerajaan Negeri telah mengambil ketetapan mengisytiharkan tahun 2025 sebagai Tahun Melawat Kedah. \u201cBanyak yang boleh kita lakukan, antara yang paling penting adalah mempersiapkan diri untuk menjadi tuan rumah kepada tetamu-tetamu yang tentu sahaja berlainan latar kehidupannya. Siapa pun mereka, layanan kita seharusnya sama dan seharusnya yang terbaik,&#8221; katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya sempena Program &#8216;Baling Bercahaya&#8217; Peringkat Daerah Baling Tahun 2024, Kedah Darul Aman di Persisiran Sungai Ketil, Jln Sharif Pekan Baling di sini, semalam. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Kesihatan Negeri, Mej (B) Mansor Zakaria; Pegawai Daerah Baling, Dato\u2019 Abdul Gafar Yahya; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato&#8217; Mohd Fauzi Mustafa; Ahli Parlimen Baling, Hassan Saad dan ADUN Kupang, Dato&#8217; Najmi Ahmad. Dalam perkembangan sama, Salleh berkata daerah Baling kaya dengan produk dan aset pelancongan. la mewarisi keindahan alam semula jadi yang luar biasa, dan sedang melangkah ke hadapan bersama arus pembangunan yang pantas dan merangsangkan. \u201cTahniah saya ucapkan kepada Pegawai Daerah Baling merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Baling atas penganjuran Program Baling Bercahaya 2024 ini yang dianggap satu program yang menarik dan dapat mempamerkan bakat, kreativiti dan aspirasi komuniti Baling iaitu bumi yang tersohor dengan sejarah, sumber bumi yang indah dengan kesuburan dan kehijauannya. \u201cSaya yakin Program Baling Bercahaya 2024 ini akan dapat melonjakkan lagi nama daerah ini, sekali gus menarik kehadiran lebih ramai pengunjung yang tentu sahaja akan merancakkan aktiviti sosio-ekonomi apatah lagi dengan adanya Takwim Pelancongan Baling yang akan turut dilancarkan malam ini. &#8220;Besarlah harapan agar pancaran cahaya malam ini kekal berseri dengan hasrat untuk melihat program ini berjalan lancar dan menjadi pemangkin kepada program-program lain yang akan menyinari sektor pelancongan negeri Kedah,&#8221; ujarnya. Sumber : Facebook \u2013 Warta Kedah<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4279,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[],"class_list":["post-4278","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","item-inner"],"acf":[],"aioseo_notices":[],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Baling-1024x681-1.jpeg","jetpack_sharing_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4278","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4278"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4278\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4280,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4278\/revisions\/4280"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4279"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4278"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4278"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4278"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}