{"id":4281,"date":"2024-01-24T06:53:07","date_gmt":"2024-01-24T06:53:07","guid":{"rendered":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/?p=4281"},"modified":"2024-12-17T08:18:34","modified_gmt":"2024-12-17T08:18:34","slug":"kembalikan-kegemilangan-pekan-rabu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/2024\/01\/24\/kembalikan-kegemilangan-pekan-rabu\/","title":{"rendered":"KEMBALIKAN KEGEMILANGAN PEKAN RABU"},"content":{"rendered":"<p><a href=\"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/PEKAN-RABU-1.jpeg\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-4282\" src=\"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/PEKAN-RABU-1.jpeg\" alt=\"\" width=\"1000\" height=\"670\" srcset=\"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/PEKAN-RABU-1.jpeg 1000w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/PEKAN-RABU-1-300x201.jpeg 300w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/PEKAN-RABU-1-768x515.jpeg 768w\" sizes=\"(max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><\/a><\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">ALOR SETAR (23 JANUARI 2024) &#8211; Kerajaan negeri berhasrat mengembalikan kegemilangan Pekan Rabu menjelang Tahun Melawat Kedah 2025.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan negeri, Datuk Mohd Salleh Saidin berkata, kompleks perniagaan yang merupakan ikonik pelancongan Kedah akan ditambah baik bermula tahun ini untuk menyambut kunjungan pelancong.<\/p>\n<p class=\"p3\">Menurutnya, semua pihak terlibat diharapkan agar lebih agresif dalam mempromosikan Pekan Rabu menerusi pelbagai platform bagi \u2018menghidupkan\u2019 semula kompleks tersebut.<\/p>\n<p class=\"p3\">\u201cKita telah gariskan beberapa aspek yang perlu ditambah baik, teroka dimensi baharu serta giatkan promosi agar Pekan Rabu kembali menjadi lokasi popular dan sentiasa dikunjungi ramai, sama ada penduduk tempatan mahupun pelancong,\u201d katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Pekan Rabu bersama wakil Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Unit Pembangunan Usahawan Kedah (UPUK) serta Unit Pelancongan Negeri.<\/p>\n<p class=\"p3\">Beliau turut diberikan taklimat pengurusan oleh Pengerusi Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad, Mohamed Jalaluddin Mohd Nor.<\/p>\n<p class=\"p3\">\u201cPelbagai perkara dan cadangan dibincangkan untuk kita sama-sama mengangkat semula Kompleks Pekan Rabu yang juga salah satu ikonik pelancongan Kedah. Apa jua pembangunan dalam bandar raya Alor Setar tidak pernah kita sisihkan Pekan Rabu kerana ia sinonim dengan Kedah.\u201d<\/p>\n<p class=\"p3\">\u201cJika Kelantan popular dengan Pasar Khadijah, Terengganu dengan Pasar Payangnya, yang mana kedua-dua lokasi itu sering jadi tumpuan ramai, kenapa Pekan Rabu tak semeriah seperti di sana?<\/p>\n<p class=\"p3\">\u201cIni perlu difikirkan bersama semua pihak untuk cetuskan idea bagi mengangkat kembali kegemilangan Pekan Rabu,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p class=\"p3\">Mohd Salleh berkata, antara cadangan disyorkan termasuk melanjutkan tempoh operasi Pekan Rabu agar dapat dikunjungi pada waktu malam.<\/p>\n<p class=\"p3\">\u201cAda rungutan premis itu ditutup awal, menjelang tahun depan peniaga mungkin perlu lanjutkan masa sehingga 10 malam, saya percaya ia akan \u2018hidupkan\u2019 bandar Alor Setar. Sekiranya ada tarikan baharu, secara tak langsung akan menyusul pula aktiviti sampingan lain di persekitaran,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"p3\">Menurutnya, peniaga juga disyorkan agar menaik taraf pembungkusan produk seiring dengan imej Pekan Rabu.<\/p>\n<p class=\"p3\">\u201cSaya sarankan pembungkusan makanan tradisional seperti dodol dan baulu dilakukan penambahbaikan supaya lebih menarik untuk pasaran luar.<\/p>\n<p class=\"p3\">\u201cKoperasi juga disaran wujudkan beg plastik khas dengan logo Pekan Rabu untuk kegunaan peniaga, secara tidak langsung pembeli turut mempromosikan Pekan Rabu,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p class=\"p3\">Mohd Salleh berkata, pengurusan Pekan Rabu juga diminta menyumbang idea untuk menarik kunjungan antaranya dengan menganjurkan aktiviti atau acara dalam premis tersebut, selain memperindahkan dekorasi dalaman agar lebih ceria.<\/p>\n<p class=\"p3\">\u201cKita perlu hidupkan kembali Pekan Rabu seperti era kegemilangannya yang cukup popular dalam kalangan pelancong luar suatu ketika dahulu. Semua pihak harus mainkan peranan masing-masing agar Pekan Rabu yang menjadi kebanggaan negeri ini tidak \u2018tenggelam\u2019 dek usia.<\/p>\n<p class=\"p3\">\u201cPeranan Pekan Rabu cukup besar dalam sosio ekonomi orang Melayu, sebab itu kerajaan negeri tidak pernah pinggirkan Pekan Rabu dalam agenda pembangunan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p class=\"p3\">Menurutnya lagi, antara pembaharuan lain termasuk kelulusan membenarkan bas pelancong diparkir di kawasan lapang Dataran Balai Seni untuk mudahkan kehadiran pengunjung.<\/p>\n<p class=\"p3\">\u201cSemua pakej pelancongan dalam dan luar negara akan mempromosikan Pekan Rabu sebagai lokasi persinggahan dalam kempen Tahun Melawat Kedah 2025.<\/p>\n<p class=\"p3\">\u201cSemua agensi pelancongan perlu masukkan Pekan Rabu sebagai lokasi wajib singgah, sementara Tourism Kedah perlu uar-uarkan dalam setiap pembentangan promosi pelancongan,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"p3\">Jelasnya lagi, harga produk makanan dalam premis tersebut juga harus berpatutan kerana ia memainkan peranan menarik pengunjung.<\/p>\n<p class=\"p3\">\u201cAda aduan barangan dijual kini agak mahal, sebelum ini Pekan Rabu menjadi tarikan disebabkan harga murah.<\/p>\n<p class=\"p3\">\u201cJadi peranan peniaga amat diperlukan untuk selaraskan harga produk, selain peniaga sendiri disaran mempromosikan produk menerusi laman sosial seperti TikTok atau Facebook. Gunakan manfaat media sosial untuk tarik pengunjung,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"p3\">Mohd Salleh berharap peniaga bersedia bersama kerajaan negeri menjayakan Tahun Melawat Kedah 2025, selain dibantu MBAS menceriakan lanskap bandar raya Alor Setar dengan pelbagai aktiviti menarik.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\"><span style=\"font-size: revert;\">Sumber : Sinar Harian<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ALOR SETAR (23 JANUARI 2024) &#8211; Kerajaan negeri berhasrat mengembalikan kegemilangan Pekan Rabu menjelang Tahun Melawat Kedah 2025. Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan negeri, Datuk Mohd Salleh Saidin berkata, kompleks perniagaan yang merupakan ikonik pelancongan Kedah akan ditambah baik bermula tahun ini untuk menyambut kunjungan pelancong. Menurutnya, semua pihak terlibat diharapkan agar lebih agresif dalam mempromosikan Pekan Rabu menerusi pelbagai platform bagi \u2018menghidupkan\u2019 semula kompleks tersebut. \u201cKita telah gariskan beberapa aspek yang perlu ditambah baik, teroka dimensi baharu serta giatkan promosi agar Pekan Rabu kembali menjadi lokasi popular dan sentiasa dikunjungi ramai, sama ada penduduk tempatan mahupun pelancong,\u201d katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Pekan Rabu bersama wakil Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Unit Pembangunan Usahawan Kedah (UPUK) serta Unit Pelancongan Negeri. Beliau turut diberikan taklimat pengurusan oleh Pengerusi Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad, Mohamed Jalaluddin Mohd Nor. \u201cPelbagai perkara dan cadangan dibincangkan untuk kita sama-sama mengangkat semula Kompleks Pekan Rabu yang juga salah satu ikonik pelancongan Kedah. Apa jua pembangunan dalam bandar raya Alor Setar tidak pernah kita sisihkan Pekan Rabu kerana ia sinonim dengan Kedah.\u201d \u201cJika Kelantan popular dengan Pasar Khadijah, Terengganu dengan Pasar Payangnya, yang mana kedua-dua lokasi itu sering jadi tumpuan ramai, kenapa Pekan Rabu tak semeriah seperti di sana? \u201cIni perlu difikirkan bersama semua pihak untuk cetuskan idea bagi mengangkat kembali kegemilangan Pekan Rabu,\u201d jelasnya. Mohd Salleh berkata, antara cadangan disyorkan termasuk melanjutkan tempoh operasi Pekan Rabu agar dapat dikunjungi pada waktu malam. \u201cAda rungutan premis itu ditutup awal, menjelang tahun depan peniaga mungkin perlu lanjutkan masa sehingga 10 malam, saya percaya ia akan \u2018hidupkan\u2019 bandar Alor Setar. Sekiranya ada tarikan baharu, secara tak langsung akan menyusul pula aktiviti sampingan lain di persekitaran,\u201d katanya. Menurutnya, peniaga juga disyorkan agar menaik taraf pembungkusan produk seiring dengan imej Pekan Rabu. \u201cSaya sarankan pembungkusan makanan tradisional seperti dodol dan baulu dilakukan penambahbaikan supaya lebih menarik untuk pasaran luar. \u201cKoperasi juga disaran wujudkan beg plastik khas dengan logo Pekan Rabu untuk kegunaan peniaga, secara tidak langsung pembeli turut mempromosikan Pekan Rabu,\u201d jelasnya. Mohd Salleh berkata, pengurusan Pekan Rabu juga diminta menyumbang idea untuk menarik kunjungan antaranya dengan menganjurkan aktiviti atau acara dalam premis tersebut, selain memperindahkan dekorasi dalaman agar lebih ceria. \u201cKita perlu hidupkan kembali Pekan Rabu seperti era kegemilangannya yang cukup popular dalam kalangan pelancong luar suatu ketika dahulu. Semua pihak harus mainkan peranan masing-masing agar Pekan Rabu yang menjadi kebanggaan negeri ini tidak \u2018tenggelam\u2019 dek usia. \u201cPeranan Pekan Rabu cukup besar dalam sosio ekonomi orang Melayu, sebab itu kerajaan negeri tidak pernah pinggirkan Pekan Rabu dalam agenda pembangunan,\u201d ujarnya. Menurutnya lagi, antara pembaharuan lain termasuk kelulusan membenarkan bas pelancong diparkir di kawasan lapang Dataran Balai Seni untuk mudahkan kehadiran pengunjung. \u201cSemua pakej pelancongan dalam dan luar negara akan mempromosikan Pekan Rabu sebagai lokasi persinggahan dalam kempen Tahun Melawat Kedah 2025. \u201cSemua agensi pelancongan perlu masukkan Pekan Rabu sebagai lokasi wajib singgah, sementara Tourism Kedah perlu uar-uarkan dalam setiap pembentangan promosi pelancongan,\u201d katanya. Jelasnya lagi, harga produk makanan dalam premis tersebut juga harus berpatutan kerana ia memainkan peranan menarik pengunjung. \u201cAda aduan barangan dijual kini agak mahal, sebelum ini Pekan Rabu menjadi tarikan disebabkan harga murah. \u201cJadi peranan peniaga amat diperlukan untuk selaraskan harga produk, selain peniaga sendiri disaran mempromosikan produk menerusi laman sosial seperti TikTok atau Facebook. Gunakan manfaat media sosial untuk tarik pengunjung,\u201d katanya. Mohd Salleh berharap peniaga bersedia bersama kerajaan negeri menjayakan Tahun Melawat Kedah 2025, selain dibantu MBAS menceriakan lanskap bandar raya Alor Setar dengan pelbagai aktiviti menarik. Sumber : Sinar Harian<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4282,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[],"class_list":["post-4281","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","item-inner"],"acf":[],"aioseo_notices":[],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/PEKAN-RABU-1.jpeg","jetpack_sharing_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4281","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4281"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4281\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4283,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4281\/revisions\/4283"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4282"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4281"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4281"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4281"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}