{"id":4302,"date":"2024-03-05T06:43:41","date_gmt":"2024-03-05T06:43:41","guid":{"rendered":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/?p=4302"},"modified":"2024-12-18T03:20:21","modified_gmt":"2024-12-18T03:20:21","slug":"kerajaan-negeri-komited-tangani-masalah-keciciran-pembelajaran-pelajar-sekolah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/2024\/03\/05\/kerajaan-negeri-komited-tangani-masalah-keciciran-pembelajaran-pelajar-sekolah\/","title":{"rendered":"KERAJAAN NEGERI KOMITED TANGANI MASALAH KECICIRAN PEMBELAJARAN PELAJAR SEKOLAH"},"content":{"rendered":"<p><a href=\"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Keciciran-Pelajar.jpeg\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-4303\" src=\"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Keciciran-Pelajar.jpeg\" alt=\"\" width=\"1440\" height=\"958\" srcset=\"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Keciciran-Pelajar.jpeg 1440w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Keciciran-Pelajar-300x200.jpeg 300w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Keciciran-Pelajar-1024x681.jpeg 1024w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Keciciran-Pelajar-768x511.jpeg 768w\" sizes=\"(max-width: 1440px) 100vw, 1440px\" \/><\/a><\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">ALOR SETAR (05 MAC 2024) &#8211; Kerajaan Negeri Kedah akan memastikan anak-anak keluarga miskin tidak tercicir melalui tiga aspek iaitu ekosistem sekolah, jenis bantuan kewangan dan juga bimbingan keluarga selain tidak dilupakan bimbingan dan sokongan moral pihak keluarga. Kerjasama PIBG bersama para guru sentiasa dititikberatkan supaya sokongan keluarga berterusan bagi memastikan para pelajar terus berminat untuk menyambung pelajaran.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri, Mohd Azam Abd Samat berkata kerajaan telah mengarahkan semua sekolah rendah dan menengah dengan kerjasama guru Bimbingan dan Kaunseling untuk menjalankan aktiviti \u201cZiarah Cakna\u201d kepada semua murid yang tercicir dalam pelajaran. Melalui lawatan yang dibuat, diharap guru dapat mengumpul maklumat berkenaan keluarga murid dan mengenalpasti punca murid tercicir dalam pelajaran. Ziarah Cakna ini perlu dijalankan secara berkala dan berterusan sepanjang tahun.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cKerajaan telah mengambil inisiatif dengan memberi pendedahan kepada semua guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah rendah dan menengah dalam bengkel Training of Trainers (<span class=\"x3nfvp2 x1j61x8r x1fcty0u xdj266r xhhsvwb xat24cr xgzva0m xxymvpz xlup9mm x1kky2od\"><img decoding=\"async\" class=\"xz74otr\" src=\"https:\/\/static.xx.fbcdn.net\/images\/emoji.php\/v9\/t40\/1\/16\/1f62d.png\" alt=\"\ud83d\ude2d\" width=\"16\" height=\"16\" \/><\/span>) Modul Risiko Cicir. Modul ini boleh menjadi salah satu panduan dan rujukan oleh pihak pengurusan sekolah serta guru-guru dalam mengendalikan isu keciciran murid di sekolah mereka. Pelaksanaan <span class=\"x3nfvp2 x1j61x8r x1fcty0u xdj266r xhhsvwb xat24cr xgzva0m xxymvpz xlup9mm x1kky2od\"><img decoding=\"async\" class=\"xz74otr\" src=\"https:\/\/static.xx.fbcdn.net\/images\/emoji.php\/v9\/t40\/1\/16\/1f62d.png\" alt=\"\ud83d\ude2d\" width=\"16\" height=\"16\" \/><\/span> ini juga dapat merealisasikan hasrat untuk melihat isu keciciran murid dapat ditangani dengan kerjasama oleh semua pihak.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cMembentuk kumpulan kaunseling berfokus risiko cicir untuk sekolah-sekolah terpilih yang telah dikenal pasti. Tujuannya ialah untuk memudahkan interaksi dan menyampaikan segala maklumat yang berkaitan.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cSelain itu, Kerajaan Negeri juga bekerjasama dengan pihak Universiti Utara Malaysia melalui program Komitmen Kedah Mendidik Pelajar Sukses (KOMPas). Program ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan untuk membangunkan satu model dan sistem pengesanan awal pelajar berisiko tercicir dan intervensi yang bersesuaian. Program ini yang dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) telah membantu sekurang-kurangnya 180 orang pelajar dari pelbagai aspek supaya mereka tidak tercicir atau bakal tercicir dari ekosistem pembelajaran formal,&#8221; katanya.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan yang dibangkitkan oleh ADUN Pantai Merdeka, Shahrir Long dalam Persidangan Dewan Negeri Kedah, Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15 di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Dalam sesi pertanyaan mulut, Shahrir minta dinyatakan apakah tindakan kerajaan Negeri Kedah bagi memastikan anak-anak keluarga yang miskin menerima bantuan beras sejahtera tidak tercicir dalam bidang pembelajaran.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Dalam perkembangan sama, Mohd Azam berkata tiga projek telah dijalankan di bawah KOMPas bagi mengukuhkan program ini. Projek School Disengagement Model (SDM) dan School Disengagement Warning Index (SDI) bertujuan untuk mengurangkan masalah keciciran murid. Seterusnya, Penilaian Modul Integrated Communication Intervention (I-Move) untuk meningkatkan keberkesanan menangani masalah keciciran pelajar. Ketiga, Sistem Pengesanan Pintar Intelligent Prediction-Intervention-Support-Model (MyBuddy) bertujuan untuk pengesanan awal pelajar berisiko tinggi untuk tercicir.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cSelain itu, para guru turut membantu para pelajar untuk tidak terus tercicir. Sebagai contoh, Maahad Dini di Belantik, Sik yang mempunyai pelajar-pelajar dari kaum orang asli. Guru-guru mereka mengambil inisiatif tambahan untuk menjemput pelajar-pelajar dari kediaman mereka di perkampungan orang asli di Ulu Legong, Baling dengan niat untuk memastikan mereka pulang kembali ke asrama selepas bercuti bersama-sama keluarga.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cKerajaan turut menguatkuasakan surat peringatan ponteng sekolah melalui arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) bagi memastikan ibu bapa sedar akan perbuatan ponteng sekolah yang berlaku dalam kalangan anak jagaan mereka. Surat peringatan ponteng sekolah akan dikeluarkan sebanyak tiga kali sebelum tindakan hukuman mengikut Akta Pendidikan 1957 dikuatkuasakan,&#8221; tambahnya.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\"><span style=\"font-size: revert;\">Sumber : Warta Kedah<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ALOR SETAR (05 MAC 2024) &#8211; Kerajaan Negeri Kedah akan memastikan anak-anak keluarga miskin tidak tercicir melalui tiga aspek iaitu ekosistem sekolah, jenis bantuan kewangan dan juga bimbingan keluarga selain tidak dilupakan bimbingan dan sokongan moral pihak keluarga. Kerjasama PIBG bersama para guru sentiasa dititikberatkan supaya sokongan keluarga berterusan bagi memastikan para pelajar terus berminat untuk menyambung pelajaran. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri, Mohd Azam Abd Samat berkata kerajaan telah mengarahkan semua sekolah rendah dan menengah dengan kerjasama guru Bimbingan dan Kaunseling untuk menjalankan aktiviti \u201cZiarah Cakna\u201d kepada semua murid yang tercicir dalam pelajaran. Melalui lawatan yang dibuat, diharap guru dapat mengumpul maklumat berkenaan keluarga murid dan mengenalpasti punca murid tercicir dalam pelajaran. Ziarah Cakna ini perlu dijalankan secara berkala dan berterusan sepanjang tahun. \u201cKerajaan telah mengambil inisiatif dengan memberi pendedahan kepada semua guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah rendah dan menengah dalam bengkel Training of Trainers () Modul Risiko Cicir. Modul ini boleh menjadi salah satu panduan dan rujukan oleh pihak pengurusan sekolah serta guru-guru dalam mengendalikan isu keciciran murid di sekolah mereka. Pelaksanaan ini juga dapat merealisasikan hasrat untuk melihat isu keciciran murid dapat ditangani dengan kerjasama oleh semua pihak. \u201cMembentuk kumpulan kaunseling berfokus risiko cicir untuk sekolah-sekolah terpilih yang telah dikenal pasti. Tujuannya ialah untuk memudahkan interaksi dan menyampaikan segala maklumat yang berkaitan. \u201cSelain itu, Kerajaan Negeri juga bekerjasama dengan pihak Universiti Utara Malaysia melalui program Komitmen Kedah Mendidik Pelajar Sukses (KOMPas). Program ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan untuk membangunkan satu model dan sistem pengesanan awal pelajar berisiko tercicir dan intervensi yang bersesuaian. Program ini yang dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) telah membantu sekurang-kurangnya 180 orang pelajar dari pelbagai aspek supaya mereka tidak tercicir atau bakal tercicir dari ekosistem pembelajaran formal,&#8221; katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan yang dibangkitkan oleh ADUN Pantai Merdeka, Shahrir Long dalam Persidangan Dewan Negeri Kedah, Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-15 di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. Dalam sesi pertanyaan mulut, Shahrir minta dinyatakan apakah tindakan kerajaan Negeri Kedah bagi memastikan anak-anak keluarga yang miskin menerima bantuan beras sejahtera tidak tercicir dalam bidang pembelajaran. Dalam perkembangan sama, Mohd Azam berkata tiga projek telah dijalankan di bawah KOMPas bagi mengukuhkan program ini. Projek School Disengagement Model (SDM) dan School Disengagement Warning Index (SDI) bertujuan untuk mengurangkan masalah keciciran murid. Seterusnya, Penilaian Modul Integrated Communication Intervention (I-Move) untuk meningkatkan keberkesanan menangani masalah keciciran pelajar. Ketiga, Sistem Pengesanan Pintar Intelligent Prediction-Intervention-Support-Model (MyBuddy) bertujuan untuk pengesanan awal pelajar berisiko tinggi untuk tercicir. \u201cSelain itu, para guru turut membantu para pelajar untuk tidak terus tercicir. Sebagai contoh, Maahad Dini di Belantik, Sik yang mempunyai pelajar-pelajar dari kaum orang asli. Guru-guru mereka mengambil inisiatif tambahan untuk menjemput pelajar-pelajar dari kediaman mereka di perkampungan orang asli di Ulu Legong, Baling dengan niat untuk memastikan mereka pulang kembali ke asrama selepas bercuti bersama-sama keluarga. \u201cKerajaan turut menguatkuasakan surat peringatan ponteng sekolah melalui arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) bagi memastikan ibu bapa sedar akan perbuatan ponteng sekolah yang berlaku dalam kalangan anak jagaan mereka. Surat peringatan ponteng sekolah akan dikeluarkan sebanyak tiga kali sebelum tindakan hukuman mengikut Akta Pendidikan 1957 dikuatkuasakan,&#8221; tambahnya. Sumber : Warta Kedah<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4303,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[],"class_list":["post-4302","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","item-inner"],"acf":[],"aioseo_notices":[],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Keciciran-Pelajar.jpeg","jetpack_sharing_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4302","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4302"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4302\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4304,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4302\/revisions\/4304"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4303"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4302"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4302"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4302"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}