{"id":4335,"date":"2024-04-07T01:31:47","date_gmt":"2024-04-07T01:31:47","guid":{"rendered":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/?p=4335"},"modified":"2024-12-26T03:30:24","modified_gmt":"2024-12-26T03:30:24","slug":"transformasi-pendigitalan-lznk-bantu-meningkatkan-kutipan-zakat-negeri-kedah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/2024\/04\/07\/transformasi-pendigitalan-lznk-bantu-meningkatkan-kutipan-zakat-negeri-kedah\/","title":{"rendered":"TRANSFORMASI PENDIGITALAN LZNK BANTU MENINGKATKAN KUTIPAN ZAKAT NEGERI KEDAH"},"content":{"rendered":"<p><a href=\"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Wakalah-LZNK.jpeg\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-4336\" src=\"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Wakalah-LZNK.jpeg\" alt=\"\" width=\"2048\" height=\"1363\" srcset=\"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Wakalah-LZNK.jpeg 2048w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Wakalah-LZNK-300x200.jpeg 300w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Wakalah-LZNK-1024x682.jpeg 1024w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Wakalah-LZNK-768x511.jpeg 768w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Wakalah-LZNK-1536x1022.jpeg 1536w\" sizes=\"(max-width: 2048px) 100vw, 2048px\" \/><\/a><\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">ALOR SETAR (04 APRIL 2024) &#8211; Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat hadir, mencemar duli bagi menyempurnakan Majlis Agihan Zakat Bagi Tahun 2024 bersama Sultan Kedah di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Sultan Kedah berkenan menerima persembahan zakat perniagaan oleh dua buah syarikat korporat iaitu Petronas Chemicals Fertiliser Kedah Sdn. Bhd. berjumlah RM 11,157,473.14 dan E-Idaman Sdn. Bhd. berjumlah RM 1,099,943.15 manakala persembahan zakat pendapatan kakitangan daripada dua buah agensi tertinggi iaitu dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah berjumlah RM 36,716,627.92 dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah berjumlah RM 1,393,61 9.73.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Dalam pada itu, Tuanku juga turut berkenan mengurniakan Wakalah Agihan Zakat kepada empat agensi kerajaan dan swasta dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM16.84 juta iaitu melalui Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Petronas Chemicals Fertiliser Kedah Sdn. Bhd, Universiti Utara Malaysia dan Pejabat Kewangan Perbendaharaan Negeri Kedah.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Tuanku turut menyampaikan agihan zakat bagi tahun 2024 mengikut sektor asasi utama kepada wakil penerima iaitu Sektor-Sektor Makanan Dan Sara Hidup, Sektor Tempat Tinggal, Sektor Pendidikan, Sektor Kesihatan Dan Agihan Kepada PUSBA.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Sebelum mengakhiri majlis, Tuanku berkenan menyampaikan agihan zakat fitrah tahun 2024 kepada asnaf mengikut kategori iaitu fakir, miskin, muallaf dan fi sabilillah yang berjumlah RM12.65 juta kepada 12 orang wakil penerima.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato&#8217; Seri Norizan Khazali merangkap Pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) ketika menyembahkan ucapan aluannya berkata beliau berasa amat berbangga kerana terdapat syarikat-syarikat korporat dan agensi-agensi kerajaan yang memilih untuk menunaikan zakat mereka kepada LZNK.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cSejarah telah merekodkan pada tahun 2016, jumlah kutipan keseluruhan zakat di negeri Kedah pada ketika itu hanyalah sebanyak RM149.3 juta sahaja. Namun bermula dari pemerintahan Tuanku pada tahun 2017 sehingga tahun 2023, satu peningkatan yang amat ketara telah berjaya dicapai hanya dalam tempoh tujuh tahun sahaja apabila LZNK berjaya mencapai prestasi kutipan zakat sebanyak RM277 juta pada tahun 2023, yang menyaksikan peningkatan kutipan zakat hampir 100 peratus iaitu sebanyak RM127.7 juta melebihi kutipan zakat pada tahun 2016.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cSelain itu, bermula tahun 2018 juga LZNK juga telah memulakan langkah ke arah transformasi pendigitalan dalam setiap operasi dan urus tadbir berkaitan zakat bagi menyokong hasrat serta dasar Kerajaan Negeri yang kini bergerak ke arah \u201cKedah Cashless\u201d.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cDaripada jumlah keseluruhan RM277 juta zakat yang telah ditunaikan oleh sekalian rakyat pada tahun 2023, lebih 74 peratus daripada jumlah tersebut iaitu sebanyak RM206 juta telah ditunaikan secara cashless kepada LZNK.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cManakala bermula tahun ini, seramai 2,707 orang amil yang dilantik LZNK di seluruh negeri juga telah menggunakan kaedah digital sepenuhnya bagi menerima pembayaran zakat, dan semua resit tidak lagi akan dicetak secara manual, bahkan akan dihantar terus kepada para pembayar zakat melalui SMS,&#8221; katanya.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Beliau berkata demikian dalam sembah ucapan aluan di Majlis Agihan Zakat Bagi Tahun 2024 bersama Tuanku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri, Mohd Azam Abd Samat; Mufti Negeri Kedah merangkap Ahli Lembaga Zakat Negeri Kedah, Dato\u2019 Paduka Syeikh Fadzil Awang dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Dato\u2019 Syeikh Zakaria Othman.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Dalam perkembangan sama, Norizan berkata data-data ini menunjukkan bahawa usaha transformasi digital yang dilaksanakan oleh LZNK sepanjang tempoh tujuh tahun telah menunjukkan kesan positif bagi memastikan negeri Kedah bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dalam arus kemodenan dunia.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cAlhamdulillah, hasil daripada kecemerlangan transformasi serta inovasi yang ditunjukkan oleh LZNK dalam tempoh yang singkat ini, ianya telah berjaya mendapat beberapa pengiktirafan dan anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,&#8221; ujarnya.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\"><span style=\"font-size: revert;\">Sumber : Warta Kedah<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ALOR SETAR (04 APRIL 2024) &#8211; Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan berangkat hadir, mencemar duli bagi menyempurnakan Majlis Agihan Zakat Bagi Tahun 2024 bersama Sultan Kedah di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. Sultan Kedah berkenan menerima persembahan zakat perniagaan oleh dua buah syarikat korporat iaitu Petronas Chemicals Fertiliser Kedah Sdn. Bhd. berjumlah RM 11,157,473.14 dan E-Idaman Sdn. Bhd. berjumlah RM 1,099,943.15 manakala persembahan zakat pendapatan kakitangan daripada dua buah agensi tertinggi iaitu dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah berjumlah RM 36,716,627.92 dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah berjumlah RM 1,393,61 9.73. Dalam pada itu, Tuanku juga turut berkenan mengurniakan Wakalah Agihan Zakat kepada empat agensi kerajaan dan swasta dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM16.84 juta iaitu melalui Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Petronas Chemicals Fertiliser Kedah Sdn. Bhd, Universiti Utara Malaysia dan Pejabat Kewangan Perbendaharaan Negeri Kedah. Tuanku turut menyampaikan agihan zakat bagi tahun 2024 mengikut sektor asasi utama kepada wakil penerima iaitu Sektor-Sektor Makanan Dan Sara Hidup, Sektor Tempat Tinggal, Sektor Pendidikan, Sektor Kesihatan Dan Agihan Kepada PUSBA. Sebelum mengakhiri majlis, Tuanku berkenan menyampaikan agihan zakat fitrah tahun 2024 kepada asnaf mengikut kategori iaitu fakir, miskin, muallaf dan fi sabilillah yang berjumlah RM12.65 juta kepada 12 orang wakil penerima. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato&#8217; Seri Norizan Khazali merangkap Pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) ketika menyembahkan ucapan aluannya berkata beliau berasa amat berbangga kerana terdapat syarikat-syarikat korporat dan agensi-agensi kerajaan yang memilih untuk menunaikan zakat mereka kepada LZNK. \u201cSejarah telah merekodkan pada tahun 2016, jumlah kutipan keseluruhan zakat di negeri Kedah pada ketika itu hanyalah sebanyak RM149.3 juta sahaja. Namun bermula dari pemerintahan Tuanku pada tahun 2017 sehingga tahun 2023, satu peningkatan yang amat ketara telah berjaya dicapai hanya dalam tempoh tujuh tahun sahaja apabila LZNK berjaya mencapai prestasi kutipan zakat sebanyak RM277 juta pada tahun 2023, yang menyaksikan peningkatan kutipan zakat hampir 100 peratus iaitu sebanyak RM127.7 juta melebihi kutipan zakat pada tahun 2016. \u201cSelain itu, bermula tahun 2018 juga LZNK juga telah memulakan langkah ke arah transformasi pendigitalan dalam setiap operasi dan urus tadbir berkaitan zakat bagi menyokong hasrat serta dasar Kerajaan Negeri yang kini bergerak ke arah \u201cKedah Cashless\u201d. \u201cDaripada jumlah keseluruhan RM277 juta zakat yang telah ditunaikan oleh sekalian rakyat pada tahun 2023, lebih 74 peratus daripada jumlah tersebut iaitu sebanyak RM206 juta telah ditunaikan secara cashless kepada LZNK. \u201cManakala bermula tahun ini, seramai 2,707 orang amil yang dilantik LZNK di seluruh negeri juga telah menggunakan kaedah digital sepenuhnya bagi menerima pembayaran zakat, dan semua resit tidak lagi akan dicetak secara manual, bahkan akan dihantar terus kepada para pembayar zakat melalui SMS,&#8221; katanya. Beliau berkata demikian dalam sembah ucapan aluan di Majlis Agihan Zakat Bagi Tahun 2024 bersama Tuanku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri, Mohd Azam Abd Samat; Mufti Negeri Kedah merangkap Ahli Lembaga Zakat Negeri Kedah, Dato\u2019 Paduka Syeikh Fadzil Awang dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Dato\u2019 Syeikh Zakaria Othman. Dalam perkembangan sama, Norizan berkata data-data ini menunjukkan bahawa usaha transformasi digital yang dilaksanakan oleh LZNK sepanjang tempoh tujuh tahun telah menunjukkan kesan positif bagi memastikan negeri Kedah bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dalam arus kemodenan dunia. \u201cAlhamdulillah, hasil daripada kecemerlangan transformasi serta inovasi yang ditunjukkan oleh LZNK dalam tempoh yang singkat ini, ianya telah berjaya mendapat beberapa pengiktirafan dan anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,&#8221; ujarnya. Sumber : Warta Kedah<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4336,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[],"class_list":["post-4335","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","item-inner"],"acf":[],"aioseo_notices":[],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Wakalah-LZNK.jpeg","jetpack_sharing_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4335","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4335"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4335\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4337,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4335\/revisions\/4337"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4336"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4335"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4335"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4335"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}