{"id":4359,"date":"2024-05-12T01:18:08","date_gmt":"2024-05-12T01:18:08","guid":{"rendered":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/?p=4359"},"modified":"2024-12-30T07:52:17","modified_gmt":"2024-12-30T07:52:17","slug":"terus-komited-mendalami-budaya-al-quran-bukan-sekadar-retorik-sahaja","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/2024\/05\/12\/terus-komited-mendalami-budaya-al-quran-bukan-sekadar-retorik-sahaja\/","title":{"rendered":"TERUS KOMITED MENDALAMI BUDAYA AL-QURAN BUKAN SEKADAR RETORIK SAHAJA"},"content":{"rendered":"<p><a href=\"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Hayati-AlQuran.jpeg\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-4360\" src=\"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Hayati-AlQuran.jpeg\" alt=\"\" width=\"2048\" height=\"1363\" srcset=\"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Hayati-AlQuran.jpeg 2048w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Hayati-AlQuran-300x200.jpeg 300w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Hayati-AlQuran-1024x682.jpeg 1024w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Hayati-AlQuran-768x511.jpeg 768w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Hayati-AlQuran-1536x1022.jpeg 1536w\" sizes=\"(max-width: 2048px) 100vw, 2048px\" \/><\/a><\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">ALOR SETAR (11 MEI 2024) &#8211; Umat Islam di negeri ini diseru supaya menjadikan Al Quran juga hadis-hadis Nabi SAW serta qias para ulamak sebagai satu budaya dalam kehidupan. Membudayakan Al Quran bukan sekadar memperbanyak bacaan atau hafalan, tetapi lebih kepada menghayati dan mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya. Ini satu keperluan spiritual yang mengharuskan kita untuk selalu merenungkan makna ayat-ayatNya dan mengaplikasikannya dalam tindakan kita sehari-hari.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Menteri Besar Kedah, Dato\u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata Usaha membudayakan Al-Quran dalam masyarakat haruslah dilakukan dengan komited dan berterusan demi mendapatkan panduan, bimbingan serta manfaat daripadanya. Hal ini sangat penting bagi diri kita sebagai seorang muslim yang sejati bagi membentuk keperibadian serta sahsiah yang baik.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cSebagai hamba Allah, yang tertakluk pada setiap hukum-hakam ditetapkan Allah, maka tak dapat tidak kita perlu jadikan ajaran Al Quran sebagai \u2018<em>way of life<\/em>\u2019 atau jalan hidup. Sudah pasti, untuk mencapai tingkat penghayatan yang mendalam, memerlukan kesabaran, ketekunan, dan keikhlasan. Kita perlu meluangkan waktu untuk merenungkan ayat-ayat Al-Quran, memperdalam pemahaman kita tentang ajarannya, dan berusaha sebaik mungkin untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan kita.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cMenjadikan Al-Quran sebagai teman akrab kita setiap hari tidak boleh sekadar retorik tetapi komitmen untuk dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Kita juga perlu merujuk kepada Al-Quran dalam setiap keputusan yang kita ambil, dalam setiap tindakan yang kita lakukan dan dalam setiap hubungan yang kita jalin.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cSetiap permasalahan kehidupan dapat kita atasi dengan menghayati Al Quran sebagai rujukan. Ia memberikan kita panduan daripada seringan-ringan perkara mahu memasuki tandas umpamanya hinggalah mentadbir negara dan umat.\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Beliau berkata demikian dalam ucapan Perasmian Penutup Sempena Festival Al Quran Peringkat Negeri Kedah 2024 di Stadium Sultan Abdul Halim (SSAH) di sini hari ini.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri, Mohd Azam Abd Samat; Ahli Parlimen Pokok Sena selaku Pengasas Yayasan Kedah Sejahtera; Pengerusi Yayasan Islam Negeri Kedah, Mummad Rozi Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Islam Negeri Kedah,Syarifah Nor Ashikah Syed Mohammad.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Dalam perkembangan yang sama Sanusi berkata Al Quran adalah kalamullah, daripada Yang Maha Mencipta diturunkan kepada kita yang tidak tahu apa-apa. Demikian kita memahami fungsi Al Quran dalam kehidupan kita tetapi dalam hidup kita sehari-hari, sejauh mana kita menghayati seruan ini dan adakah membaca Al Quran menjadi amalan kita setiap hari dan mentadabbur akan makna pesananNya.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cSaya tidak mahu mengungkit cerita-cerita negatif mengenai sikap masyarakat terhadap Al Quran walaupun kita tahu, mutakhir ini banyak berlaku kejadian kitab suci ini dihina. Islamophobia menyebabkan Al Quran dibakar secara terbuka, tanpa sebarang rasa takut. Ini mungkin kerana sikap orang Islam sendiri pada zaman ini yang terlalu mementingkan diri dan sudah tidak ada keberanian atau kesedaran untuk mempertahankan sesuatu yang berkaitan dengan agama. Malah dalam sesetengah kejadian, orang yang berlatar belakang Islam sendiri pun ada yang tergamak menghina Al Quran.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cFestival Al Quran merupakan salah satu usaha pemimpin Kerajaan negeri bagi membuka hati masyarakat terhadap keindahan dan kepentingan Al Quran dalam hidup kita. Semoga usaha ini akan melahirkan minat anak-anak muda terutamanya untuk menghayati Al Quran. Semoga kita semua menjadi para penyambung generasi qurra\u2019 pada masa akan datang.\u201d tambahnya.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\"><span style=\"font-size: revert;\">Sumber : Warta Kedah<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ALOR SETAR (11 MEI 2024) &#8211; Umat Islam di negeri ini diseru supaya menjadikan Al Quran juga hadis-hadis Nabi SAW serta qias para ulamak sebagai satu budaya dalam kehidupan. Membudayakan Al Quran bukan sekadar memperbanyak bacaan atau hafalan, tetapi lebih kepada menghayati dan mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung di dalamnya. Ini satu keperluan spiritual yang mengharuskan kita untuk selalu merenungkan makna ayat-ayatNya dan mengaplikasikannya dalam tindakan kita sehari-hari. Menteri Besar Kedah, Dato\u2019 Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata Usaha membudayakan Al-Quran dalam masyarakat haruslah dilakukan dengan komited dan berterusan demi mendapatkan panduan, bimbingan serta manfaat daripadanya. Hal ini sangat penting bagi diri kita sebagai seorang muslim yang sejati bagi membentuk keperibadian serta sahsiah yang baik. \u201cSebagai hamba Allah, yang tertakluk pada setiap hukum-hakam ditetapkan Allah, maka tak dapat tidak kita perlu jadikan ajaran Al Quran sebagai \u2018way of life\u2019 atau jalan hidup. Sudah pasti, untuk mencapai tingkat penghayatan yang mendalam, memerlukan kesabaran, ketekunan, dan keikhlasan. Kita perlu meluangkan waktu untuk merenungkan ayat-ayat Al-Quran, memperdalam pemahaman kita tentang ajarannya, dan berusaha sebaik mungkin untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan kita. \u201cMenjadikan Al-Quran sebagai teman akrab kita setiap hari tidak boleh sekadar retorik tetapi komitmen untuk dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Kita juga perlu merujuk kepada Al-Quran dalam setiap keputusan yang kita ambil, dalam setiap tindakan yang kita lakukan dan dalam setiap hubungan yang kita jalin. \u201cSetiap permasalahan kehidupan dapat kita atasi dengan menghayati Al Quran sebagai rujukan. Ia memberikan kita panduan daripada seringan-ringan perkara mahu memasuki tandas umpamanya hinggalah mentadbir negara dan umat.\u201d katanya. Beliau berkata demikian dalam ucapan Perasmian Penutup Sempena Festival Al Quran Peringkat Negeri Kedah 2024 di Stadium Sultan Abdul Halim (SSAH) di sini hari ini. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri, Mohd Azam Abd Samat; Ahli Parlimen Pokok Sena selaku Pengasas Yayasan Kedah Sejahtera; Pengerusi Yayasan Islam Negeri Kedah, Mummad Rozi Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Islam Negeri Kedah,Syarifah Nor Ashikah Syed Mohammad. Dalam perkembangan yang sama Sanusi berkata Al Quran adalah kalamullah, daripada Yang Maha Mencipta diturunkan kepada kita yang tidak tahu apa-apa. Demikian kita memahami fungsi Al Quran dalam kehidupan kita tetapi dalam hidup kita sehari-hari, sejauh mana kita menghayati seruan ini dan adakah membaca Al Quran menjadi amalan kita setiap hari dan mentadabbur akan makna pesananNya. \u201cSaya tidak mahu mengungkit cerita-cerita negatif mengenai sikap masyarakat terhadap Al Quran walaupun kita tahu, mutakhir ini banyak berlaku kejadian kitab suci ini dihina. Islamophobia menyebabkan Al Quran dibakar secara terbuka, tanpa sebarang rasa takut. Ini mungkin kerana sikap orang Islam sendiri pada zaman ini yang terlalu mementingkan diri dan sudah tidak ada keberanian atau kesedaran untuk mempertahankan sesuatu yang berkaitan dengan agama. Malah dalam sesetengah kejadian, orang yang berlatar belakang Islam sendiri pun ada yang tergamak menghina Al Quran. \u201cFestival Al Quran merupakan salah satu usaha pemimpin Kerajaan negeri bagi membuka hati masyarakat terhadap keindahan dan kepentingan Al Quran dalam hidup kita. Semoga usaha ini akan melahirkan minat anak-anak muda terutamanya untuk menghayati Al Quran. Semoga kita semua menjadi para penyambung generasi qurra\u2019 pada masa akan datang.\u201d tambahnya. Sumber : Warta Kedah<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4360,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[],"class_list":["post-4359","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","item-inner"],"acf":[],"aioseo_notices":[],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/Hayati-AlQuran.jpeg","jetpack_sharing_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4359","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4359"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4359\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4361,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4359\/revisions\/4361"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4360"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4359"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4359"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4359"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}