{"id":4411,"date":"2024-11-10T02:38:37","date_gmt":"2024-11-10T02:38:37","guid":{"rendered":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/?p=4411"},"modified":"2025-01-02T02:10:05","modified_gmt":"2025-01-02T02:10:05","slug":"kerajaan-negeri-pertimbang-beri-hakmilik-tanah-kepada-persekutuan-bangunkan-pusat-pelancongan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/2024\/11\/10\/kerajaan-negeri-pertimbang-beri-hakmilik-tanah-kepada-persekutuan-bangunkan-pusat-pelancongan\/","title":{"rendered":"KERAJAAN NEGERI PERTIMBANG BERI HAKMILIK TANAH KEPADA PERSEKUTUAN BANGUNKAN PUSAT PELANCONGAN"},"content":{"rendered":"<p><a href=\"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/Tanah-Pelancongan.jpg\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-4412\" src=\"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/Tanah-Pelancongan.jpg\" alt=\"\" width=\"2048\" height=\"1363\" srcset=\"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/Tanah-Pelancongan.jpg 2048w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/Tanah-Pelancongan-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/Tanah-Pelancongan-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/Tanah-Pelancongan-768x511.jpg 768w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/Tanah-Pelancongan-1536x1022.jpg 1536w\" sizes=\"(max-width: 2048px) 100vw, 2048px\" \/><\/a><\/p>\r\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">SUNGAI PETANI (07 November 2024) &#8211; Kerajaan Negeri sedang mempertimbang akan meluluskan permohonan Pejabat Lembangan Sungai Muda (PLSM) kepada Kerajaan Persekutuan bagi memindah milik sebuah pulau berkeluasan enam ekar (2.1 hektar) yang terdapat di perairan Sungai Muda dalam Daerah Kuala Muda supaya diberi peruntukan untuk dibangunkan sebagai sebuah pusat pelancongan.<\/p>\r\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Menteri Besar Kedah, Dato\u2019 Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata tinjauan dan lawatan yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri mendapati pulau tersebut amat cantik dan sesuai dijadikan pusat pelancongan sebagai tarikan kepada pelancong dalam dan luar negara ditambah pula dengan keindahan persisiran Sungai Muda dengan kehijauan tumbuhan-tumbuhannya.<\/p>\r\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cPagi tadi saya bersama Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah mengadakan lawatan ke Lembangan Sungai Muda dimana terdapat sebuah pulau berhampiran baraj lembangan Sungai Muda dan di sebelahnya pula adalah baraj Rantau Panjang, Pulau Pinang. Pulau tersebut berada berhampiran dengan Pulau Pinang dan ianya milik Negeri Negeri Kedah.<\/p>\r\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cOleh itu, pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada hari ini sedang mempertimbangkan permohonan oleh PLSM agar diberi hakmilik kepada Kerajaan Persekutuan terhadap pulau tersebut setelah mendapat sedikit taklimat oleh Pengarah Pejabat Lembangan Sungai Muda (PLSM) pagi tadi.<\/p>\r\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cKerajaan Negeri mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah meluluskan peruntukan sebanyak RM7 juta untuk membaiki kerosakan enjin pengangkat pintu baraj yang mana telah mengalami kerosakan pada tahun lepas sehingga menyebabkan berlaku penyusutan air secara mendadak dan menyebabkan beberapa daerah di Kedah dan Pulau Pinang menghadapi masalah bekalan air mentah.<\/p>\r\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cBerikutan daripada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui PLSM telah memohon peruntukan dari Kerajaan Persekutuan dan telah mendapat kelulusan serta telah menggantikan dan membaiki enjin 14 pintu baraj tersebut dengan kos RM7 juta.<\/p>\r\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cKerajaan Negeri mempertimbangkan untuk memberikan pemilikan pulau tersebut samada dilepaskan terus atau dikekalkan sebagai hakmilik Kedah tetapi diberi kebenaran kepada Kerajaan Persekutuan untuk digunakan kerana Kerajaan Persekutuan mempunyai dasar baharu dengan cara memberi peruntukan kepada negeri untuk dibangunkan.<\/p>\r\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cTanah pulau tersebut amat unik dan strategik kerana betul-betul berada di tengah-tengah sempadan Kedah-Pulau Pinang, oleh itu adalah lebih baik dibuat pertimbangan yang munasabah,&#8221; katanya.<\/p>\r\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Pejabat Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) di sini, hari ini.<\/p>\r\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato\u2019 Seri Norizan Khazali; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air Dan Alam Sekitar Negeri, Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria dan Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia Dan Sukan Negeri, Muhammad Radhi Mat Din.<\/p>\r\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Dalam perkembangan sama, Sanusi berkata pihaknya tiada ketegahan kepada Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan pulau tersebut kerana PLSM yang berhasrat selain dari dijadikan sebagai pusat rekreasi ianya juga boleh dijadikan sebagai pusat pentadbiran dan insfratruktur berkaitan Lembangan Sungai yang perlu kepada pemilikan yang mempunyai geran hak milik untuk mendapatkan peruntukan.<\/p>\r\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cSebenarkan atas dasar baharu Kerajaan Persekutuan, tidak perlu kepada pemilikan sebaliknya boleh digunakan, tanpa perlu premium, tidak perlu bayar cukai beri saja peruntukan supaya dapat diuruskan kerana ianya akan menjadi aset juga samada kepada Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan. Tanah itu tidak akan hilang kerana ianya tidak boleh dijual kerana Kerajaan Persekutuan yang bangunkan. Saya amat mengalu-alukan apa-apa agensi yang terbabit supaya memberi peruntukan kepada PLSM untuk membangunkan tanah tersebut,&#8221; ujarnya.<\/p>\r\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Sumber Berita : Warta Kedah<\/p>\r\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SUNGAI PETANI (07 November 2024) &#8211; Kerajaan Negeri sedang mempertimbang akan meluluskan permohonan Pejabat Lembangan Sungai Muda (PLSM) kepada Kerajaan Persekutuan bagi memindah milik sebuah pulau berkeluasan enam ekar (2.1 hektar) yang terdapat di perairan Sungai Muda dalam Daerah Kuala Muda supaya diberi peruntukan untuk dibangunkan sebagai sebuah pusat pelancongan. Menteri Besar Kedah, Dato\u2019 Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata tinjauan dan lawatan yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri mendapati pulau tersebut amat cantik dan sesuai dijadikan pusat pelancongan sebagai tarikan kepada pelancong dalam dan luar negara ditambah pula dengan keindahan persisiran Sungai Muda dengan kehijauan tumbuhan-tumbuhannya. \u201cPagi tadi saya bersama Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah mengadakan lawatan ke Lembangan Sungai Muda dimana terdapat sebuah pulau berhampiran baraj lembangan Sungai Muda dan di sebelahnya pula adalah baraj Rantau Panjang, Pulau Pinang. Pulau tersebut berada berhampiran dengan Pulau Pinang dan ianya milik Negeri Negeri Kedah. \u201cOleh itu, pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada hari ini sedang mempertimbangkan permohonan oleh PLSM agar diberi hakmilik kepada Kerajaan Persekutuan terhadap pulau tersebut setelah mendapat sedikit taklimat oleh Pengarah Pejabat Lembangan Sungai Muda (PLSM) pagi tadi. \u201cKerajaan Negeri mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah meluluskan peruntukan sebanyak RM7 juta untuk membaiki kerosakan enjin pengangkat pintu baraj yang mana telah mengalami kerosakan pada tahun lepas sehingga menyebabkan berlaku penyusutan air secara mendadak dan menyebabkan beberapa daerah di Kedah dan Pulau Pinang menghadapi masalah bekalan air mentah. \u201cBerikutan daripada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui PLSM telah memohon peruntukan dari Kerajaan Persekutuan dan telah mendapat kelulusan serta telah menggantikan dan membaiki enjin 14 pintu baraj tersebut dengan kos RM7 juta. \u201cKerajaan Negeri mempertimbangkan untuk memberikan pemilikan pulau tersebut samada dilepaskan terus atau dikekalkan sebagai hakmilik Kedah tetapi diberi kebenaran kepada Kerajaan Persekutuan untuk digunakan kerana Kerajaan Persekutuan mempunyai dasar baharu dengan cara memberi peruntukan kepada negeri untuk dibangunkan. \u201cTanah pulau tersebut amat unik dan strategik kerana betul-betul berada di tengah-tengah sempadan Kedah-Pulau Pinang, oleh itu adalah lebih baik dibuat pertimbangan yang munasabah,&#8221; katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Pejabat Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) di sini, hari ini. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato\u2019 Seri Norizan Khazali; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air Dan Alam Sekitar Negeri, Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria dan Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia Dan Sukan Negeri, Muhammad Radhi Mat Din. Dalam perkembangan sama, Sanusi berkata pihaknya tiada ketegahan kepada Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan pulau tersebut kerana PLSM yang berhasrat selain dari dijadikan sebagai pusat rekreasi ianya juga boleh dijadikan sebagai pusat pentadbiran dan insfratruktur berkaitan Lembangan Sungai yang perlu kepada pemilikan yang mempunyai geran hak milik untuk mendapatkan peruntukan. \u201cSebenarkan atas dasar baharu Kerajaan Persekutuan, tidak perlu kepada pemilikan sebaliknya boleh digunakan, tanpa perlu premium, tidak perlu bayar cukai beri saja peruntukan supaya dapat diuruskan kerana ianya akan menjadi aset juga samada kepada Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan. Tanah itu tidak akan hilang kerana ianya tidak boleh dijual kerana Kerajaan Persekutuan yang bangunkan. Saya amat mengalu-alukan apa-apa agensi yang terbabit supaya memberi peruntukan kepada PLSM untuk membangunkan tanah tersebut,&#8221; ujarnya. Sumber Berita : Warta Kedah<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4412,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[],"class_list":["post-4411","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","item-inner"],"acf":[],"aioseo_notices":[],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/Tanah-Pelancongan.jpg","jetpack_sharing_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4411","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4411"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4411\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4414,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4411\/revisions\/4414"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4412"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4411"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4411"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4411"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}