{"id":4422,"date":"2024-11-25T07:29:02","date_gmt":"2024-11-25T07:29:02","guid":{"rendered":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/?p=4422"},"modified":"2025-01-02T02:20:57","modified_gmt":"2025-01-02T02:20:57","slug":"pelbagai-inisiatif-dilaksana-kerajaan-negeri-bagi-memperkasa-sekolah-agamapondok-dan-tahfiz","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/2024\/11\/25\/pelbagai-inisiatif-dilaksana-kerajaan-negeri-bagi-memperkasa-sekolah-agamapondok-dan-tahfiz\/","title":{"rendered":"PELBAGAI INISIATIF DILAKSANA KERAJAAN NEGERI BAGI MEMPERKASA SEKOLAH AGAMA,PONDOK DAN TAHFIZ"},"content":{"rendered":"<p><a href=\"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/tahfiz-inisiatif.jpg\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-4423\" src=\"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/tahfiz-inisiatif.jpg\" alt=\"\" width=\"1440\" height=\"958\" srcset=\"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/tahfiz-inisiatif.jpg 1440w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/tahfiz-inisiatif-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/tahfiz-inisiatif-1024x681.jpg 1024w, https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/tahfiz-inisiatif-768x511.jpg 768w\" sizes=\"(max-width: 1440px) 100vw, 1440px\" \/><\/a><\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">ALOR SETAR (25 November 2024) &#8211; Pelbagai langkah telah diambil kerajaan bagi memperkasa Sekolah Agama dan Pondok di seluruh Negeri Kedah. Jabatan Hal Ehwal Agama lslam Negeri Kedah (JHEAIK) telah mengambil beberapa langkah dalam memperkasakan sekolah agama dan pondok seperti bantuan operasi, bantuan peralatan pembelajaran, semakan semula kurikulum pondok dan tahfiz, kursus pengurusan pentadbiran dan kewangan kepada pentadbir sekolah dan program transformasi pendigitalan sekolah.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri, Dato&#8217; Mohd Azam Abd Samat berkata beberapa langkah turut diambil oleh Lembaga Maktab Mahmud. Pertama, pihak lembaga telah menyediakan dana pendidikan yang bersesuaian dengan keperluan semasa. Kedua, kurikulum yang dilaksanakan juga selari dengan kurikulum pendidikan kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ketiga, memperkasakan kepimpinan sekolah yang berkesan. Keempat, menyediakan guru yang berkelayakan dan berdedikasi dan inovatif serta persekitaran sekolah yang kondusif.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cSelain itu, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) juga turut membantu memperkasa Sekolah Agama dan Pondok di Negeri Kedah serta mengagihkan zakat kepada Institusi Pendidikan Agama Negeri Kedah termasuk Pondok seluruh Negeri Kedah bagi tahun 2024.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cAntara Skim Agihan Zakat termasuk Skim Tajaan Pendidikan Sekolah Menengah di Sekolah Menengah Agama Rakyat, Agihan Kewangan Guru dan Kakitangan Sekolah Agama Rakyat, Agihan Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah Agama Rakyat Negeri Kedah, Agihan Guru Pondok Negeri Kedah (Tokoh Agamawan) dan Agihan Pelajar Pondok.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cManakala sasaran Asnaf Fakir adalah dari Tingkatan satu hingga enam yang melanjutkan pengajian di 31 Buah Sekolah Agama Rakyat tajaan LZNK, Guru dan Kakitangan yang memenuhi syarat kelayakan sedang berkhidmat di Maahad Tahfiz\/Pondok\/Sekolah Menengah Agama dan Sekolah Rendah Agama di Negeri Kedah,&#8221; katanya.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Beliau berkata demikian bagi menjawap pertanyaan lisan oleh ADUN Bukit Lada, Salim Mahmood berkenaan langkah kerajaan dalam memperkasa sekolah agama dan pondok di seluruh Negeri Kedah dan langkah kerajaan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik di Negeri Kedah sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke-15 (Mesyuarat Bajet) di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Aman di sini, hari ini.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">Dalam perkembangan sama, Azam turut menjelaskan bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik di Negeri Kedah, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah mengambil beberapa langkah termasuk mengadakan Diskusi Profesional Akademik (DPA) kepada Sekolah Fokus Negeri Kedah. DPA dilaksanakan secara berkala iaitu selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan bagi memastikan kecemerlangan dan peningkatan yang berterusan dalam kualiti setiap mata pelajaran.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cDPA Fasa 1 telah dilaksanakan pada 21 April hingga 5 Mei 2024 (keputusan Peperiksaan Akhir Sesi Akademik Tingkatan 4 tahun 2023). DPA Fasa 2 adalah pada 28 Julai hingga 15 Ogos 2024 (melibatkan kunjung bimbing mata pelajaran secara berfokus berdasarkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Sesi Akademik Tingkatan 5). DPA Fasa 3 adalah pada 20 Oktober hingga 8 November 2024 (keputusan Percubaan SPM Tingkatan 5).<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cPenggunaan Modul Kecemerlangan Murid K@MPol Modul utama negeri Kedah adalah \u2018Kedah Academic Master Plan of Intervention\u2019 (K@MPol) yang melibatkan 16 mata pelajaran utama di Negeri Kedah. Mula digunakan di Negeri Kedah mulai tahun 2022 dan saban tahun berlaku perubahan atau penambahan dalam bahan modul. Sasaran bahan adalah untuk pengukuhan dan pengayaan aktiviti kepada murid dalam proses melatih untuk meningkatkan kualiti mutu jawapan calon SPM.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cSelain itu, JHEAIK juga telah menjalankan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan bersama pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Program Intervens\u00ed Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta seminar peperiksaan dan peningkatan akademik Lembaga Maktab Mahmud juga telah mengambil beberapa langkah untuk meningkatkan pencapaian pelajar di Negeri Kedah.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\">\u201cSelain itu, pencapaian pelajar juga boleh ditingkatkan melalui peningkatan kehadiran pelajar ke sekolah. Menyedari perkara ini, Kerajaan Negeri juga bekerjasama dengan pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui program Komitmen Kedah Mendidik Pelajar Sukses (KOMPas). Program ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan untuk membangunkan satu model dan sistem pengesanan awal pelajar berisiko tercicir dari pelajaran dan intervensi yang bersesuaian,&#8221; ujarnya.<\/p>\n<p class=\"x11i5rnm xat24cr x1mh8g0r x1vvkbs xtlvy1s x126k92a\"><span style=\"font-size: revert;\">Sumber Berita : Warta Kedah<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ALOR SETAR (25 November 2024) &#8211; Pelbagai langkah telah diambil kerajaan bagi memperkasa Sekolah Agama dan Pondok di seluruh Negeri Kedah. Jabatan Hal Ehwal Agama lslam Negeri Kedah (JHEAIK) telah mengambil beberapa langkah dalam memperkasakan sekolah agama dan pondok seperti bantuan operasi, bantuan peralatan pembelajaran, semakan semula kurikulum pondok dan tahfiz, kursus pengurusan pentadbiran dan kewangan kepada pentadbir sekolah dan program transformasi pendigitalan sekolah. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri, Dato&#8217; Mohd Azam Abd Samat berkata beberapa langkah turut diambil oleh Lembaga Maktab Mahmud. Pertama, pihak lembaga telah menyediakan dana pendidikan yang bersesuaian dengan keperluan semasa. Kedua, kurikulum yang dilaksanakan juga selari dengan kurikulum pendidikan kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ketiga, memperkasakan kepimpinan sekolah yang berkesan. Keempat, menyediakan guru yang berkelayakan dan berdedikasi dan inovatif serta persekitaran sekolah yang kondusif. \u201cSelain itu, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) juga turut membantu memperkasa Sekolah Agama dan Pondok di Negeri Kedah serta mengagihkan zakat kepada Institusi Pendidikan Agama Negeri Kedah termasuk Pondok seluruh Negeri Kedah bagi tahun 2024. \u201cAntara Skim Agihan Zakat termasuk Skim Tajaan Pendidikan Sekolah Menengah di Sekolah Menengah Agama Rakyat, Agihan Kewangan Guru dan Kakitangan Sekolah Agama Rakyat, Agihan Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah Agama Rakyat Negeri Kedah, Agihan Guru Pondok Negeri Kedah (Tokoh Agamawan) dan Agihan Pelajar Pondok. \u201cManakala sasaran Asnaf Fakir adalah dari Tingkatan satu hingga enam yang melanjutkan pengajian di 31 Buah Sekolah Agama Rakyat tajaan LZNK, Guru dan Kakitangan yang memenuhi syarat kelayakan sedang berkhidmat di Maahad Tahfiz\/Pondok\/Sekolah Menengah Agama dan Sekolah Rendah Agama di Negeri Kedah,&#8221; katanya. Beliau berkata demikian bagi menjawap pertanyaan lisan oleh ADUN Bukit Lada, Salim Mahmood berkenaan langkah kerajaan dalam memperkasa sekolah agama dan pondok di seluruh Negeri Kedah dan langkah kerajaan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik di Negeri Kedah sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman Yang Ke-15 (Mesyuarat Bajet) di Dewan Undangan Negeri, Wisma Darul Aman di sini, hari ini. Dalam perkembangan sama, Azam turut menjelaskan bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik di Negeri Kedah, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah mengambil beberapa langkah termasuk mengadakan Diskusi Profesional Akademik (DPA) kepada Sekolah Fokus Negeri Kedah. DPA dilaksanakan secara berkala iaitu selepas keputusan peperiksaan dikeluarkan bagi memastikan kecemerlangan dan peningkatan yang berterusan dalam kualiti setiap mata pelajaran. \u201cDPA Fasa 1 telah dilaksanakan pada 21 April hingga 5 Mei 2024 (keputusan Peperiksaan Akhir Sesi Akademik Tingkatan 4 tahun 2023). DPA Fasa 2 adalah pada 28 Julai hingga 15 Ogos 2024 (melibatkan kunjung bimbing mata pelajaran secara berfokus berdasarkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Sesi Akademik Tingkatan 5). DPA Fasa 3 adalah pada 20 Oktober hingga 8 November 2024 (keputusan Percubaan SPM Tingkatan 5). \u201cPenggunaan Modul Kecemerlangan Murid K@MPol Modul utama negeri Kedah adalah \u2018Kedah Academic Master Plan of Intervention\u2019 (K@MPol) yang melibatkan 16 mata pelajaran utama di Negeri Kedah. Mula digunakan di Negeri Kedah mulai tahun 2022 dan saban tahun berlaku perubahan atau penambahan dalam bahan modul. Sasaran bahan adalah untuk pengukuhan dan pengayaan aktiviti kepada murid dalam proses melatih untuk meningkatkan kualiti mutu jawapan calon SPM. \u201cSelain itu, JHEAIK juga telah menjalankan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan bersama pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Program Intervens\u00ed Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta seminar peperiksaan dan peningkatan akademik Lembaga Maktab Mahmud juga telah mengambil beberapa langkah untuk meningkatkan pencapaian pelajar di Negeri Kedah. \u201cSelain itu, pencapaian pelajar juga boleh ditingkatkan melalui peningkatan kehadiran pelajar ke sekolah. Menyedari perkara ini, Kerajaan Negeri juga bekerjasama dengan pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui program Komitmen Kedah Mendidik Pelajar Sukses (KOMPas). Program ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan untuk membangunkan satu model dan sistem pengesanan awal pelajar berisiko tercicir dari pelajaran dan intervensi yang bersesuaian,&#8221; ujarnya. Sumber Berita : Warta Kedah<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4423,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"_jetpack_memberships_contains_paid_content":false,"footnotes":""},"categories":[24],"tags":[],"class_list":["post-4422","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","item-inner"],"acf":[],"aioseo_notices":[],"jetpack_featured_media_url":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2025\/01\/tahfiz-inisiatif.jpg","jetpack_sharing_enabled":true,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4422","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=4422"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4422\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4424,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/4422\/revisions\/4424"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/4423"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=4422"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=4422"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=4422"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}